Monday, April 1, 2013

'Lawatan TPTD Ke Pameran LIMA 2013'



LANGKAWI : Pameran Antarabangsa Maritim dan Udara Langkawi (LIMA) 2013 telah berlangsung di Mahsuri International Exhibition Centre (MIEC), Langkawi, Kedah. Pameran yang bermula pada 26 Mac hingga 31 Mac 13 melibatkan penyertaan 427 syarikat dari 29 negara. Pameran terbesar tahun ni mempamerkan pelbagai aset pertahanan dari pelbagai negara. Timbalan Panglima Tentera Darat, Lt Jen Dato’ Seri Panglima Haji Ahmad Hasbullah bin Haji Mohd Nawawi turut berkesempatan melawat gerai-gerai pameran yang mengambil bahagian dalam pameran terbesar tersebut pada 26 Mac 13 baru-baru ini. Turut sama dalam lawatan tersebut ialah Brig Jen Abd Halim, Ketua Pengarah BPP TD.

Oleh : Pbt Fatin Izzati Amir
Foto : Kpl Mohamad Nazer Abu Bakar


Website : Tentera Darat

No comments: