Tuesday, September 14, 2010

Colonel Tengku Ahmad Noor Tuan Chik, Director of Operations, PLKN

Currently Director of Operations, PLKN. An excerpt taken from PLKN Website :

Begin Quote

SINOPSIS LATARBELAKANG
KOLONEL TENGKU AHMAD NOOR BIN TUAN CHIK


Kolonel Tengku Ahmad Noor bin Tuan Chik dilahirkan di Pasir Puteh, Kelantan pada 5 Dis 1958. Beliau telah memulakan kerjayanya dalam Angkatan Tentera Malaysia pada 23 Jun 1978 dan telah berkhidmat selama lebih kurang 30 tahun.
Sepanjang perkhidmatannya, Kolonel Tengku Ahmad Noor bin Tuan Chik telah berkhidmat di Seluruh Malaysia dan juga diperingkat Antarabangsa. Beliau telah memegang beberapa jawatan penting di Bahagian Operasi dan Pentadbiran seperti di Markas Angkatan Tentera Malaysia, Markas Divisyen, Markas Briged dan juga Markas Pemantauan Antarabangsa di Filipina. Beliau telah menghadiri kursus-kursus profesional Angkatan Tentera Malaysia serta memiliki Ijazah Sarjana dari Universiti Kebangsaan Malaysia. Beliau sekarang menjawat jawatan Pengarah Operasi, Jabatan Latihan Khidmat Negara.   

End Quote
                                                                   
Most recent activity as follows:

Begin Quote

Lawatan Singapore Armed Force (SAF) 13th Senior Leadership Programme (SLP)
Tarikh : 17th Mac 2010
       

16 Mac 2010,Semenyih.Satu sesi Lawatan oleh Singapore Armed Force( SAF) 13th Senior Leadership Programme(SLP) telah diadakan di Kem Program Latihan Khidmat Negara(PLKN) Setia Iklas Semenyih.Rombongan terdiri daripada 29 penuntut yang diketui oleh LT Kol Johan bin Md Haron. Taklimat mengenai PLKN telah di sampaikan oleh Pengarah Bahagian Operasi Kol Tengku Ahmad Noor Bin Tuan Chik.




End Quote                                                                       

No comments: