Tuesday, January 31, 2017

Pasukan Sukarelawan Simpanan Maritim Malaysia (PSSMM) peringkat Daerah Dandakan, Sandakan




Credit to APMM's Official Facebook.

'SANDAKAN, 31 JANUARI 2017 - YBhg Laksamana Maritim Dato' Sri Hj Ahmad Puzi bin Hj Ab Kahar, Ketua Pengarah Maritim Malaysia melancarkan Penubuhan Pasukan Sukarelawan Simpanan Maritim Malaysia (PSSMM) peringkat Daerah Dandakan di Pejabat Daerah Maritim Sandakan DM17, seramai 108 orang anggota PSSMM baru dalam pelancaran ini'









Saturday, January 14, 2017

LAWATAN KERJA TIMBALAN MENTERI PERTAHANAN DAN PANGLIMA OPERASI UDARA KE PU LABUAN

Credit to TUDM

'LABUAN, 13 Jan 17 - Timbalan Menteri Pertahanan, YB Dato' Sri Mohd Johari bin Baharum diiringi Panglima Operasi Udara, Lt Jeneral Dato' Sri Hj.Abdul Mutalib bin Datuk Hj. Abdul Wahab TUDM telah melawat Pangkalan Udara Labuan hari ini.
Lawatan kerja ini bertujuan meninjau perkembangan perpindahan dan pengoperasian No. 6 Skn, PU Labuan yang disampaikan oleh pegawai memerintah No.6 Skn.
Beliau turut diiringi oleh Panglima Wilayah Udara 2, Mej Jen Dato' Mohd Shabre bin Hj Hussein TUDM serta Komander Pangkalan, Kol Zulkifli bin Hamid TUDM.
Selain melawat ke No.6 Skn, beliau turut melihat perkembangan projek naik taraf kuarters untuk anggota No.6 Skn.'






Friday, January 6, 2017

300821, Omar Bakri, Deceased

Inna lillahi wa inna ilaihi raji'un. Allahummaghfirlahu warhamhu wa 'aafihi wa' fu 'anhu.

Message from Skot Nasir Ishak :

'Balasungkawa
adalah dimaklumkan skot Omar Baki telah meninggal dunia jam 0930 pagi tadi di Alor Gajah
Jenazah arwah di kebumilan di Alor Gajah Melaka 
AL FATIHAH'

Wednesday, January 4, 2017

Passing of the baton....

Credit to 'Tentera Udara DiRaja Malaysia'

'MAJLIS SERAH TERIMA TUGAS PANGLIMA OPERASI UDARA DAN PANGLIMA BANTUAN UDARA SERTA PENYAMPAIAN AMANAT PERINTAH ULUNG PANGLIMA TENTERA UDARA KE-18

KUALA LUMPUR, 4 Jan 17 – Panglima Tentera Udara, Jeneral Dato’ Sri Hj Affendi bin Buang TUDM telah mengambil tabik hormat dari 3 pegawai dan 104 anggota Kawalan Kehormatan Utama bersama panji-panji dari Rejimen TUDM yang didirikan di Medan Perbarisan Kementah yang diketuai oleh Mej Mohd Syafik bin Saadun TUDM.
Kawalan Kehormatan Utama ini adalah merupakan penghormatan pertama yang diberikan oleh warga TUDM kepada Panglima Tentera Udara ke-18 dalam satu istiadat ketenteraan yang penuh gemilang pada hari ini.
Seterusnya, Panglima Tentera Udara Jeneral Dato’ Sri Hj Affendi bin Buang TUDM telah menyaksikan Upacara Serah Terima Tugas Pegawai Tertinggi TUDM di Auditorium Wisma Pertahanan. Upacara Serah Terima Tugas ini adalah membabitkan peralihan kuasa bagi jawatan Panglima Operasi Udara di antara Leftenan Jeneral Dato’ Sri Ackbal bin Hj Abdul Samad TUDM (Serah) dan Leftenan Jeneral Dato’ Sri Hj Abdul Mutalib bin Datuk Hj Ab Wahab TUDM (Terima). Turut berlangsung adalah peralihan kuasa bagi jawatan Panglima Bantuan Udara di antara Leftenan Jeneral Dato’ Sri Hj Abdul Mutalib bin Datuk Hj Ab Wahab TUDM (Serah) dan Leftenan Jeneral Dato’ Paduka Wan Normazlan bin Che Jaafar TUDM (Terima).
Peralihan kuasa bagi jawatan-jawatan tersebut sekali gus bakal menyaksikan kesinambungan kecemerlangan TUDM dalam memikul peranan dan fungsi yang telah dipertanggungjawabkan.
Dalam majlis yang sama, Panglima Tentera Udara ke-18, Jeneral Dato’ Sri Hj Affendi bin Buang TUDM turut menyampaikan amanat Perintah Ulung Panglima Tentera Udara kepada semua peringkat warga TUDM untuk dihayati dan dilaksanakan secara bersama dengan jayanya.
Turut hadir ke majlis ini ialah Timbalan Panglima Tentera Udara Leftenan Jeneral Dato’ Sri Ackbal bin Hj Abdul Samad TUDM, Panglima Operasi Udara Leftenan Jeneral Dato’ Sri Hj Abdul Mutalib bin Datuk Hj Ab Wahab TUDM, Panglima Bantuan Udara Leftenan Jeneral Dato’ Paduka Wan Normazlan bin Che Jaafar TUDM, Pegawai-pegawai Kanan, para pegawai dan anggota-anggota TUDM.'