Tuesday, November 29, 2016

Mej Jen Dato’ Amir Hashim TUDM - PERBARISAN PENGHARGAAN KEPADA AKS J4 MARKAS ANGKATAN BERSAMA

Credit to 'Tentera Udara Diraja Malaysia'

'PERBARISAN PENGHARGAAN KEPADA AKS J4 MARKAS ANGKATAN BERSAMA
KINRARA, 29 Nov 16 – Institut Latihan Pengurusan Materiel telah melaksanakan satu Perbarisan sempena Penghargaan kepada Asisten Ketua Staf J4 Markas Angkatan Bersama, Mej Jen Dato’ Amir Hashim TUDM sempena lawatan kerja akhir ke INSMAT TUDM Kinrara.
Perbarisan ini adalah sebagai satu simbolik bagi menghargai jasa dan sumbangan beliau kepada TUDM khasnya dan Materiel amnya.
Perbarisan ini telah dianggotai seramai 11 Pegawai dan 109 orang anggota Lain-lain pangkat. Perbarisan ini telah diketuai oleh Mej Hamon Razif bin Abd Hameed TUDM.
AKS J4 turut melakukan pemeriksaan perbarisan dan seterusnya menyampaikan amanat beliau kepada warga materiel dan mengucapkan terima kasih pada semua yang hadir.
Turut hadir ke perbarisan ini ialah Asisten Ketua Staf Materiel, Brig Jen Dato’ Dr Mohd Yunus bin Masjuki TUDM, Asisten Ketua Staf Logistik Pertahanan Markas ATM, Brig Jen Rodzuan bin Abd Ghani TUDM serta pegawai-pegawai Kanan Materiel yang lain.
Disamping itu, Mej Jen Dato’ Amir Hashim TUDM turut merasmikan Aircraf Mockup C130H INSMAT, yang dinamakan sebagai “Arena Dato’ Amir Hashim” bagi mengenang jasa bakti beliau di dalam TUDM.
Majlis ini juga telah turut dihadiri oleh isteri beliau, Datin Khairiah binti Ab Karim, juga ditemani oleh isteri AKS Materiel iaitu Datin Nur Lizah binti Wagiyo serta ahli BAKAT INSMAT.'








Saturday, November 26, 2016

251116 - Dining Out Army

Credit to 'Tentera Darat Malaysia'

'MMR PERSARAAN DAN PERPISAHAN PEGAWAI KANAN TENTERA DARAT
Kuala Lumpur, 25 Nov - Seramai 14 orang Pegawai Kanan Tentera Darat telah diraikan dalam Majlis Makan Malam Rejimental Persaraan dan Perpisahan Tentera Darat yang diadakan di Wisma Perwira TD, Kem Perdana Sungai Besi.
Majlis makan malam rejimental tersebut bertujuan untuk menghargai jasa dan pengorbanan Pegawai Kanan Tentera Darat yang begitu komited sepanjang perkhidmatan mereka.
Hadir meraikan mereka dalam majlis tersebut adalah Panglima Tentera Darat, YM Jen Tan Sri Raja Mohamed Affandi bin Raja Mohamed Noor, Timbalan Panglima Tentera Darat Lt Jen Dato’ Seri Panglima Hj Ahmad Hasbullah bin Hj Mohd Nawawi serta Pegawai-pegawai Kanan Tentera Darat.'




Thursday, November 24, 2016

'Pada hari ini dalam sejarah, tanggal 24hb November, 1998.....'

Credit to 'Tentera Darat Malaysia'

'SUATU KETIKA DAHULU DI BULAN NOV...

24 Nov 1998, Istiadat Pertukaran Panji-Panji Rejimen, Batalion Kedua, Rejimen Askar Melayu Diraja di Padang Kawad 2 RAMD, Kem Sg Ara, Pulau Pinang.

Pegawai Penerima Panji-Panji ialah Lt M Sufian Helmei bin Md Yusoff (kini berpangkat Mejar).

Peg Mem Harimau Malaya pada ketika itu, Lt Kol Mohd Tajri bin Alwi (sekarang Mej Jen Dato' Wira), Penolong Peg Memerintah, Mej Yon bin Hassan (sekarang Lt Kol) dan SMR, PW I Zainal bin Suradi (bersara).

Istiadat Penganugerahan Panji-Panji Baru 2 RAMD telah disempurnakan oleh DYMM Sultan Abdul Halim ibni Al Marhum Sultan Badlishah, Sultan Kedah merangkap Yang DiPertua Rejimen Askar Melayu Diraja.'


Thursday, November 17, 2016

'LAWATAN KERJA KOMANDER HEADQUARTERS INTERGRATED AREA DEFENCE SYSTEM (HQIADS) KE PEMERINTAHAN LATIHAN DAN DOKTRIN TENTERA DARAT (PLDTD)'

Credit to 'Tentera Darat Malaysia'

'INSTITUSI PEGAWAI KANAN TENTERA DARAT (INSPEKA), 16 Nov 16: Seramai 180 pegawai di bawah PLDTD telah hadir untuk mendengar taklimat dari perwakilan HQIADS bertempat di Dewan Al-Farabi, INSPEKA.
Kehadiran Pegawai Kanan dari HQIADS dan Five Power Defence Arrangement (FPDA) yang diketuai oleh Air Vice Marshall Bill William Henman selaku Komander HQIADS telah disambut oleh Mej Jen Dato’ Tengku Ahmad Noor bin Tuan Chik, Panglima Latihan Tentera Darat setelah beliau menerima dan memeriksa Kawalan Kuarter di hadapan Markas INSPEKA.
Sesi taklimat telah diadakan semasa lawatan berhubung dengan peranan dan pengalaman ATM khususnya TD dengan konsep Operasi Amfibia yang akan dirancang pada tahun hadapan.
Turut memberikan taklimat kepada perwakilan HQIADS ialah Kol Jamalludin bin Ahamad Pengarah Pusat Olah Perang Tentera Darat (POP TD) bertajuk Background Role And Task Of Army Wargame Centre dan Mej Muhammad Fadzli bin Mohd Nor, Pegawai Staf 2 Latih Markas 1 Bgd yang bertajuk Background Of 1 Bgd And Involvemen In FPDA Exercise.
Lt Kdr Mohd Firdaus bin Arbaain TLDM Pegawai Staf 2 Amfibious memberikan taklimat yang bertajuk Introducition Of PESAMA manakala wakil dari Markas HQIADS turut memberikan taklimat bertajuk Introduction Of FPDA.
Lawatan diakhiri dengan pertukaran cenderahati oleh kedua belah pihak serta jamuan ringgan.
- Sel AV MPLDTD'







Wednesday, November 9, 2016

081116 - Dining Out Mej Gen Amir Hashim TUDM

Credit to 'TUDM'

"MAJLIS MAKAN BERADAT SEMPENA PERSARAAN PEGAWAI KANAN TUDM
KUALA LUMPUR, 8 Nov 16 – Majlis Makan Beradat sempena meraikan Pegawai-pegawai Kanan TUDM yang akan bersara di dalam perkhidmatan telah diadakan di The Royale Chulan Hotel.
Pegawai-pegawai kanan yang diraikan adalah Mej Jen Dato’ Ahmad Tarmizi bin Elias TUDM, Mej Jen Dato’ Hj Abdul Karim bin Abdul TUDM, Mej Jen Dato’ Amir bin Hashim TUDM, Brig Jen Dato’ Shamsuri bin Alias TUDM, Brig Jen Dato’ Asmuni bin Takriff TUDM, Brig Jen Dato’ Tuan Mustafa bin Tuan Hussin TUDM, Brig Jen Dato’ Hj Jaafar bin Kasim TUDM dan Kol Hj Ahmad Zulkifle bin Mohd Zain TUDM.
Majlis ini diadakan bagi menghargai jasa serta sumbangan bakti yang telah ditaburkan oleh Pegawai-pegawai Kanan TUDM yang diraikan di sepanjang pekhidmatan di dalam TUDM khasnya.
Hadir sama memberi penghormatan di majlis tersebut adalah Panglima Tentera Udara, Jen Tan Sri Dato’ Sri Roslan bin Saad TUDM, Timbalan Panglima Tentera Udara, Lt Jen Dato’ Sri Hj Affendi bin Buang TUDM dan Pegawai-pegawai Kanan TUDM yang lain beserta pasangan masing-masing. Bagi pihak seluruh warga TUDM amnya mengucapkan Selamat Bersara dan Selamat Maju Jaya. Jasamu dikenang."