Monday, May 22, 2017

'Antara Dua Darjat.....'

Credit to 'Kementerian Pertahanan Malaysia'

'LATIHAN KUASA TEMBAKAN TENTERA DARAT 2017

22 Mei 2017 - Tentera Darat Malaysia (TDM) mengadakan Latihan Kuasa Tembakan (LKT) 2017 bertempat di Lapang Sasar Gemas, Kem Syed Sirajuddin, Gemas, Negeri Sembilan.

Latihan ini yang dahulunya dikenali sebagai Demonstrasi Kuasa Tembakan (DKT) diadakan sebagai aktiviti tahunan bertujuan untuk memberi pendedahan kepada Siswa Kursus Pemerintah dan Staf Malaysia (KPSM) dari Maktab Turus Angkatan Tentera (MTAT) tentang keupayaan manuver dan kuasa tembakan TDM. KPSM Siri 46/2017 kali ini menyaksikan penyertaan 120 Siswa tempatan dan 45 Siswa luar negara.

Latihan ini dihadiri oleh Panglima Angkatan Tentera, Yang Mulia Jeneral Tan Sri Raja Mohamed Affandi bin Raja Mohamed Noor, Panglima Tentera Darat, Jeneral Dato’ Sri Zulkiple bin Hj Kassim, Timbalan Panglima Tentera Darat, Leftenan Jeneral Dato' Seri Panglima Ahmad Hasbullah bin Hj Mohd Nawawi, Penasihat Pertahanan Asing dan delegasi dari Tentera Darat Australia serta Pegawai-pegawai Kanan Kerajaan.

Turut hadir tetamu kenamaan adalah Komander 506 Askar Wataniah, Brig. Jeneral Tengku Temenggong Mohamad Rizam bin Tengku Abdul Aziz, Tengku Temenggong Kelantan dan Timbalan Panglima Tentera Darat Australia, Mej Jeneral Rick Burr.

Latihan ini diadakan dalam dua segmen iaitu Segmen Dinamik dan Pameran Statik serta Segmen Tembakan Tidak Langsung dengan objektif untuk mempamerkan keupayaan manuver, kuasa tembakan dan impak ke atas sasaran sistem persenjataan yang terdapat di dalam inventori TDM termasuk keupayaan pesawat Tentera Udara DiRaja Malaysia.'



Tuesday, May 16, 2017

Two skots..

Credit to TUDM

'Lt Muda Zulshafiq bin Nordin TUDM dinobatkan sebagai Penuntut Terbaik Kursus Komando Siri 24/2017. Lebih manis lagi, beliau juga turut dinaikkan ke pangkat Lt TUDM yang disempurnakan oleh Panglima Operasi Udara, YBhg Lt Jen Dato' Sri Hj Abdul Mutalib bin Datuk Hk Ab Wahab TUDM. Tahniah diucapkan..!'




160517 - Mini Reunion, Mindef Mess

Photo credit to Sec Gen 34 with thanks













Monday, May 15, 2017

Nostalgia...

Photo credit Maj Zainal Arif (B) with profound thanks



Tuah Coy

Congratulation skot Ismail.. :D

Credit to 'TUDM'

'Seramai lima Pegawai Kanan TUDM telah dianugerahkan Darjah Kebesaran Negeri Pahang sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Sultan Pahang di Istana Abu Bakar, Pekan hari ini.
Antara penerima Darjah Sultan Ahmad Shah Pahang (DSAP) ialah AKS Perancangan Pertahanan Markas ATM, Mej Jen Dato’ Hj Mohammad Salleh bin Hj Osman TUDM dan Mantan Panglima Wilayah 1, Mej Jen Dato’ Marsaleh bin Hassim TUDM.
Manakala AKS Tadbir, Brig Jen Dr Ismail bin Manuri TUDM; Ketua Pengarah BLP Markas ATM, Brig Jen Rodzuan bin Abd Ghani TUDM dan Pengarah PUSPEKA, Brig Jen Hj Hasaza bin Hanafiah TUDM masing-masing menerima Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang membawa gelaran Dato’.Tahniah diucapkan!'
 


Thursday, May 11, 2017

371094, Mat Samoin Abd Rahim, Deceased

Inna lillahi wa inna ilaihi raji'un.

Received from Skot Khaidzir

'Mklumat:Berita di terima dari Pn Salbiah pd 11 Apr 2017 Khamis > < Jam 1800

x KAPT SAMOIN BIN ABDUL RAHIM (371094)-
PVTUDM 0236     
Telah kembali keramahtullah petang tadi di KUCHING.

*Arwah pernah diserang stroke pd :
a.26 Dis 2013.
b. 6 Jan 2016
c. 8 Sep 2016

Kediaman(mertua)  di alamat :
No 569 KAMPONG NO.5, JALAN DATUK AJIBAH ABOL,KUCHING Waris boleh dihubungi No.Tel:014 9663015 (SYAHIDAH SAMION)
Sumbangaan kepada balu arwah boleh di buat ke: acc  562106051223 maybank. SALBIAH MADIAN.'

Tuesday, April 11, 2017

Promotion to Maj Gen, Skot Abdul Halim Othman

Credit to 'BTDM Online'

'KUALA LUMPUR: Seramai 39 pegawai kanan dari pelbagai Kor  dalam Tentera Darat (TD) dinaikkan pangkat dalam Majlis Pemakaian Pangkat Pegawai Kanan TD yang disempurnakan oleh Panglima Tentera Darat (PTD), Jen Dato’ Sri Zulkiple Hj Kassim bertempat di Wisma Pewira TD pada 11 Apr 2017.

Majlis dimulakan dengan kenaikan pangkat Brig Jen Dato’ Abd Halim Othman yang dinaikkan pangkat ke Mej Jen dan menjawat jawatan sebagai  Ketua Pengarah Alat MKTD-BPP manakala Kol Muhammad Hafizuddeain Jantan dinaikkan pangkat Brig Jen dan memegang jawatan Ketua Pengarah Pembangunan MKTD Cawangan P&P.

Majlis diteruskan dengan dua pegawai kanan dinaikan pangkat Lt Kol ke Kol dan 35 pegawai dinaikan pangkat dari Mej ke Lt Kol.

Dalam ucapan PTD beliau mengucapkan tahniah kepada semua pegawai yang dinaikkan pangkat serta mengingatkan kepada semua pegawai bahawa semakin tinggi pangkat yang disandang lagi besar amanah yang perlu dipikul malah kenaikkan pangkat ini turut disertakan dengan tanggungjawab besar yang perlu digalas oleh semua pegawai TD.

Turut hadir Ketua Pengarah Kesihatan, Lt Jen Datuk Dr Hj Abdul Razak Md Yusoff dan Pegawai-pegawai Kanan TD.'




Saturday, April 1, 2017

'Ladies & Gents, let's all adjourn to the bar'... oops wrong bar. Congrats to all & Sundry :D

Credit to Skot Azman

'Two of my brother officers whilst serving in the Army being called to the bar and admitted as an advocate and solicitors in the High Court of Malaya. Congratulations to Lt Kol Kamarul Ariffin (Rtd) and Mej Àdam (Rtd).'


Monday, March 27, 2017

371091, Teuku Badrul Majidi, Deceased


Inna lillahi wa inna ilaihi rajiun. Allahmumaghfirlahu warhamhu wa 'aafihi wa'fu 'anhu.





Received message from his son:

'Ya tuan. Ayah kami telah kembali ke rahmatullah 50 hari yg lepas.Jikalau ada hutang lama yg ingin dituntut oleh tuan atau kawan-kawan, sila beritahu saya. Dikebumikan di Pusara di Bukit Beruntung. Punca kematian adalah Multiple Organ Failure. Daripada kidney ke jantung. Jatuh sakit terus selepas pembedahan bypass untuk membetulkan 3 bahagian yang tersumbat. InshaaAllah. Terima kasih di atas doa tuan. Jikalau tuan ingin menziarahi pusara, boleh hubungi saya atau ahli keluarga saya yang lain. 
Khairul Azim - 019 288 8077'

Wednesday, March 22, 2017

LIMA 17th - Handing over the fourth A400M (M54-04) to RMAF

Credit to TUDM

'Pesawat A400M ke 4 (M54-04) tiba di negara pada 14 Mac baru-baru ini di Pangkalan Udara Subang dari Sepanyol. Buat kali pertamanya pesawat A400M, M54-04 muncul di khalayak ramai semasa melaksanakan penerbangan pembukaan sempena perasmian LIMA’17 oleh YAB Perdana Menteri Malaysia. Pesawat A400M, M54-04 telah diiringi 2 buah lagi M54-02 dan M54-03 yang mempersembahkan aksi hebat dengan melakukan gerakan Escape Manouvre. Pesawat A400M merupakan satu-satunya pesawat pengangkut yang berkeupayaan melakukan gerakan tersebut.

Persembahan aksi hebat A400M (M54-04) yang dipandu sendiri oleh Pegawai Memerintah No 22 Skuadron, Kol Masro bin Kaliwon TUDM telah memukau para penonton semasa perasmian LIMA’17. Beliau juga telah menerbangkan pulang pesawat A400M ke 4 ini dari Sepanyol. Dengan kesemua pesawat A400M yang tiba, ianya akan memperkukuhkan peranan pertahanan udara dalam membantu operasi TUDM.

Penyerahan pesawat A400M ke 4 pada pagi ini sebagai pelengkap 4 buah pesawat A400M yang diperolehi TUDM. Mengimbau kembali LIMA ’15 lepas, pesawat pertama A400M telah diserahkan secara rasmi dan diterima oleh YAB Perdana Menteri pada bulan Mac 15 dan setelah genap 2 tahun kesemua pesawat kini telah diterima TUDM pada LIMA’17. Di samping itu juga, pihak Airbus telah menyerahkan sijil kepada TUDM di atas kejayaan No 22 Skuadron yang telah berjaya mencatat 2000 jam penerbangan.'



Air Chief Conference LIMA 2017 - DAy 2



Tuesday, March 21, 2017

'PEMBUKAAN KURSUS ASAS BAHASA THAI SIRI 1/2017 DAN KURSUS ASAS BAHASA TAGALOG SIRI 1/2017'

Credit to fb 'Tentera Darat Malaysia'

' PORT DICKSON : Seramai 60 anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) terlibat dalam Majlis Pembukaan Kursus Asas Bahasa Thai dan Kursus Asas Bahasa Tagalog Siri 1/2017 disempurnakan oleh Mej Jen Dato' Tengku Ahmad Noor bin Tuan Chik, Panglima Latihan Tentera Darat di Dewan Serbaguna Kem Segenting pada 6 Mac 2017.

Kursus yang dilaksanakan selama 13 minggu bermula dari 27 Feb 2017 hingga 26 Mei 2017 itu bertujuan untuk memberi pendedahan pengetahuan dan berkomunikasi asas dalam Bahasa Thai dan Bahasa Tagalog di kalangan anggota-anggota Angkatan Tentera Malaysia khususnya kepada pegawai dan LLP yang melaksanakan tugas-tugas khas (Strategic and Special Ops). Turut hadir majlis tersebut Brig Jen Dato' Mas'od bin Muhammad, Komandan Akademi Tentera Darat, Kolonel Marzuki bin Hj Mokhtar, Pengarah Kolej Pegawai dan Kolonel Hj Mislan bin Anuar, Pengarah Kolej Pegawai Tidak Tauliah.'





Wednesday, March 15, 2017

'Raja Muda Selangor Terima Beret Merun dan Sayap Penerjunan Kehormat'

Credit to 'Berita Tentera Darat Malaysia'

'Raja Muda Selangor Terima Beret Merun dan Sayap Penerjunan Kehormat DYTM Raja Muda Selangor merupakan satu-satunya Kerabat Diraja yang telah mengikuti Kursus Asas Pasukan Aturgerak Cepat (APAC). Penganugerahan ini adalah berdasarkan kepada sikap kepimpinan, merendah diri dan semangat juang baginda, yang seharusnya dijadikan contoh kepada warga Angkatan Tentera Malaysia.'



Ciakk!










 Ciakkk!



Saturday, March 4, 2017

371070 Skot Subit Chuan , Deceased

Credit to Marie Anna with thanks. Our heartfelt condolence.

'It is with a heavy heart, that today my father Captain Subit Chuan has passed.Please pray for the wellbeing of my family and friends. Thank you very much. To those who would like to come by to wish their condolences and attend the wake service may do so.

~ Marie Anna (her facebook)'