Monday, December 5, 2011

Persediaan Misi Bantuan Menghadapi Banjir


 Skot Ishak Ripin 3rd from right .. hmmm, usually he would be in his 'Desert Boots' :D

KUALA LUMPUR, 29 Nov – 60 Rejimen Pakar Pengendalian Air RAJD (AW) dan Syarikat Bekalan Air Selangor  (SYABAS) hari ini,  melancarkan Persediaan Misi Bantuan Menghadapi Banjir. Majlis ini disempurnakan oleh Yang Berbahagia Brigedier Jeneral (Kehormat) Tan Sri Rozali Ismail selaku Kolonel Kehormat 60 RAJD (AW), yang juga Pengerusi Eksekutif SYABAS. Majlis berlangsung di perkarangan Markas Skuadron Selangor,Sungai Besi
            Misi bantuan ini adalah untuk menyahut seruan daripada Yang Berhormat Dato’ Seri Dr.Ahmad Zahid Hamidi, Menteri Pertahanan Malaysia yang telah mengarahkan semua agensi dalam Angkatan Tentera Malaysia khususnya Tentera Darat untuk bersiap-sedia digerakkan dan menghulurkan bantuan yang diperlukan bagi membantu mangsa-mangsa banjir.
         Justeru itu,  seramai 150 anggota Skuadron Selangor dari pasukan 60 RAJD (AW) dan kakitangan SYABAS siap sedia untuk  diatur-gerak pada sebilang masa.

Courtesy of  'Portal Kementerian Pertahanan' with thanks. 

No comments: