ولله على الناس حج البيت من استطاع اليه سبيلا ومن كفر فإن الله غني عن العالمين
“Dan الله mewajibkan ke atas manusia mengerjakan haji , bagi sesiapa yang mampu sampai kepadanya . Dan barang siapa mengingkari ( kewajiban haji ), maka sesungguhnya الله Maha Kaya ( tidak berhajat kepada sesuatu ) dari semesta alam . “ ( Aali `Imran : 97)
"Sesiapa yang tidak dalam keadaan sakit, tidak dalam kesulitan yang mendesak atau tidak dihalangi penguasa yang zalim tetapi dia tidak mengerjakan ` ibadah hajinya, jika dia mati maka terserah kepadanya memilih samada ingin mati dalam keadaan beragama Yahudi atau Nasrani ." ( HR Sa'id bin Mansur, Ahmad bin Hanbal, Abu Ya'la, dan Al-Baihaqi Rahimahumullah dari Abu Umamah Radhiallaahu `anhu tetapi salah seorang periwayatnya dhaif).
"Haji itu hanya sekali ( wajibnya ). Barang siapa menambahkannya ( mengerjakan lebih dari sekali ), maka itu adalah tatawwu' (amalan sunnah atas kerelaan sendiri)"
Mabruk to all the skots performing their 'ibadah Haji this year as guests of Allah, may Allah grants Haj Mabrura and that Allah makes you, your famlies and your entourage into better muslims than before , Aameen.
Beberapa hukum berkaitan Haji dan Umrah
"Salam utk semua skot SSC 34. Diharapkan masih tidak lewat utk saya mengucapkan Slmt Hari Raya Aidilfitri. Maaf zahir dan batin. Utk maklumat skot semua, insyAllah saya akan berangkat untuk menunaikan fardhu Haji pada 17/9/2012. Di kesempatan ini saya memohon ampun dan maaf serta halalkan makan & minum saya disepanjang persahabatan kita. Sekiranye ada hutang piutang yg masih belum saya lunaskan, sila hubungi saya di 0129235399/0198880830. InsyAllah saya akan balik ke tanah air pada 1/11/2012. Mohon doakan saya dan isteri saya sentiasa selamat, sihat dan memperolehi Haji yg mabrul, insyAllah.
Wassallam
Mustafa Harun
Seremban, N9"
"asm sahabat semua, saya dan isteri mohon maaf atas segala kesilapan kami sebelum ini dan juga yg akan datang. halal mkn minum kami. jika ada sesiapa yg saya masih berhutang, sila buat tuntutan dpd saya. saya dan isteri akan berangkat pd 17 sep 2012 untuk menunaikan fardu haji. mohon doakan keselamatan kami dan dipermudahkan amalan kami di sana kelak. amin. salam dpd saya n isteri.
17th Sept 2012, Saturday"
"To all my friend on FB, saya akan berangkat untuk haji pada 19/9/2012. Dengan perasaan tawaduk, kepada semua sahabat saya mohon ampun maaf terhadap apa-apa kesalahan, kesilapan dan terkasar bahasa sepanjang persahabatan selama 40 tahun (rakan sekolah) dan 34 tahun (skot 34) serta dihalalkan segala makan minum dan apa-apa hutang yang mungkin ada. Jika nak tuntut, sila hunungi saya 012 3997587 (tlg bawa resit). Insya allah saya akan mendoakan secara ajmain agar semua sahabat serta sanak keluarga sentiasa dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki dan ditetapak iman ddan dimudahkan urusan dunia akhirat. Salam dari Syed Ismail dan keluarga.
No comments:
Post a Comment