Monday, September 14, 2020

Elaun Khas PJM, Bantuan Khas RM, Bantuan Khas RM 250

Info from Skot ishak Ripin

IR@IPR

Assalamualaikum Para Vateran semua:

*Kemaskini terbaru di Laman Web JHEV ATM*

Kini Veteran boleh memeriksa sendiri status:

1. Elaun PJM 2020 - 500.00
2. Bantuan Khas Kew 2020 - 500.00
3. Bantuan Khas Kew 2020 - 250.00

Portal: daftar.jhev.gov.my

Carax seperti gambar di bawah:

1. Tekan portal diatas.
2. Tekan semak.
3. Masukkan maklumat.
4. Maklumat terpapar.

Veteran boleh tahu status permohonan mereka sama ada Daftar, Diterima, Dalam Proses, Lulus dan Lainx lagi.

Veteran hanya perlu masukkan No Kad Pengenalan dan maklumat berkenaan pembayaran akan dipaparkan seperti gambar di bawah. Terima kasih.

Maklum. Info untuk semua

Saturday, September 5, 2020

Lt Gen Suhaimi Zuki, Farewell parade - 5th Sept 2020, Last of the Mohican

 Credit to Panggilan Pertiwi

 


'Tentera Darat Malaysia
19h ·

PERBARISAN PENGHARGAAN SEMPENA PERSARAAN LT JEN DATO' SUHAIMI BIN HAJI MOHD ZUKI

KEM TERENDAK, 5 Sep 2020 - Panglima Tentera Darat (PTD), Jen Tan Sri Datuk Zamrose bin Mohd Zain telah menyempurnakan Perbarisan Penghargaan Sempena Persaraan Lt Jen Dato' Suhaimi bin Hj Mohd Zuki bertempat di Padang Kawad Batalion Ke-17 Rejimen Askar Melayu Diraja (17 RAMD Para), Kem Terendak, Melaka.

Perbarisan tersebut diadakan sebagai tanda penghargaan kepada Lt Jen Dato' Suhaimi bin Hj Mohd Zuki yang akan bersara menamatkan perkhidmatan setelah hampir 42 tahun berkhidmat dalam Angkatan Tentera Malaysia. Beliau yang ditauliahkan pada 23 Jun 1979 akan menamatkan perkhidmatan secara rasminya pada 8 September 2020.

Beliau bukanlah asing bagi 10 Briged Para dan 17 RAMD Para di mana beliau merupakan Panglima Ke-10 bagi 10 Briged (Para) dan juga Pegawai Memerintah Ke-15 bagi pasukan 17 RAMD Para.

Perbarisan penghargaan tersebut terdiri dari anggota di bawah naungan 10 Bgd Para berkekuatan 25 Peg dan 792 anggota Lain-Lain Pangkat diketuai oleh Pegawai Memerintah 17 RAMD Para, Lt Kol Anwar Zamani bin Jusop.

PTD dalam ucapannya menzahirkan ucapan terima kasih dan penghargaan kepada Lt Jen Dato' Suhaimi bin Haji Mohd Zuki di atas segala sumbangan jasa serta perkhidmatan yang telah beliau berikan kepada Tentera Darat Malaysia (TDM). Beliau adalah di antara Pegawai Kanan TDM dan Kor RAMD yang boleh dijadikan sumber inspirasi kepada semua warga TDM. Ketokohan beliau harus dicontohi oleh seluruh warga Kor RAMD dalam usaha memartabatkannya sebagai sebuah Kor yang unggul dan kredibel. Menurut PTD lagi, persaraan Lt Jen Dato' Suhaimi bin Hj Mohd Zuki merupakan suatu kehilangan yang besar kepada TDM amnya dan Kor RAMD khasnya.

Sepanjang perkhidmatan beliau, Lt Jen Dato’ Suhaimi telah menjawat pelbagai jawatan penting antaranya sebagai Panglima 10 Bgd Para, Penasihat Ketenteraan kepada Timbalan Menteri Pertahanan, Komandan di INSPEKA, Asisten Ketua Staf Operasi dan Latihan, Panglima di Markas Divisyen Keempat Infantri Malaysia, Panglima Latihan di MPLDTD, Asisten Ketua Staf Cawangan Sumber Manusia, Ketua Eksekutif di MiDAS dan juga Tim Ketua Nukleus di King Salman Center for International Peace (KSCIP). Perjawatan terakhir yang disandang beliau adalah sebagai Panglima Angkatan Bersama.

Bagi memenuhi keperluan kerajaan dalam membendung dan memutuskan rangkaian penularan COVID-19, sesuai dengan norma baru serta pematuhan terhadap prosedur operasi standard (SOP) pencegahan COVID-19 yang ditetapkan, perbarisan dilakukan secara statik dengan penjarakan anggota yang berbaris lebih jauh berbanding biasa. Anggota perbarisan dan tetamu tentera yang hadir dikehendaki menggunakan hand sanitizer, menjalani saringan suhu serta mengamalkan penjarakan fizikal. Setiap anggota perbarisan memakai penutup mulut yang seragam bercorak celoreng.

Turut hadir dalam acara tersebut adalah Panglima Medan Barat Tentera Darat selaku Pengerusi Kor Rejimen Askar Melayu Diraja, Lt Jen Dato' Mohammad bin Ab Rahman, Panglima 3 Divisyen, Mej Jen Dato' Tengku Muhammad Fauzi bin Tengku Ibrahim, Panglima 10 Briged Para, Brig Jen Hj Semaon bin Hj Marjuki dan Pegawai-Pegawai Kanan 10 Briged Para.

Selamat bersara YBhg Dato'.'


Friday, July 10, 2020

First Salute...

Today this photo came into my newsfeed (photo courtesy of RMAF FB) :


A photo of Maj Gen Johnny Loh Kok Kong RMAF making his courtesy visit to Deputy Commander, RMAF prior to his ROD. Bringing back memories. A day after commissioning, early morning at the cadet wings cafe, out of the blue i was confronted by two regular cadet officers trying to outdo one another in order to salute me. They were Regular Cadet Officer Johnny Loh n Regulator Cadet Officer Ramli Surip. The latter got the better of it n i returned the salute and simply smiled. That was about it n felt  'strange' and more 'stranger' with the look registered on Ramli's face. I came to know later, 'tradition' has it that it is customary to return the salute and offer a 'free lunch' on the first salute. Sorry Ramli hahaha. May Allah azzawajal grant both of you in good health, to Mej Ramli Surip (R) the best of Iman and to Mej Jen Johnny Loh RMAF Taufiq wal Hidayah aameen. Mej Ramli's photo credited to his  facebook account with thanks.



Sunday, May 24, 2020

Blessing ofg 'Eid ~ 'كل عام و انتم بخير'

Photo credits - Skots Fb account


Skot Aziz Din n Famil


Skot Ismail Feisol n Famil


Skot kamaruddin Mustapha n Famil


Skot Zamani Othman n Famil


Skot Mohd Zahar hashim n Famil


Mustafa Harun n Fami


Skot Osman Saamin


Skot Rusli Abd Rahman n Famil


Skot Shamsudin n Famil



Skot Shokri Hj Salleh n Famil


Skot Syed Ismal Syed Hashim n Famil

Thursday, February 20, 2020

20022020 - Skot Suhaimi Zuki, last of the Mohican, completing 42 years of service

'Woi belum last la.. aku ade, rusli abdul rahman ade...' ~ skot Abdul Razak Abdul Rahman currently with APMM due retirement end of this year.

Article courtesy of RMAF

'MAJLIS SERAH TERIMA TUGAS PANGLIMA ANGKATAN BERSAMA

KUALA LUMPUR, 20 Februari 2020 – Majlis Serah Terima Tugas Panglima Angkatan Bersama (PAB) telah diadakan di Dewan Perkasa, Wisma Perwira ATM di antara Leftenan Jeneral Dato’ Suhaimi bin Haji Mohd Zuki dengan Leftenan Jeneral Dato’ Hj Yazid bin Arshad TUDM.

Majlis yang disaksikan oleh Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Dato’ Sri Haji Affendi bin Buang TUDM turut dihadiri oleh Panglima Tentera Udara, Jeneral Dato’ Sri Ackbal bin Haji Abdul Samad TUDM serta Panglima-panglima Perkhidmatan yang lain.

Warga TUDM mengucapkan selamat maju jaya buat Leftenan Jeneral Dato’ Suhaimi bin Haji Mohd Zuki yang akan bersara dari perkhidmatan dan sekalung tahniah buat Leftenan Jeneral Dato’ Hj Yazid bin Arshad TUDM di atas pelantikan sebagai PAB Ke-13.'




Mess Nite, PWTC, 17022020. photo credit skot Aktar with thanks






Farewell parade , 21/02/2020, Bersama Complex sg Panching Kuantan