Friday, October 21, 2016

201016 Johan Mangku Negara n Kesatria Mangku Negara

Photo Credit to fb 'Lt Kol MKhair Shaari'

"Johan Mangku Negara

YBhg. Mej. Jen. Dato' Suhaimi bin Haji Mohd Zuki
Panglima Latihan Tentera Darat
Markas Pemerintahan Latihan
dan Doktrin Tentera Darat
Kem Sirusa
71050 PORT DICKSON
NEGERI SEMBILAN"


Skot Husin Aliman was also awarded the Kesatria Mangku Negara on the same occasion 

"Lt. Kol. Husin bin Aliman
Pegawai Staf 1 AMSS
Bahagian Komunikasi dan Elektronik
Markas ATM, Wisma Pertahanan
Jalan Padang Tembak
50634 KUALA LUMPUR "

 



Tuesday, October 18, 2016

Bon Voyage Dato' ....Farewell Dinner 14th October 2016

Credit to fb 'Tentera Udara Diraja Malaysia'

"MAJLIS PERSARAAN PEGAWAI KANAN MATERIEL DI SAMBUT MERIAH
SHAH ALAM, 14 Okt 16 - Satu majlis makan malam telah dianjurkan oleh Bahagian Materiel untuk meraikan Pegawai Kanan Materiel yang akan menamatkan perkhidmatan di dalam TUDM. Majlis tersebut telah diadakan di Holiday Inn Glenmarie Shah Alam dan turut diserikan lagi dengan kehadiran Asisten Ketua Staf Materiel, YBhg Brig Jen Dr Mohd Yunus bin Masjuki TUDM dan isteri Puan Nur Lizah binti Wagiyo. Kehadiran empat pegawai kanan Materiel yang diraikan iaitu Mej Jen Dato’ Amir Hashim TUDM, Brig Jen Dato’ Yohanez binti Ahmad TUDM, Lt Kol Khairul Anuar bin Hj Othman TUDM dan Lt Kol Zainuddin bin Sahak TUDM menambahkan lagi keceriaan majlis tersebut.
Antara intipati ucapan AKS Materiel, persaraan pegawai yang diraikan adalah merupakan satu kehilangan yang amat besar bagi Materiel namun dengan segala tunjuk ajar yang telah dicurahkan serta perkongsian pengalaman mereka, lebih banyak permata akan dapat dilahirkan dalam Materiel pada masa hadapan. Puan Nur Lizah binti Wagiyo turut berkenan untuk menyampaikan cenderahati kepada isteri pegawai yang diraikan iaitu Datin Khairiyah binti Ab Karim, Puan Raja Noor Maizurah dan Puan Noor Azlina binti Ali.
Selain itu juga, AKS Materiel turut mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pegawai kanan Materiel dan pasangan yang turut hadir bagi memeriahkan lagi majlis tersebut serta sekalung tahniah dan syabas kepada Pengarah Materiel dan Lt Kol Mohamad Fakhri bin Yahya TUDM selaku Pengerusi Jawatankuasa Penganjur bagi memastikan majlis tersebut berlangsung dengan sempurna."






Monday, October 17, 2016

Mogadishu, Somalia 1993

Credit to Skot ART Abdullah


Congratulation in order

Credit to Facebook "Tentera Udara Diraja Malaysia"

"14 PEGAWAI KANAN TUDM TELAH DIANUGERAHKAN DARJAH KEBESARAN NEGERI PAHANG
KUALA LUMPUR, 15 Okt 16 – Seramai 14 Pegawai Kanan TUDM telah dianugerahkan Darjah Kebesaran Negeri Pahang di Istana Pahang, Kuala Lumpur hari ini. Hadir sama di Istiadat Penganugerahan tersebut adalah Panglima Tentera Udara, YBhg Jen Tan Sri Dato’ Sri Roslan bin Saad TUDM.
Pegawai-pegawai Kanan TUDM yang menerima anugerah adalah seperti berikut :
Pingat Sri Sultan Ahmad Shah Pahang (SSAP)
1. Lt Jen Datuk Hj Abdul Mutalib bin Datuk Hj Ab Wahab TUDM
Pingat Darjah Sultan Ahmad Shah Pahang (DSAP)
1. Mej Jen Dato' Ahmad Tarmizi bin Elias TUDM
2. Mej Jen Datuk Hj Romlee bin Yahaya TUDM
3. Mej Jen Dato' Mohd Sabre bin Hj Hussein TUDM
4. Mej Jen Dato' Dzulkarnain bin Hj Ahmad TUDM
5. Mej Jen Dato' Ir Razali bin Abdul Ghani TUDM
Pingat Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP)
1. Brig Jen Hanafiah bin Hj Abdul Manaf TUDM
2. Brig Jen Muhammad Mudzamir Ong bin Abdullah TUDM
3. Brig Jen Hj Saharuddin bin Mansor TUDM
4. Brig Jen Lau Ing Hiong TUDM
5. Brig Jen Shamsudin bin Kassim TUDM
6. Brig Jen Dr Hj Mohd Yunus bin Masjuki TUDM
7. Brig Jen Hj Khairil Asri bin Baharin TUDM
8. Brig Jen Mohd Shaifuddin bin Mohd Shariff TUDM"




Photo courtesy of Skot Nasir Ishak

Sunday, October 9, 2016

3 Generations of Komando!!

Credit to 'The Real Black Daggers'

"The Realblackdaggers
Page Liked · May 31, 2015 ·

MERENTAS GENERASI..

pd majlis passing out lepas, seorang daripada rekrut tersebut telah mencatat sejarah..menjadi generasi ke-3 dalam keluarganya menyarung beret hijau..dimulakan oleh datuknya pd tahun 1969..diikuti ayahnya..dan sekarang dirinya.

semangat membara yg harus dicontohi..GEMPUR WIRA.. KOMANDO.. KOMANDO.. KOMANDO..  =WRA="


Friday, October 7, 2016

300916 Dinner Former Commanders Meet

Credit to FB 'Tentera Udara Diraja Malaysia"

"Majlis Meraikan Mantan PAT dan Panglima-panglima Perkhidmatan sempena Hari Angkatan Tentera Malaysia ke-83 di Wisma Perwira, ATM, Kuala Lumpur."



041016 PTU visit to SMK Balong , Tawau, Nuri crashed site

Credit to FB 'Tentera Udara Diraja Malaysia'. More news <here>

"Tentera Udara Diraja Malaysia added 3 new photos.
October 4 at 5:07pm
Panglima Tentera Udara, Jeneral Tan Sri Dato' Sri Roslan bin Saad TUDM bersama pegawai kanan TUDM yang lain meninjau lokasi kejadian Nuri mendarat cemas di SMK Balung pagi tadi"












061016 Changi, Singapore - LIMA Exercise


Credit to "MyJointForce"

"Changi, Singapura 6 Oktober 2016 - Eksesais Bersama Lima 2016 telah membuka tirainya hari ini dengan Majlis Perasmian Eksesais yang telah disempurnakan oleh Singapore Chief Of Defence Force, Lieutenant General Perry Lim di Changi Naval Base. Pada tahun ini merupakan giliran Singapura untuk menganjurkan eksesais tahunan yang melibatkan lima Negara FPDA iaitu Singapura, United Kingdom, New Zealand, Australia dan Malaysia.

Hadir pada majlis tersebut adalah Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Dato' Sri (Dr.) Haji Zulkifeli bin Mohd Zin, Panglima Angkatan Bersama Leftenan Jeneral Dato' Fadzil bin Mokhtar, Timbalan Panglima Tentera Darat Leftenan Jeneral Datuk Seri Panglima Hj Ahmad Hasbullah bin Hj Mohd Nawawi, Timbalan Panglima Tentera Laut, Laksamana Madya Dato' Anuwi bin Hassan, Timbalan Panglima Tentera Udara Leftenan Jeneral Dato' Sri Affendi bin Buang TUDM, pegawai-pegawai kanan ATM dan peserta eksesais daripada ketiga-tiga perkhidmatan ATM.

Eksesais yang dilaksanakan mulai 4 hingga 21 Oktober 16 merangkumi fasa CPX dan FTX yang dilaksanakan secara berasingan dan serentak di beberapa lokasi di Singapura. Eksesais ini bertujuan melatih ketumbukan pertahanan negara-negara FPDA dalam melaksanakan operasi dan rekreasi gabungan bersama untuk mempertahankan Malaysia dan Singapura serta meningkatkan saling khidmat (interoperabity) dan memperkukuhkan hubungan professional kesemua negara terlibat.

Eksesais ini melibatkan seramai 1,363 pegawai dan anggota ATM daripada jumlah keseluruhan 3,458 peserta eksesais. Eksesais ini turut melibatkan aset-aset tempur darat, laut dan udara dari negara-negara terlibat."