Credit to 'Tentera Darat Malaysia'
'MMR PERSARAAN DAN PERPISAHAN PEGAWAI KANAN TENTERA DARAT
Kuala Lumpur, 25 Nov - Seramai 14 orang Pegawai Kanan Tentera Darat
telah diraikan dalam Majlis Makan Malam Rejimental Persaraan dan
Perpisahan Tentera Darat yang diadakan di Wisma Perwira TD, Kem Perdana
Sungai Besi.
Majlis makan malam rejimental tersebut bertujuan
untuk menghargai jasa dan pengorbanan Pegawai Kanan Tentera Darat yang
begitu komited sepanjang perkhidmatan mereka.
Hadir meraikan
mereka dalam majlis tersebut adalah Panglima Tentera Darat, YM Jen Tan
Sri Raja Mohamed Affandi bin Raja Mohamed Noor, Timbalan Panglima
Tentera Darat Lt Jen Dato’ Seri Panglima Hj Ahmad Hasbullah bin Hj Mohd
Nawawi serta Pegawai-pegawai Kanan Tentera Darat.'
No comments:
Post a Comment