Friday, September 30, 2016

300916 HOTO Lt Jen Dato’ Shahrani bin Mohd Sany

Credit to "MyJointForce"


"SERAH TERIMA TUGAS PANGLIMA ANGKATAN BERSAMA
AlbumsSERAH TERIMA TUGAS PANGLIMA ANGKATAN BERSAMA
6 Photos · Updated 44 minutes ago

KUALA LUMPUR, 30 September 2016 - Majlis Pemakaian Pangkat Pegawai - Pegawai Kanan ATM dan Majlis Serah Terima Tugas PAB antara Lt Jen Dato’ Shahrani bin Mohd Sany dengan Lt Jen Dato’ Fadzil bin Mokhtar yang disempurnakan oleh Panglima Angkatan Tentera Malaysia, YBhg Jen Tan Sri Dato’ Sri (Dr.) Haji Zulkifeli bin Mohd Zin bertempat di Ruang Foyer Dewan Perkasa, Wisma Perwira ATM. Turut hadir pada majlis tersebut adalah Panglima Tentera Darat, wakil Panglima Perkhidmatan TLDM dan TUDM, Pegawai Kanan dan Pegawai-pegawai ATM dan MK AB."






Thursday, September 29, 2016

Lt Gen Dato’ Shahrani bin Mohd Sany on his retirement, 29th Sept 2016

Credit to "MyJointForce".

"PERBARISAN PERSARAAN PAB DAN MAJLIS RAMAH MESRA.
3 hrs ·

Kuala Lumpur, 29 September 2016 - Perbarisan Persaraan Panglima Angkatan Bersama, Lt Jen Dato’ Shahrani bin Mohd Sany telah diadakan di Padang Kawad KEMENTAH. Perbarisan tersebut terdiri dari 51 pegawai dan 80 anggota lain-lain pangkat diketuai oleh Lt Kol Diwi bin Abdul Rahman selaku Ketua Perbarisan. Lt Jen Dato’ Shahrani bin Mohd Sany mula memegang jawatan Panglima Angkatan Bersama pada 24 Mac 2016. Beliau merupakan PAB ke 8 bagi Markas Angkatan Bersama. Turut hadir pada majlis tersebut adalah Pegawai-pegawai Kanan serta warga Markas Angkatan Bersama."













290916 Visitation by PangBan Udara to Astro Awani

Credit to Fb 'Tentera Udara Diraja Malaysia'






"LAWATAN MPBU KE ASTRO AWANI

KUALA LUMPUR, 29 Sep 16 - Panglima Bantuan Udara, Lt Jen Datuk Hj Abdul Mutalib bin Datuk Ab Wahab TUDM bersama 20 pegawai Markas Pemerintahan Bantuan Udara (MPBU) telah membuat lawatan ke Astro Awani hari ini. Lawatan bertujuan merapatkan hubungan sedia ada TUDM dengan pihak Astro Awani yang telah banyak memberi sokongan dan publisiti kepada aktiviti-aktiviti TUDM selama ini."

Tuesday, September 27, 2016

Promotion to Brig Gen TUDM, Skot Dr Ismail Manuri

Credit to "TUDM Website"








"Kuala Lumpur, 27 Sept 16 – Seramai 17 orang Pegawai Kanan TUDM telah menerima kenaikan pangkat pada hari ini yang disempurnakan oleh Panglima Tentera Udara, Jeneral Tan Sri Dato’ Sri Roslan bin Saad TUDM.

Dua orang Pegawai Kanan TUDM berpangkat Brigadier Jeneral telah dinaikkan ke pangkat Mejar Jeneral iaitu :

            a.         Mej Jen Dato’ Asghar Khan bin Goriman Khan TUDM.
            b.         Mej Jen Dato’ Johar Razali bin Hj Ahmad TUDM.

Manakala seramai tiga orang Pegawai Kanan TUDM berpangkat Kolonel telah dinaikkan ke pangkat Brigadier Jeneral iaitu :

            a.         Brig Jen Dr Ismail bin Manuri TUDM.
            b.         Brig Jen Hasaza bin Hanafiah TUDM.
            c.         Brig Jen Rodzuan bin Abd Ghani TUDM.

Dalam majlis yang sama, Panglima Tentera Udara turut menyempurnakan upacara pemakaian pangkat Kolonel kepada tiga orang Pegawai Kanan TUDM serta 9 orang Pegawai Kanan TUDM yang menyandang pangkat Leftenan Kolonel.

Turut hadir semasa upacara pemakaian pangkat ini adalah Timbalan Panglima Tentera Udara, Lt Jen Dato’ Sri Hj Affendi bin Buang TUDM, Panglima Bantuan Udara, Lt Jen Datuk Abdul Mutalib bin Datuk Abd Wahab TUDM serta Pegawai-pegawai Kanan TUDM yang lain."



Friday, September 23, 2016

230916 MAJLIS RAMAH MESRA MENTERI PERTAHANAN BERSAMA PTT KANAN ATM

Credit to Portal "Tentera Udara Diraja Malaysia"



"MAJLIS RAMAH MESRA MENTERI PERTAHANAN BERSAMA PTT KANAN ATM

KUCHING, 23 Sep 16 – Menteri Pertahanan, YB Dato’ Seri Hishammuddin Tun Hussein dalam rangka lawatan kerja ke Kuching telah berkesempatan menghadiri Majlis Ramah Mesra YB Menteri Pertahanan Malaysia bersama PTT Kanan ATM kawasan Kuching bertempat di Dewan Setia, Pangkalan Udara Kuching.

Kehadiran beliau telah disambut oleh Panglima Wilayah Udara 2, Mej Jen Dato’ Mohd Shabre bin Hj Hussein TUDM dan Komander Pangkalan, Kol Yee Yit Hong TUDM.

Majlis telah dihadiri lebih 500 anggota PTT Kanan. Turut hadir pada majlis ini ialah Panglima Tentera Darat, Jen Tan Sri Raja Mohamed Affandi bin Raja Mohamed Noor dan Panglima Wilayah Timur, Mej Jen Datuk Mohd Zaki bin Hj Mokhtar."