Showing posts with label Nordin Mohd Yusof. Show all posts
Showing posts with label Nordin Mohd Yusof. Show all posts

Tuesday, May 22, 2012

YAB Lt Kol "Dato" Nordin Mohd Yusof, semoga cucu menjadi seorang yg "musleh" , aameen

Photo courtesy of MAB website with thanks.

Penulis:  Lt Mohd Firdaus Abdul Rahim TLDM - HEA
Jurufoto:  Sjn Zamzuri bin Li @ Pak Li – HEA
Kuala Lumpur, 9 Mei 12– Malam Kenangan MALCON 3 ISAF telah diadakan bertempat di De Palma Hotel, Ampang. Majlis tersebut telah dihadiri oleh Panglima Angkatan Bersama, YBhg Laksdya Datuk Ahmad Kamarulzaman bin Hj Ahmad Badaruddin.  Tujuan majlis tersebut adalah bagi menghargai staf MK AB yang telah mengkoordinasikan MALCON 3 ISAF sehingga berjaya melaksanakan misi selama 6 bulan di Bamian, Afghanistan bermula 27 Okt 11 sehingga 30 Apr 12 yang lalu dan selamat pulang ke tanahair tanpa sebarang kejadian yang tidak diingini. Panglima Angkatan Bersama berbesar hati dan turut menyampaikan cenderahati kepada Komander MALCON 3 ISAF iaitu Lt Kol Nordin bin Mohd Yusof di atas kelahiran cucu beliau semasa beliau bertugas di Afghanistan.

Two skots...

Photo courtesy of MAB website with thanks.

"Penulis: Lt Mohd Firdaus Abdul Rahim TLDM  – Hal Ehwal Awam
Gambar oleh: LK 1 PRL Abdul Ghani Musa – Hal Ehwal Awam
Kuala Lumpur, 10 Mei 12 – Majlis Pembubaran Malaysian Contingent 3 International Security Assistance Force (MALCON 3 ISAF) telah disempurnakan oleh Panglima Angkatan Bersama (PAB), YBhg Laksdya Datuk Ahmad Kamarulzaman bin Hj Ahmad Badaruddin bertempat di Dewan Tanjung, Wisma Transit Kuala Lumpur.  Semasa majlis tersebut, PAB turut memakaikan Pingat North Atlantic Treaty Organisation (NATO) kepada semua anggota MALCON 3 ISAF yang berkekuatan seramai 40 angota terdiri daripada 12 pegawai dan 28 Lain-lain Pangkat termasuk 5 anggota wanita yang diketuai oleh Lt Kol Nordin bin Mohd Yusof selaku Komander kontinjen.  Kontinjen ini telah melaksanakan misi memberikan bantuan perubatan, pergigian dan latihan kepada penduduk tempatan di Wilayah Bamian serta petugas-petugas perubatan dan pergigian kerajaan Afghanistan.  

Penganugerahan Pingat NATO ini adalah sebagai pengiktirafan kejayaan kontinjen ini menjalankan Operasi Interim National Support and Assistance to Afghanistan (Op INSAF). MALCON 3 ISAF ditempatkan di Wilayah Bamian, Afghanistan bersama-sama Provincial Reconstruction Team (PRT) New Zealand telah memulakan misi pada 27 Okt 11 sehingga 27  Apr 12 yang lalu."

Monday, April 30, 2012

Lt Col Nordin Mohd Yusof is the MALCON ISAF 3 Commander

Photos courtersy of MINDEF Joint Forces website with thanks.


1 November 2011 – Serah menyerah tugas Malaysian Contingent 3 (MALCON 3 ISAF) dengan MALCON 2 ISAF telah diadakan pada 1 November 2011 jam 2.15 petang (Waktu Malaysia) melibatkan  Komander MALCON 2 ISAF, Lt Kol Rusman bin Sanip dengan Lt Kol Nordin bin Mohd Yusof selaku Komander MALCON 3 ISAF.


Majlis penyerahan sumbangan Al Quran oleh Komander MALCON 3 ISAF kepada Imam Masjid Bamian, Mulla Zikrullah Al Hafiz selepas Majlis Qurban di dalam masjid.


Komander MALCON 3 ISAF, Lt Kol Nordin bin Mohd Yusof bersama Imam Masjid Bamian, Mulla Zikrullah Al Hafiz (Serban putih sebelah kiri komander) menyaksikan ibadat qurban.