Friday, July 7, 2017

070717 - Promotion to Maj Gen, Dato’ Mohd Zahar Hashim

Credit to BTDM

'KUALA LUMPUR: Seramai 13 pegawai kanan daripada pelbagai Kor dalam Tentera Darat (TD) dinaikkan pangkat dalam Majlis Pemakaian Pangkat Pegawai Kanan TD yang disempurnakan oleh Panglima Tentera Darat (PTD), Jen Dato’ Sri Zulkiple Hj Kassim di Wisma Transit pada 07 Jul 2017.

Pemakaian pangkat didahului oleh Brig Jen Dato’ Mohd Zahar Hashim yang dinaikkan pangkat daripada Brig Jen ke Mej Jen dan menjawat jawatan sebagai Pengarah Task Force Perisian Wira, Bahagian Staf Perisikan Pertahanan (BSPP).

Majlis diteruskan dengan dua  pegawai kanan dinaikkan pangkat daripada Kol ke Brig Jen dahului oleh Kol Mohd Anuar Mohamad Ali yang menjawat jawatan sebagai Ketua Risik Balas BSPP dan Kol Khiruddin Sharuddin turut dipakaikan pangkat yang sama dan menjawat jawatan sebagai Pengarah Pusat Pengurusan Operasi Negara, Majlis Keselamatan Negara.

Seterusnya seramai sembilan pegawai dinaikkan pangkat daripada Mej ke Lt Kol dan seorang Pegawai Kadet dinaikan pangkat sebagai Lt Muda.

Dalam ucapan PTD, beliau berharap agar pegawai yang dinaikkan pangkat haruslah menjadi seorang pemimpin yang bertanggungjawab kepada anggota-anggota bawahan dan mempunyai sifat amanah terhadap tugas yang telah  dipertanggungjawabkan.

Turut hadir Timbalan Panglima Tentera Darat (TPTD), Lt Jen Dato’ Seri Panglima Hj Ahmad Hasbullah Hj Mohd Nawawi dan Panglima Medan Barat TD, Lt Jen Dato’ Azizan Md Delin.' 






Friday, June 23, 2017

Penyerahan Cek Sumbangan TAPPN, Almarhum Mejar Yazmi TUDM

Credit TUDM


'Panglima Operasi Udara mengunjungi Keluarga Allahyarham Mejar Yazmi TUDM dan menyerahkan sumbangan cek TAPPN kepada Balu Allahyarham Mejar Yazmi TUDM.


23 Jun 17 - Panglima Operasi Udara, Lt Jen Dato' Sri Abdul Mutalib bin Datuk Hj Ab Wahab TUDM yang mewakili Panglima Tentera Udara telah berkunjung menziarahi keluarga Allahyarham Mejar Yazmi TUDM di kediaman bapanya di Titiwangsa, Kuala Lumpur.


Dalam kunjungan tersebut, Panglima Operasi Udara telah menyempurnakan penyerahan sumbangan cek dari Tabung Amanah Perwira & Pertahanan Negara (TAPPN) kepada Puan Noor Shafira bte Mohd Hilmi iaitu Balu Allahyarham Mejar Yazmi TUDM.


Di kesempatan itu juga, Panglima Operasi Udara turut memaklumkan kepada keluarga Allahyarham bahawa TUDM sedang menguruskan beberapa faedah kewangan lain yang masih dalam proses perlaksanaan yang sewajarnya untuk diserahkan kepada waris Allahyarham.


Turut mengiringi Panglima Operasi Udara dalam kunjungan ini adalah isteri beliau iaitu Datin Normah bte Mad Sap, Mej Jen Dato Zahani bin Zainal Abidin (KS MPOU) dan Kol Ahmad bin Yusof TUDM (Pengarah Perkhidmatan).'






Penyerahan Cek Sumbangan TAPPN, Almarhum Mejar Hasri TUDM

Credit to TUDM

'Penyerahan Cek Sumbangan TAPPN kepada Balu Allahyarham Mejar Hasri bin Zahari TUDM oleh Mej Jen Dato' Mohd Shabre bin Hussein TUDM (Panglima Wilayah Udara 2)

23 Jun 17 - Panglima Wilayah Udara 2, YBhg Mej Jen Dato' Mohd Shabre bin Hussein TUDM dan Isteri telah membuat lawatan ke atas keluarga Allahyarham Mej Hasri TUDM di kediaman keluarga Allahyarham di Felda Lui Muda, Jempol, Negeri Sembilan.

Dalam lawatan tersebut, Panglima Wilayah Udara 2 telah menyampaikan sumbangan cek Tabung Amanah Perwira & Pertahanan Negara (TAPPN) kepada Balu Allahyarham Mej Hasri TUDM iaiti Puan Asysyuhadak bte Ahmad.

Turut mengiringi Panglima Wilayah Udara 2 semasa lawatan tersebut adalah Brig Jen Dato' Dr Ismail bin Manuri TUDM (AKS Tadbir) dan isteri.'








Saturday, June 17, 2017

'Panglima Operasi mewakili PTU berbuka puasa dgn Menhan'

credit to 'TUDM'

'KUALA LUMPUR, 16 Jun 17 – Panglima Operasi Udara, YBhg Lt Jen Dato' Sri Abdul Mutalib bin Datuk Hj Abd Wahab TUDM bersama Isteri mewakili Panglima Tentera Udara menghadiri Majlis Iftar Ramadhan bersama Kepimpinan Tinggi ATM dan Mindef di Kediaman Menteri Pertahanan Malaysia. Turut hadir di majlis ini adalah Panglima Angkatan Tentera , Panglima Tentera Darat , Panglima Tentera Laut , KSU Mindef dan Jemputan.
Acara dimulakan dengan Majlis berbuka Puasa bersama, solat Magrib berjemaah serta tahlil ringkas dan diteruskan dengan solat terawih berjemaah dan Moreh.'





'USJ 6 residents nab and hand over thieving delinquents to cops'

Credit to 'The Star'

'UNABLE to tolerate the unruly behaviour of the neighbourhood’s juvenile delinquents any longer, the USJ 6 Rukun Tetangga (USJ 6 RT) handed the group over to the police.

USJ 6 RT chairman Major Ismail Jr Feisol said it was the last straw for them after they experienced two car break-ins this month.

While there were no witnesses, Ismail said the juveniles came under suspicion because of the nature of the crime where only petty things such as small change and Touch ‘n Go cards were stolen while the more valuable car radios were left intact.

“These are not professional thieves, they are just opportunists,” said Ismail.

In addition, the group of about six to eight boys in their early teens were known to the RT, having been previously caught red-handed stealing badminton racquets at the park, vandalising cars and stealing bicycles from house compounds.
ADVERTISING

Ismail, who owns a restaurant in Summit USJ shopping mall, had also regularly seen the group of boys loitering at the mall during school hours.

Both the RT and police have reprimanded the boys in the past for their unruly acts but the group did not seem to learn their lesson.

“Initially, we did not want to pursue this, but it seems like they are getting from bad to worse. If they are doing this at the age of 13 to 14, can you imagine what will happen when they are 18?”

Ismail said crime in the area dropped tremendously since the formation of the RT four years ago and its greater cooperation with police.

However, he is frustrated that the whole community has yet to get a gated-and-guarded system set up and believes that having perimeter fencing could further reduce incidences of snatch thefts and car battery thefts.

“There are not enough police personnel to be everywhere at once. We need the cooperation of the residents to report things to the police,” he said.

But on the issue of the juvenile delinquents in the area, who come from poorer families, Ismail sees it as a side-effect of greater socioeconomic problems in Malaysia.

“These problems cannot be solved by the police alone, but with the cooperation of the community and other government agencies such as the Welfare Department and the National Anti-Drugs Agency,” he added.'

Thursday, June 15, 2017

Monday, May 22, 2017

'Antara Dua Darjat.....'

Credit to 'Kementerian Pertahanan Malaysia'

'LATIHAN KUASA TEMBAKAN TENTERA DARAT 2017

22 Mei 2017 - Tentera Darat Malaysia (TDM) mengadakan Latihan Kuasa Tembakan (LKT) 2017 bertempat di Lapang Sasar Gemas, Kem Syed Sirajuddin, Gemas, Negeri Sembilan.

Latihan ini yang dahulunya dikenali sebagai Demonstrasi Kuasa Tembakan (DKT) diadakan sebagai aktiviti tahunan bertujuan untuk memberi pendedahan kepada Siswa Kursus Pemerintah dan Staf Malaysia (KPSM) dari Maktab Turus Angkatan Tentera (MTAT) tentang keupayaan manuver dan kuasa tembakan TDM. KPSM Siri 46/2017 kali ini menyaksikan penyertaan 120 Siswa tempatan dan 45 Siswa luar negara.

Latihan ini dihadiri oleh Panglima Angkatan Tentera, Yang Mulia Jeneral Tan Sri Raja Mohamed Affandi bin Raja Mohamed Noor, Panglima Tentera Darat, Jeneral Dato’ Sri Zulkiple bin Hj Kassim, Timbalan Panglima Tentera Darat, Leftenan Jeneral Dato' Seri Panglima Ahmad Hasbullah bin Hj Mohd Nawawi, Penasihat Pertahanan Asing dan delegasi dari Tentera Darat Australia serta Pegawai-pegawai Kanan Kerajaan.

Turut hadir tetamu kenamaan adalah Komander 506 Askar Wataniah, Brig. Jeneral Tengku Temenggong Mohamad Rizam bin Tengku Abdul Aziz, Tengku Temenggong Kelantan dan Timbalan Panglima Tentera Darat Australia, Mej Jeneral Rick Burr.

Latihan ini diadakan dalam dua segmen iaitu Segmen Dinamik dan Pameran Statik serta Segmen Tembakan Tidak Langsung dengan objektif untuk mempamerkan keupayaan manuver, kuasa tembakan dan impak ke atas sasaran sistem persenjataan yang terdapat di dalam inventori TDM termasuk keupayaan pesawat Tentera Udara DiRaja Malaysia.'



Tuesday, May 16, 2017

Two skots..

Credit to TUDM

'Lt Muda Zulshafiq bin Nordin TUDM dinobatkan sebagai Penuntut Terbaik Kursus Komando Siri 24/2017. Lebih manis lagi, beliau juga turut dinaikkan ke pangkat Lt TUDM yang disempurnakan oleh Panglima Operasi Udara, YBhg Lt Jen Dato' Sri Hj Abdul Mutalib bin Datuk Hk Ab Wahab TUDM. Tahniah diucapkan..!'




160517 - Mini Reunion, Mindef Mess

Photo credit to Sec Gen 34 with thanks













Monday, May 15, 2017

Nostalgia...

Photo credit Maj Zainal Arif (B) with profound thanks



Tuah Coy

Congratulation skot Ismail.. :D

Credit to 'TUDM'

'Seramai lima Pegawai Kanan TUDM telah dianugerahkan Darjah Kebesaran Negeri Pahang sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Sultan Pahang di Istana Abu Bakar, Pekan hari ini.
Antara penerima Darjah Sultan Ahmad Shah Pahang (DSAP) ialah AKS Perancangan Pertahanan Markas ATM, Mej Jen Dato’ Hj Mohammad Salleh bin Hj Osman TUDM dan Mantan Panglima Wilayah 1, Mej Jen Dato’ Marsaleh bin Hassim TUDM.
Manakala AKS Tadbir, Brig Jen Dr Ismail bin Manuri TUDM; Ketua Pengarah BLP Markas ATM, Brig Jen Rodzuan bin Abd Ghani TUDM dan Pengarah PUSPEKA, Brig Jen Hj Hasaza bin Hanafiah TUDM masing-masing menerima Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang membawa gelaran Dato’.Tahniah diucapkan!'
 


Thursday, May 11, 2017

371094, Mat Samoin Abd Rahim, Deceased

Inna lillahi wa inna ilaihi raji'un.

Received from Skot Khaidzir

'Mklumat:Berita di terima dari Pn Salbiah pd 11 Apr 2017 Khamis > < Jam 1800

x KAPT SAMOIN BIN ABDUL RAHIM (371094)-
PVTUDM 0236     
Telah kembali keramahtullah petang tadi di KUCHING.

*Arwah pernah diserang stroke pd :
a.26 Dis 2013.
b. 6 Jan 2016
c. 8 Sep 2016

Kediaman(mertua)  di alamat :
No 569 KAMPONG NO.5, JALAN DATUK AJIBAH ABOL,KUCHING Waris boleh dihubungi No.Tel:014 9663015 (SYAHIDAH SAMION)
Sumbangaan kepada balu arwah boleh di buat ke: acc  562106051223 maybank. SALBIAH MADIAN.'

Tuesday, April 11, 2017

Promotion to Maj Gen, Skot Abdul Halim Othman

Credit to 'BTDM Online'

'KUALA LUMPUR: Seramai 39 pegawai kanan dari pelbagai Kor  dalam Tentera Darat (TD) dinaikkan pangkat dalam Majlis Pemakaian Pangkat Pegawai Kanan TD yang disempurnakan oleh Panglima Tentera Darat (PTD), Jen Dato’ Sri Zulkiple Hj Kassim bertempat di Wisma Pewira TD pada 11 Apr 2017.

Majlis dimulakan dengan kenaikan pangkat Brig Jen Dato’ Abd Halim Othman yang dinaikkan pangkat ke Mej Jen dan menjawat jawatan sebagai  Ketua Pengarah Alat MKTD-BPP manakala Kol Muhammad Hafizuddeain Jantan dinaikkan pangkat Brig Jen dan memegang jawatan Ketua Pengarah Pembangunan MKTD Cawangan P&P.

Majlis diteruskan dengan dua pegawai kanan dinaikan pangkat Lt Kol ke Kol dan 35 pegawai dinaikan pangkat dari Mej ke Lt Kol.

Dalam ucapan PTD beliau mengucapkan tahniah kepada semua pegawai yang dinaikkan pangkat serta mengingatkan kepada semua pegawai bahawa semakin tinggi pangkat yang disandang lagi besar amanah yang perlu dipikul malah kenaikkan pangkat ini turut disertakan dengan tanggungjawab besar yang perlu digalas oleh semua pegawai TD.

Turut hadir Ketua Pengarah Kesihatan, Lt Jen Datuk Dr Hj Abdul Razak Md Yusoff dan Pegawai-pegawai Kanan TD.'




Saturday, April 1, 2017

'Ladies & Gents, let's all adjourn to the bar'... oops wrong bar. Congrats to all & Sundry :D

Credit to Skot Azman

'Two of my brother officers whilst serving in the Army being called to the bar and admitted as an advocate and solicitors in the High Court of Malaya. Congratulations to Lt Kol Kamarul Ariffin (Rtd) and Mej Àdam (Rtd).'


Monday, March 27, 2017

371091, Teuku Badrul Majidi, Deceased


Inna lillahi wa inna ilaihi rajiun. Allahmumaghfirlahu warhamhu wa 'aafihi wa'fu 'anhu.





Received message from his son:

'Ya tuan. Ayah kami telah kembali ke rahmatullah 50 hari yg lepas.Jikalau ada hutang lama yg ingin dituntut oleh tuan atau kawan-kawan, sila beritahu saya. Dikebumikan di Pusara di Bukit Beruntung. Punca kematian adalah Multiple Organ Failure. Daripada kidney ke jantung. Jatuh sakit terus selepas pembedahan bypass untuk membetulkan 3 bahagian yang tersumbat. InshaaAllah. Terima kasih di atas doa tuan. Jikalau tuan ingin menziarahi pusara, boleh hubungi saya atau ahli keluarga saya yang lain. 
Khairul Azim - 019 288 8077'

Wednesday, March 22, 2017

LIMA 17th - Handing over the fourth A400M (M54-04) to RMAF

Credit to TUDM

'Pesawat A400M ke 4 (M54-04) tiba di negara pada 14 Mac baru-baru ini di Pangkalan Udara Subang dari Sepanyol. Buat kali pertamanya pesawat A400M, M54-04 muncul di khalayak ramai semasa melaksanakan penerbangan pembukaan sempena perasmian LIMA’17 oleh YAB Perdana Menteri Malaysia. Pesawat A400M, M54-04 telah diiringi 2 buah lagi M54-02 dan M54-03 yang mempersembahkan aksi hebat dengan melakukan gerakan Escape Manouvre. Pesawat A400M merupakan satu-satunya pesawat pengangkut yang berkeupayaan melakukan gerakan tersebut.

Persembahan aksi hebat A400M (M54-04) yang dipandu sendiri oleh Pegawai Memerintah No 22 Skuadron, Kol Masro bin Kaliwon TUDM telah memukau para penonton semasa perasmian LIMA’17. Beliau juga telah menerbangkan pulang pesawat A400M ke 4 ini dari Sepanyol. Dengan kesemua pesawat A400M yang tiba, ianya akan memperkukuhkan peranan pertahanan udara dalam membantu operasi TUDM.

Penyerahan pesawat A400M ke 4 pada pagi ini sebagai pelengkap 4 buah pesawat A400M yang diperolehi TUDM. Mengimbau kembali LIMA ’15 lepas, pesawat pertama A400M telah diserahkan secara rasmi dan diterima oleh YAB Perdana Menteri pada bulan Mac 15 dan setelah genap 2 tahun kesemua pesawat kini telah diterima TUDM pada LIMA’17. Di samping itu juga, pihak Airbus telah menyerahkan sijil kepada TUDM di atas kejayaan No 22 Skuadron yang telah berjaya mencatat 2000 jam penerbangan.'



Air Chief Conference LIMA 2017 - DAy 2