Photo Credit to Harian Metro dated 30th Apr 2015 with thanks.
Chef with his exquisite dishes
Ikan bersirih daun kaduk
Goreng lutut ayam
Kerabu maggi
Drop by at Summit Bamboo Garden....
Isi ikan siakap, cili potong, limau nipis dan kacang gajus yang dibalut dengan daun kaduk, kemudian dimakan seperti makan sirih. Rasa masam, manis dan pedas ditambah kesegaran isi ikan yang digoreng garing itu memberikan keenakan yang sukar digambarkan dengan kata-kata. Itulah keunikan yang ditampilkan di Summit Bamboo Garden Chinese & Thai Restaurant di USJ, Subang Jaya, Selangor. Selain itu, keenakan daging rusa yang dimasak bersama ikan kering membuatkan sesiapa saja yang menikmatinya tersenyum puas. Menggabungkan dua masakan yang cukup terkenal iaitu Cina dan Thailand, restoran itu menyediakan kira-kira 300 menu. Pemiliknya, Mejar (B) Ismail Jr Feiros berkata, kepelbagaian menu yang disajikan adalah berbeza dengan restoran lain dan ada yang hanya disajikan di restoran itu saja. “Kami menggabungkan dua masakan yang cukup digemari orang ramai iaitu masakan Cina dan Thailand. “Gabungan dua tukang masak berpengalaman menjadikan setiap hidangan mempunyai rasa tersendiri,” katanya.
Jika datang ke sini, antara menu yang wajib dicuba ialah miang kham atau ikan bersirih, en khai tod dan kam som untuk masakan Thailand manakala Shanghai beef, tofu dan sotong goreng telur masin untuk pilihan makanan Cina. Penulis yang mencuba sendiri menu miang kham atau ikan bersirih mendapati hidangan itu memang berbeza dan sedap. Biasanya ikan siakap, kerapu atau tilapia dimasak stim, pedas dan tiga rasa tetapi miang kham itu dimakan seperti memakan sirih.
Ikannya digoreng biasa dan diletakkan potongan kecil cili api, limau nipis, kacang gajus manakala isi ikan dibalut dengan daun kaduk.En khai thod pula, katanya, adalah hidangan istimewa dan sukar diperoleh di mana-mana restoran. “Ia menggunakan lutut ayam yang digoreng garing bersama bijan, kemudian dicicah dengan sos istimewa. “Lutut ayam diimport dari Thailand,” katanya.
Satu lagi menu Thailand yang harus dinikmati ialah kang som iaitu menggunakan bahan seperti cili padi, bawang putih, kunyit dan belacan Thailand tetapi rasanya cukup mengujakan. Ikan siakap dan ikan puyu sesuai dimasak kam som. Kerabu Maggi juga tidak mengecewakan.
Untuk makanan Cina, antara yang harus dicuba ialah Shanghai beef iaitu daging rusa yang dimasak dengan ikan kering. Sotong goreng telur masin dan tofu juga cukup menyelerakan. Baru mengambil alih restoran ini tujuh bulan lalu, Ismail mengakui kebanyakan pelanggan ialah peminat makanan Thai dan Cina.
Terletak di tingkat bawah pusat beli-belah Summit USJ, restoran ini beroperasi setiap hari bermula dari jam 10.30 pagi hingga 10 malam.