Updated 15th Dec 2016 ~ Promoted to Lt Gen.
Updated 14th Mar 2011 ~ Promoted to Maj Gen.
Was initially informed that 'Mon General' was actually a skot, confirmed by Kepten Abdul Razak Abdul Rahman, both OPs of the same batch, also by Col Razak Kamari ~ `To be exact I punya Komandan.' A little bit on his background, well written and extracted from the blog entry entitled '10 Briged Para - Pasukan Elit ATM' :
Updated 14th Mar 2011 ~ Promoted to Maj Gen.
Was initially informed that 'Mon General' was actually a skot, confirmed by Kepten Abdul Razak Abdul Rahman, both OPs of the same batch, also by Col Razak Kamari ~ `To be exact I punya Komandan.' A little bit on his background, well written and extracted from the blog entry entitled '10 Briged Para - Pasukan Elit ATM' :
Begin Quote
Brig Jen Suhaimi adalah anak kelahiran Jerantut, Pahang, mendapat pendidikan awal di Kuala Lumpur dan merupakan bekas penuntut putera Maktab Tentera Diraja, Sungai Besi, Kuala Lumpur. Beliau mempunyai kelulusan Ijazah Sarjana dari Universiti Leicester , England dan Universiti New South Wales , Australia . Beliau sebelum ini pernah berkhidmat di beberapa negara luar termasuk sebagai pemerhati Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Sahara Barat. Semasa bertugas di Sahara Barat, pergaulan Brig Jen Suhaimi dengan masyarakat setempat secara langsung membolehkan beliau belajar dan serba sedikit dapat bertutur bahasa Arab. Kebolehan beliau itu juga membolehkan Brig Jen Suhaimi menyelesaikan pertelagahan yang berlaku membabitkan puak-puak yang bersengketa. Ditanya dari segi penerjunan, beliau berkata: “Kita tidak boleh berbangga dengan jumlah penerjunan dilakukan. “Setiap anggota dan pegawai akan menganggap setiap kali penerjunan dilakukan, ia adalah yang pertama kali. “Sebab itu, setiap penerjunan perlu dilakukan secara berhati-hati dan penuh berdisiplin. Jika silap langkah, akan menerima padah. Lalai sesaat merana seumur hidup,” nasihat beliau. Antara pengalaman bertugas selain di Briged Para , beliau pernah bertugas sebagai pegawai staf di Kementerian Pertahanan (KEMENTAH); Juruarah di Maktab Turus Angkatan Tentera (MTAT); Pembantu Ketenteraan kepada Timbalan Menteri Pertahanan ketika itu, Datuk Mohd Shafie Apdal dan Datuk Zainal Abidin Zin.
Satu lagi penghormatan yang ditugaskan kepada beliau sebelum menjadi Panglima 10 Briged Para ialah sebagai Penasihat Ketenteraan kepada Menteri Pertahanan yang juga Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. Jelas Brig Jen Suhaimi, dari aspek memperkasakan tahap profesional anggota-anggota Para, aktiviti yang diamalkan oleh 10 Briged Para ialah “Hari-Hari Belajar dan Hari-Hari Berlatih”. Setiap anggota dan pegawainya turut digalakkan supaya sentiasa membaca. “Melalui proses pembelajaran, hari ini seseorang itu menjadi pembaca, esok dia akan menjadi pemimpin,” ujar beliau.
End Quote
He was conferred the Darjah Mulia Seri Melaka (D.M.S.M) while holding the appointment of Panglima 10 Para Briged in 2007.
Darjah Mulia Seri Melaka in 2007 |
Di Pesta Pantai sempena HUT TD ke 75 anjuran 10 Bgd Para 2008 |
No comments:
Post a Comment