Monday, June 30, 2014

Solatul Jumu'ah, PU Subang - 27th June 2014

Credit to "Kelab Penyokong Tentera Udara Diraja Malaysia"


"Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong, Almu’tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu’adzam Shah Ibni Alharhum Sultan Badlishah telah mencemar duli menunaikan solat Jumaat di Masjid Pangkalan Udara Subang pada 27 Jun 2014.

Turut hadir adalah Panglima Angkatan Tentera, YBhg Jeneral Tan Sri Dato’ Sri Zulkifeli Mohd Zin dan Timbalan Panglima Tentera Udara, YBhg Lt Jen Dato’ Sri Hj Roslan bin Saad TUDM"



Saturday, June 28, 2014

Intense....

Photo Credit to 'RMAF Website' with thanks.

'LABUAN, 25 Jun 14 – Timbalan Setiausaha Bahagian Dasar dan Strategik Kementerian Pertahanan (BPS KEMENTAH) yang diwakili oleh En Ahmad Nazri bin Hasan serta Pengarah Pembangunan Strategi MTU, Kol Ismail TUDM telah mengadakan lawatan kerja ke PU Labuan bagi meninjau perkembangan status projek NBOS yang dijalankan. Lawatan mereka disambut oleh Komander PU Labuan, Kol Raja Ahmad Ikram TUDM dan Pegawai Eksekutif pangkalan yang lain.

Lawatan dimulakan dengan taklimat pembangunan projek yang disampaikan oleh Ketua Cawang Tadbir dan disusuli dengan lawatan ke tapak projek cendawan, ikan keli dan bangunan MCTC. Pihak BPS KEMENTAH berpuashati dengan perkembangan yang telah ditunjukkan dan meminta pihak pangkalan terus memantau projek NBOS tersebut.'


"Perbarisan Persaraan dan Majlis Ramah Mesra Sempena Persaraan PAB"

Photo credit and article to 'MyJointForces' with thanks

"Kuala Lumpur, 27 Jun 14 - Perbarisan Persaraan dan Majlis Ramah Mesra Sempena Persaraan Panglima Angkatan Bersama, Leftenan Jeneral Dato' Abu Bakar bin Md Said TUDM. Perbarisan yang terdiri dari 40 Pegawai dan 76 anggota lain-lain pangkat yang diketuai oleh Leftenan Kolonel Mahazir bin Amin TUDM selaku Ketua Perbarisan. Lt Jen Dato' Abu Bakar bin Md Said TUDM merupakan PAB ke 4 bagi MK AB dan telah menjawat jawatan PAB sejak 18 Jun 2013."



Friday, June 27, 2014

RAFOC Committee Visit 2013...

Credit to RAFOC with thanks..



"Kol Murad bin Jaafar, (Bersara) (75; RAJD; RMAS 24; 1959-1983) in Kg Telok Sawah Lebar, Kuala Pilah. Kol Murad is now wheel-chair bound. He underwent a by-pass operation in 2012 and is yet to fully recover from the operation. He is still on medication and admitted to the hospital now and then for medical check-ups. Our highest respects and admiration to his current wife, who now takes care of him. His first wife passed away in 2010. "

Pularis...

Photos n Article courtesy of 'Air Times' with thanks.






"AGENSI PERISIKAN ANGKATAN TENTERA TERUS MELANGKAH KEHADAPAN

PULARIS wujud dari Sel Latihan Kor Risik yang ditubuhkan pada tahun 1969 dan diperbesarkan menjadi Kompeni Latih yang ditempatkan di Kem Imphal.

Sejajar dengan pembesaran Angkatan Tentera Darat pada 3 Mac 1981, unit ini telah didesignasikan kepada Sekolah Perisikan Angkatan Tentera (SPAT) dan berpindah ke Taman Melawati, Ulu Kelang, Selangor.

Pada bulan Nov 983, SPAT telah berpindah ke Kem Sg. Buloh.Seterusnya pada 2 Nov 1988, SPAT didesignasikan sebagai Sekolah Perisikan (SP). Bagaimanapun dengan perkembangan pesat di dalam Angkatan Tentera, Sekolah Perisikan telah didesignasikan semula sebagai Pusat Latihan Perisikan (PULARIS) berkuatkuasa pada 1 Jan 1994.

Pada tanggal 1 Jan 2010, PULARIS telah berpindah ke kompleks sendiri di Kem Mentakab, Pahang Darul Makmur.

Di sepanjang tempoh 1994 sehingga 2014, PULARIS telah berjaya melatih seramai 1844 Pegawai dan 7357 Anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) daripada ketiga-tiga cabang perkhidmatan dengan jayanya di dalam pelbagai bidang kursus asas, kemahiran dan kepakaran perisikan. Pada masa yang sama, PULARIS juga pernah melatih pegawai daripada negara asing seperti Brunei, Bosnia dan Sudan juga dalam bidang perisikan. selain itu, kepakaran yang dimiliki oleh PULARIS turut menarik minat cabang perisikan. Selain itu, kepakaran yang dimiliki oleh PULARIS turut menarik minat cabang perisikan angkatan tentera asing untuk melakukan lawatan kerja yang melibatkan pegawai kanan negara-negara seperti daripada United States of America, Zimbabwe dan Thailand. Lawaan ini selain daripada mengukuhkan hubungan dua hala, ia juga sekitar pertukaran perkara latihan dan kepakaran perisikan antara kedua-dua negara.

Pegawai-pegawai yang berada di PULARIS juga turut diberi peluang untuk menghadiri kursus di luar negara samada kursus kerjaya atau kursus sampingan di pusat-pusat di luar negara samada kursus sampingan di pusat-pusat latihan ternama seperti di Defence Intelligence Training Centre (DINTC), Canugra, Australia; Defence Intelligence Agency (DIA), Fort Huachuca, United States of America dan Defence Intelligence and Security Centre (DISC), Chicksand, United Kingdom. Ini membuktikan pengiktirafan negara luar dan kebolehan para pegawai di PULARIS untum menyumbangkan dan berkongsi ilmu yang ada kepada negara luar. Pegawai dan anggota dari PULARIS juga pernah menyumbangkan khidmat mereka sebagai anggota misi pengaman di Lubnan, Afghanistan dan Selatan Filipina.

Selain daripada pengiktirafan angkatan tentera negara asing, PULARIS turut menjadi rujukan kepada agensi keselamatan dalam negara dalam melaksanakan latihan perisikan dan keselamatan. Antara agensi keselamatan dalam negara yang pernah menagih kepakaran PULARIS adalah Jabatan Perdanan Menteri (JPM), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Jabatan Imigresen, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), Jabatan Kastam dan Eksais Malaysia, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwan Pengguna (KPDNHEP).

Penyerapan PULARIS ke dalam kolej Perisikan ATM telah diluluskan oleh Majlis Angkatan Tentera (MAT) pada 6 Januari 2014. Kolej Perisikan ATM bertanggungjawab untuk menganjurkan kursus-kursus kerjaya Kor Risik Diraja (KRD) dan kursus-kursus kepakaran Darat, Tentera Laut dan Tentera Udara). Penubuhan institusi latihan tersebut adalah selaras dengan transformasi Bahagian Staf Perisikan Pertahanan (BSPP) kepada Malaysian Defense Intelligence Organisation (MDIO) termasuk mengambil kira Plan Keupayaan Fourth Dimension Armed Forces (4D MAF) melalui modul dan latihan kepakaran perisikan di peringkat ATM.

Visi. Kolej Perisikan ATM adalah untuk menjadi nadi Pusat Kecemerlangan Pendidikan, Latihan dan Penciptaan Ilmu Perisikan kepada ATM dan negara.

Misi. Kolej Perisikan ATM menyediakan plaform pembelajaran dan latihan perisikan semasa kepada anggota ATM. Selain itu, institusi latihan ini menerajui pembangunan dan penciptaan disiplin perisikan termasuk pengaplikasian sains serta teknologi berdasarkan doktrin perisikan moden, versatile dan unggul.

Objektif Kolej Perisikan ATM. Berasaskan kepada kualiti dan kecemerlangan merangkumi penyediaan kemudahan prasarana dan penetahuan profesional serta Latihan Perisikan Semasa (LPS) bagi penambahbaikan semua program akademik terencana dan LPS seiring dengan Wawasan BSPP. Kolej Perisikan ATM komoted terhadap pengendalian pengajian akademik secara sistematik, cekap dan berkesan berasaskan Piawaian Doktrin Perisikan Bersama BSPP/ATM. Melalui latihan yang dilaksanakan, Kolej Perisikan ATM berupaya menghasilkan operator perisikan yang unggul dan versatile untuk kepelbagaian kepakaran modal insan dalam semua bidang perisikan secara kompetitif sejajar dengan hasratnya untuk menjadi Pusat Kecemerlangan Perisikan (Centre of Excellence for Intelligence).

Foto ihsan dari Fotopages Minaq Jinggo"

Video credit to 'Karyaimanis' with thanks


Thursday, June 26, 2014

Our esteemed syar'iah lawyer...

'Attended Malacca Shariah High Court to obtain an order for Hibah (also known as gift inter vivos or alang semasa hidup). Just like civil court, shariah lawyers attending the shariah high court also wears a robe ( different design from the civil court robe). ... By the way, my left hand is not missing, its in the left pocket... And No! Its not banging any marbles in there.'

Taken  from Tn Syed's Facebook account with thanks..

Thursday, June 19, 2014

'Kajang Pak Malau Kajang Berlipat.....'

Photo courtesy of 'Rejimen Semboyan DiRaja's Page' with thanks. Photo uploaded May 19th , 2014.



'Kunjungan Hormat Mejar Jeneral Dato' Panglima Suhaimi'

News courtesy of 'UiTM sentiasa dihatiku' with thanks, 29th May 2014







'16 Jun 14 : Perbarisan Persaraan Mej Jen Dato’ Lim Tiow Yew TUDM'

News courtesy of 'Laman Web TUDM' with thanks.

'BUTTERWORTH, 16 Jun 14 – YBhg Mej Jen Dato’ Lim Tiow Yew TUDM yang akan bersara dari perkhidmatan telah diraikan dalam satu istidat perbarisan yang berlangsung di Pangkalan Udara Butterworth hari ini.

Istiadat perbarisan yang diadakan khusus sempena persaraan beliau telah melibatkan seramai 11 orang pegawai dan 109 anggota lain-lain pangkat. Turut hadir ke istiadat perbarisan pada hari ini adalah Timbalan Panglima Tentera Udara, YBhg Lt Jen Dato’ Sri Hj Roslan bin Saad TUDM bersama Pegawai-pegawai Kanan TUDM, pegawai-pegawai dan anggota dari pelbagai ketukangan.'


Monday, June 9, 2014

Reunion 3436 deferred till further notice

Update 3rd Sept 2014

 
Update 7th Jul 2014


Update 9th June 2014


Notice


Vintage...

I found this rare photo of skot Zack durig his tenure in TUDM Base Kuching, early eighties i presume. Photo credit and many thanks to 'Putera Lapis Mahang : My Airforce life'


Tuesday, June 3, 2014

A star is born.....

'Skot , ade tgk cite Lt Adnan? Yg jadi ketua ashkar jepon tu skot kite la....' ~ Wan Hamat


Banzaiiiiiii - screen grab from the movie 'Leftenan Adnan'



Our good friend , Mohd Sani Royan. watch him at 1:55, awesome!



Screen grab and video clip courtesy of  'rariqdoesmc the best' with thanks

Monday, June 2, 2014

'APMM - Berbakti pada nelayan...'

Article came out in Berita Harian dated 29th May 2014. Our skot Kepten Abdul Razak is the APMM head in Sandakan.