Friday, February 17, 2012

Saleh Hassan, Formerly CO, 3rd KAD , 2006

Photo from BTDM.net , issue May 2006 with thanks.



An extract from the publication :

'Temasya Sukan Sungai 2006

'Oleh: Lt M Warmust Niying

ALOR STAR: Temasya Sukan Sungai 2006 sempena perayaan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Kedah Darul Aman, Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah Ibni Almarhum Sultan Badlishah ke-78 diadakan di Tanjong Chali Alor Setar, Kedah pada 18
Mac lalu. Sempena temasya tersebut Tim Perahu Panjang Rejimen Ke-3 Kor Armor Diraja mengambil bahagian dalam 2 kategori acara yang dipertandingkan iaitu Kategori Perlumbaan Perahu Panjang antara Pasukan Beruniform dan Kategori Perlumbaan Perahu Panjang Antara Negeri-Negeri. Pegawai Memerintah Rejimen Ke-3 KAD, Lt Kol Hj Salleh Hassan dan warga 3 KAD turut hadir bagi memberi sokongan dan semangat kepada Tim Perahu Panjang 3 KAD. Dengan semangat dan komitmen yang diberikan Tim Perahu Panjang Rejimen Ke-3 Kor Armor Diraja berjaya menjuarai kedua-dua kategori yang dipertandingkan. '

No comments: