Thursday, December 15, 2016

Like Father Like Son..

Credit to Skot Razak Kamari's FB


151216 Skot Razak Kamari, promoted to Brig Gen

151216 Skot Suhaimi Mohd Zuki, promoted to Lt Gen

151216 - Ipoh Echo : "Honouring the wounded"

Credit to 'Tan Mei Kuan - Ipoh Echo '

'In conjunction with Armed Forces Day, the 2nd Malaysian Infantry Brigade honoured 87 former soldiers who were wounded when in harness. The event was held at the brigade commander’s residence along Thompson Road on Thursday, October 13.
Attired casually, the 200-odd invitees had lunch on the lawn with the accompaniment of music and songs from a live band. The Last Post was played signalling the start of the morning event.
“We always assist the Department of Veterans Affairs and governmental agencies who want to help retirees. However, there are many ex-servicemen who have not registered with the veteran department. Tracing them becomes difficult,” said Brig-Gen Mas’od bin Hj Muhammad, Commander 2nd Malaysian Infantry Brigade to reporters.
“We’ve gone on air to get them to register and via word of mouth to spread the gospel,” he added. The affable general made it a point to greet everyone at their respective seats.
Among the 87 honourees, three were from the navy while one from the air force. Some had retired since 1979 while some are still in service. Ipoh Echo spoke to a 58-year-old former air force officer, Captain (Rtd) Yusoff bin Rabaie. Yusoff lost his right hand in a grenade incident in 1978. The hand grenade exploded in his right hand during a grenade-throwing exercise at a range in Terendak Camp, Malacca. He was only 19 years old then.
“I remember the date and time clearly. It was Thursday, March 16. I was critically wounded. The doctor told me that I had only a five per cent chance of survival. I underwent 10 months of treatment with another two years of follow-up treatment. I now have 70 per cent permanent disability,” said the Taiping-born Yusoff. He resumed service in 1979 doing desk-bound jobs and retired a captain in 1991.
Yusoff’s advice to all serving military personnel out there: “Serve with all your heart and do your best. Remember, if we don’t defend our country, who will?”




I wonder if both Yusoff and Mas'od realise they are skots :D

Deputy Menhan working visit to Vietnam

Credit to 'Kementerian Pertahanan Malaysia'

'Working Visit of Deputy Minister of Defence Malaysia, Dato' Sri Mohd Johari Baharum to Socialist Republic of Vietnam 14th - 16th December 2016.'



Wednesday, December 14, 2016

141216 SIMPOSIUM PANGLIMA ANGKATAN TENTERA

Credit to 'Tentera Darat Malaysia'

'Kuala Lumpur14 Dis - Simposium Panglima Angkatan Tentera bagi tahun 2016 telah diadakan di Wisma Perwira ATM, Jalan Padang Tembak, Kuala Lumpur. Turut hadir adalah Panglima-panglima Perkhidmatan serta pegawai-pegawai kanan ATM Kementerian Pertahanan.'


 Skot Tengku Ahmad & Skot Suhaimi Mohd Zuki


Our friend has a facebook account..

Credit to facebook account here



Thursday, December 1, 2016

4 Skots - Members, JPPTU

Credit to 'Tentera Udara Diraja Malaysia'

'MESYUARAT JAWATANKUASA PENASIHAT PANGLIMA TENTERA UDARA KE-135

KUALA LUMPUR, 1 Dis 16 - Mesyuarat Jawatankuasa Penasihat Panglima Tentera Udara (JPPTU) ke-135 yang berlangsung di InterContinental Hotel telah dirasmikan oleh Panglima Tentera Udara, Jen Tan Sri Dato’ Sri Roslan bin Saad TUDM dan dihadiri Timbalan Panglima Tentera Udara, Panglima Operasi Udara, Panglima Bantuan Udara, Panglima-panglima Pemerintahan Udara dan AKS-AKS Bahagian.
Mesyuarat JPPTU merupakan Jawatankuasa tertinggi dalam TUDM yang ditubuhkan khusus untuk menggubal dasar dan membuat keputusan terhadap segala perkara yang melibatkan Pembangunan, Perancangan, Pertahanan, Operasi, Latihan, Bantuan, Pengurusan dan Organisasi TUDM.'


Standing leftmost - Skot Azizon, beside him is Skot Ismail Manuri
Seated 5th from left - Skot Abdul Mutalib
Seated 4th from right - Skot Shabre



Shahrani n Amir, Abdul Rahman Coy - The Last Hurrah




Lt Jen Dato Shahrani Mohd Sany - Perbarisan Penghargaan di Padang Kawad Batalion Ke-12 Rejimen Askar Melayu Diraja (19 RAMD Mek)

Credit to 'BTDM Online'

"Jaga Maruah 4 Bgd Mekanize-Mantan PAB

PAHANG: “Perbarisan pada hari ini memperlihatkan betapa tingginya semangat, displin dan kesungguhan warga  4 Bgd Mekanize yang menunjukkan satu keikhlasan dan penghormatan yang tinggi nilainya dan saya berharap ianya di jaga sebaik mungkin agar maruah 4 Bgd (Mek) sentiasa terpelihara serta dipandang tinggi oleh mana-mana pihak,” tegas mantan Panglima Angkatan Bersama, Lt Jen Dato Shahrani Mohd Sany semasa ucapannya dalam Perbarisan Penghargaan beliau di Padang Kawad Batalion Ke-12 Rejimen Askar Melayu Diraja (19 RAMD Mek) pada 1 Dis 2016.
Terdahulu dari itu, mantan PAB yang pernah menjadi  Pegawai Memerintah 12 RAMD (Mek) menerima tabik hormat terakhir dari warga  4 Bgd (Mek) yang melibatkan seramai 15 pegawai dan 262 anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) bagi menghargai jasa yang telah dicurahkan oleh beliau selama 39 tahun  berkhidmat di dalam Angkatan Tentera Malaysia (ATM) serta perbarisan berjalan lalu berkenderaan jenis Gempita dan Adnan.
Selain itu, beliau turut mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan  kepada pucuk pimpinan TD dan ATM kerana memberi kesempatan dan kepercayaan untuknya mencurah khidmat bakti dan keringat kepada agama, bangsa dan negara serta terharu  di atas kehadiran Panglima Tentera Darat, Jen Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor yang sudi hadir dalam perbarisan penghargaan tersebut.
Turut hadir Panglima Medan Barat TD, Lt Jen Dato’ Sri Zulkiple Kassim,  Panglima 3 Div, Mej Jen Dato Hasagaya Abdullah, Ketua Staf MKTD, Mej Jen Dato’ Abdul Halim Hj Jalal, AKS Cawangan Sumber Manusia, Mej Jen Dato’ Suhaimi Hj Mohd Zuki dan Panglima 4 Bgd Mekanize, Brig Jen Dato’ Md Din Hj Abu."














Two skots- Skot Shahrani and Skot Suhaimi




Tuesday, November 29, 2016

Mej Jen Dato’ Amir Hashim TUDM - PERBARISAN PENGHARGAAN KEPADA AKS J4 MARKAS ANGKATAN BERSAMA

Credit to 'Tentera Udara Diraja Malaysia'

'PERBARISAN PENGHARGAAN KEPADA AKS J4 MARKAS ANGKATAN BERSAMA
KINRARA, 29 Nov 16 – Institut Latihan Pengurusan Materiel telah melaksanakan satu Perbarisan sempena Penghargaan kepada Asisten Ketua Staf J4 Markas Angkatan Bersama, Mej Jen Dato’ Amir Hashim TUDM sempena lawatan kerja akhir ke INSMAT TUDM Kinrara.
Perbarisan ini adalah sebagai satu simbolik bagi menghargai jasa dan sumbangan beliau kepada TUDM khasnya dan Materiel amnya.
Perbarisan ini telah dianggotai seramai 11 Pegawai dan 109 orang anggota Lain-lain pangkat. Perbarisan ini telah diketuai oleh Mej Hamon Razif bin Abd Hameed TUDM.
AKS J4 turut melakukan pemeriksaan perbarisan dan seterusnya menyampaikan amanat beliau kepada warga materiel dan mengucapkan terima kasih pada semua yang hadir.
Turut hadir ke perbarisan ini ialah Asisten Ketua Staf Materiel, Brig Jen Dato’ Dr Mohd Yunus bin Masjuki TUDM, Asisten Ketua Staf Logistik Pertahanan Markas ATM, Brig Jen Rodzuan bin Abd Ghani TUDM serta pegawai-pegawai Kanan Materiel yang lain.
Disamping itu, Mej Jen Dato’ Amir Hashim TUDM turut merasmikan Aircraf Mockup C130H INSMAT, yang dinamakan sebagai “Arena Dato’ Amir Hashim” bagi mengenang jasa bakti beliau di dalam TUDM.
Majlis ini juga telah turut dihadiri oleh isteri beliau, Datin Khairiah binti Ab Karim, juga ditemani oleh isteri AKS Materiel iaitu Datin Nur Lizah binti Wagiyo serta ahli BAKAT INSMAT.'








Saturday, November 26, 2016

251116 - Dining Out Army

Credit to 'Tentera Darat Malaysia'

'MMR PERSARAAN DAN PERPISAHAN PEGAWAI KANAN TENTERA DARAT
Kuala Lumpur, 25 Nov - Seramai 14 orang Pegawai Kanan Tentera Darat telah diraikan dalam Majlis Makan Malam Rejimental Persaraan dan Perpisahan Tentera Darat yang diadakan di Wisma Perwira TD, Kem Perdana Sungai Besi.
Majlis makan malam rejimental tersebut bertujuan untuk menghargai jasa dan pengorbanan Pegawai Kanan Tentera Darat yang begitu komited sepanjang perkhidmatan mereka.
Hadir meraikan mereka dalam majlis tersebut adalah Panglima Tentera Darat, YM Jen Tan Sri Raja Mohamed Affandi bin Raja Mohamed Noor, Timbalan Panglima Tentera Darat Lt Jen Dato’ Seri Panglima Hj Ahmad Hasbullah bin Hj Mohd Nawawi serta Pegawai-pegawai Kanan Tentera Darat.'




Thursday, November 24, 2016

'Pada hari ini dalam sejarah, tanggal 24hb November, 1998.....'

Credit to 'Tentera Darat Malaysia'

'SUATU KETIKA DAHULU DI BULAN NOV...

24 Nov 1998, Istiadat Pertukaran Panji-Panji Rejimen, Batalion Kedua, Rejimen Askar Melayu Diraja di Padang Kawad 2 RAMD, Kem Sg Ara, Pulau Pinang.

Pegawai Penerima Panji-Panji ialah Lt M Sufian Helmei bin Md Yusoff (kini berpangkat Mejar).

Peg Mem Harimau Malaya pada ketika itu, Lt Kol Mohd Tajri bin Alwi (sekarang Mej Jen Dato' Wira), Penolong Peg Memerintah, Mej Yon bin Hassan (sekarang Lt Kol) dan SMR, PW I Zainal bin Suradi (bersara).

Istiadat Penganugerahan Panji-Panji Baru 2 RAMD telah disempurnakan oleh DYMM Sultan Abdul Halim ibni Al Marhum Sultan Badlishah, Sultan Kedah merangkap Yang DiPertua Rejimen Askar Melayu Diraja.'


Thursday, November 17, 2016

'LAWATAN KERJA KOMANDER HEADQUARTERS INTERGRATED AREA DEFENCE SYSTEM (HQIADS) KE PEMERINTAHAN LATIHAN DAN DOKTRIN TENTERA DARAT (PLDTD)'

Credit to 'Tentera Darat Malaysia'

'INSTITUSI PEGAWAI KANAN TENTERA DARAT (INSPEKA), 16 Nov 16: Seramai 180 pegawai di bawah PLDTD telah hadir untuk mendengar taklimat dari perwakilan HQIADS bertempat di Dewan Al-Farabi, INSPEKA.
Kehadiran Pegawai Kanan dari HQIADS dan Five Power Defence Arrangement (FPDA) yang diketuai oleh Air Vice Marshall Bill William Henman selaku Komander HQIADS telah disambut oleh Mej Jen Dato’ Tengku Ahmad Noor bin Tuan Chik, Panglima Latihan Tentera Darat setelah beliau menerima dan memeriksa Kawalan Kuarter di hadapan Markas INSPEKA.
Sesi taklimat telah diadakan semasa lawatan berhubung dengan peranan dan pengalaman ATM khususnya TD dengan konsep Operasi Amfibia yang akan dirancang pada tahun hadapan.
Turut memberikan taklimat kepada perwakilan HQIADS ialah Kol Jamalludin bin Ahamad Pengarah Pusat Olah Perang Tentera Darat (POP TD) bertajuk Background Role And Task Of Army Wargame Centre dan Mej Muhammad Fadzli bin Mohd Nor, Pegawai Staf 2 Latih Markas 1 Bgd yang bertajuk Background Of 1 Bgd And Involvemen In FPDA Exercise.
Lt Kdr Mohd Firdaus bin Arbaain TLDM Pegawai Staf 2 Amfibious memberikan taklimat yang bertajuk Introducition Of PESAMA manakala wakil dari Markas HQIADS turut memberikan taklimat bertajuk Introduction Of FPDA.
Lawatan diakhiri dengan pertukaran cenderahati oleh kedua belah pihak serta jamuan ringgan.
- Sel AV MPLDTD'







Wednesday, November 9, 2016

081116 - Dining Out Mej Gen Amir Hashim TUDM

Credit to 'TUDM'

"MAJLIS MAKAN BERADAT SEMPENA PERSARAAN PEGAWAI KANAN TUDM
KUALA LUMPUR, 8 Nov 16 – Majlis Makan Beradat sempena meraikan Pegawai-pegawai Kanan TUDM yang akan bersara di dalam perkhidmatan telah diadakan di The Royale Chulan Hotel.
Pegawai-pegawai kanan yang diraikan adalah Mej Jen Dato’ Ahmad Tarmizi bin Elias TUDM, Mej Jen Dato’ Hj Abdul Karim bin Abdul TUDM, Mej Jen Dato’ Amir bin Hashim TUDM, Brig Jen Dato’ Shamsuri bin Alias TUDM, Brig Jen Dato’ Asmuni bin Takriff TUDM, Brig Jen Dato’ Tuan Mustafa bin Tuan Hussin TUDM, Brig Jen Dato’ Hj Jaafar bin Kasim TUDM dan Kol Hj Ahmad Zulkifle bin Mohd Zain TUDM.
Majlis ini diadakan bagi menghargai jasa serta sumbangan bakti yang telah ditaburkan oleh Pegawai-pegawai Kanan TUDM yang diraikan di sepanjang pekhidmatan di dalam TUDM khasnya.
Hadir sama memberi penghormatan di majlis tersebut adalah Panglima Tentera Udara, Jen Tan Sri Dato’ Sri Roslan bin Saad TUDM, Timbalan Panglima Tentera Udara, Lt Jen Dato’ Sri Hj Affendi bin Buang TUDM dan Pegawai-pegawai Kanan TUDM yang lain beserta pasangan masing-masing. Bagi pihak seluruh warga TUDM amnya mengucapkan Selamat Bersara dan Selamat Maju Jaya. Jasamu dikenang."