Tuesday, May 22, 2012

Two skots...

Photo courtesy of MAB website with thanks.

"Penulis: Lt Mohd Firdaus Abdul Rahim TLDM  – Hal Ehwal Awam
Gambar oleh: LK 1 PRL Abdul Ghani Musa – Hal Ehwal Awam
Kuala Lumpur, 10 Mei 12 – Majlis Pembubaran Malaysian Contingent 3 International Security Assistance Force (MALCON 3 ISAF) telah disempurnakan oleh Panglima Angkatan Bersama (PAB), YBhg Laksdya Datuk Ahmad Kamarulzaman bin Hj Ahmad Badaruddin bertempat di Dewan Tanjung, Wisma Transit Kuala Lumpur.  Semasa majlis tersebut, PAB turut memakaikan Pingat North Atlantic Treaty Organisation (NATO) kepada semua anggota MALCON 3 ISAF yang berkekuatan seramai 40 angota terdiri daripada 12 pegawai dan 28 Lain-lain Pangkat termasuk 5 anggota wanita yang diketuai oleh Lt Kol Nordin bin Mohd Yusof selaku Komander kontinjen.  Kontinjen ini telah melaksanakan misi memberikan bantuan perubatan, pergigian dan latihan kepada penduduk tempatan di Wilayah Bamian serta petugas-petugas perubatan dan pergigian kerajaan Afghanistan.  

Penganugerahan Pingat NATO ini adalah sebagai pengiktirafan kejayaan kontinjen ini menjalankan Operasi Interim National Support and Assistance to Afghanistan (Op INSAF). MALCON 3 ISAF ditempatkan di Wilayah Bamian, Afghanistan bersama-sama Provincial Reconstruction Team (PRT) New Zealand telah memulakan misi pada 27 Okt 11 sehingga 27  Apr 12 yang lalu."

No comments: