Tuesday, September 27, 2016

Promotion to Brig Gen TUDM, Skot Dr Ismail Manuri

Credit to "TUDM Website"








"Kuala Lumpur, 27 Sept 16 – Seramai 17 orang Pegawai Kanan TUDM telah menerima kenaikan pangkat pada hari ini yang disempurnakan oleh Panglima Tentera Udara, Jeneral Tan Sri Dato’ Sri Roslan bin Saad TUDM.

Dua orang Pegawai Kanan TUDM berpangkat Brigadier Jeneral telah dinaikkan ke pangkat Mejar Jeneral iaitu :

            a.         Mej Jen Dato’ Asghar Khan bin Goriman Khan TUDM.
            b.         Mej Jen Dato’ Johar Razali bin Hj Ahmad TUDM.

Manakala seramai tiga orang Pegawai Kanan TUDM berpangkat Kolonel telah dinaikkan ke pangkat Brigadier Jeneral iaitu :

            a.         Brig Jen Dr Ismail bin Manuri TUDM.
            b.         Brig Jen Hasaza bin Hanafiah TUDM.
            c.         Brig Jen Rodzuan bin Abd Ghani TUDM.

Dalam majlis yang sama, Panglima Tentera Udara turut menyempurnakan upacara pemakaian pangkat Kolonel kepada tiga orang Pegawai Kanan TUDM serta 9 orang Pegawai Kanan TUDM yang menyandang pangkat Leftenan Kolonel.

Turut hadir semasa upacara pemakaian pangkat ini adalah Timbalan Panglima Tentera Udara, Lt Jen Dato’ Sri Hj Affendi bin Buang TUDM, Panglima Bantuan Udara, Lt Jen Datuk Abdul Mutalib bin Datuk Abd Wahab TUDM serta Pegawai-pegawai Kanan TUDM yang lain."



No comments: