Monday, April 16, 2012

'TUDM, USAF Gotong Royong Bina Gelanggang Badminton, Sepak Takraw Di Kulim'

Extracted from the official RMAF website with thanks.


KULIM, 13 April - Seramai 40 anggota Pasukan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dan pasukan Tentera Udara Amerika Syarikat (USAF) Jumaat bergotong royong membina gelanggang badminton dan sepak takraw.
Gotong royong membina gelanggang badminton dan sepak takraw bagi kegunaan hampir 50 anak-anak yatim asrama Pertubuhan Pembangunan Anak-Anak Yatim Bekas Perajurit Daerah Kulim di Kilang lama di sini itu, adalah sempena Eksesais Cope Taufan 2012 (CT2012) sejak 31 Mac hingga 16 April ini di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia, Butterworth.
Satu majlis penyerahan bersama gelanggang tersebut disempurnakan wakil kedua-dua pihak iaitu Ketua Staf Operasi No 1 Divisyen Udara, Brig Jen Abdul Mutalib Abdul Wahab dan Komander Pangkalan Udara Butterworth Brig Jen Mohd Shabre Hussein bagi pihak TUDM serta Naib Komander Ketumbukan ke-13 Tentera Udara Brig Jen Patrick C. Malackowski bagi pihak USAF di perkarangan asrama tersebut hari ini.
Pada majlis sama, kedua-dua pasukan juga turut menyumbangkan beberapa penapis air, raket badminton dan jaring serta bola takraw serta jaring.
Sementara itu, TUDM juga menyediakan khidmat pemeriksaan kesihatan percuma kepada pelajar-pelajar yang tinggal di asrama dan waris yang hadir di majlis tersebut.

No comments: