Credit to 'Kementerian Pertahanan Malaysia'
'LATIHAN KUASA TEMBAKAN TENTERA DARAT 2017
22 Mei 2017 - Tentera Darat Malaysia (TDM) mengadakan Latihan Kuasa Tembakan (LKT) 2017 bertempat di Lapang Sasar Gemas, Kem Syed Sirajuddin, Gemas, Negeri Sembilan.
Latihan ini yang dahulunya dikenali sebagai Demonstrasi Kuasa Tembakan (DKT) diadakan sebagai aktiviti tahunan bertujuan untuk memberi pendedahan kepada Siswa Kursus Pemerintah dan Staf Malaysia (KPSM) dari Maktab Turus Angkatan Tentera (MTAT) tentang keupayaan manuver dan kuasa tembakan TDM. KPSM Siri 46/2017 kali ini menyaksikan penyertaan 120 Siswa tempatan dan 45 Siswa luar negara.
Latihan ini dihadiri oleh Panglima Angkatan Tentera, Yang Mulia Jeneral Tan Sri Raja Mohamed Affandi bin Raja Mohamed Noor, Panglima Tentera Darat, Jeneral Dato’ Sri Zulkiple bin Hj Kassim, Timbalan Panglima Tentera Darat, Leftenan Jeneral Dato' Seri Panglima Ahmad Hasbullah bin Hj Mohd Nawawi, Penasihat Pertahanan Asing dan delegasi dari Tentera Darat Australia serta Pegawai-pegawai Kanan Kerajaan.
Turut hadir tetamu kenamaan adalah Komander 506 Askar Wataniah, Brig. Jeneral Tengku Temenggong Mohamad Rizam bin Tengku Abdul Aziz, Tengku Temenggong Kelantan dan Timbalan Panglima Tentera Darat Australia, Mej Jeneral Rick Burr.
Latihan ini diadakan dalam dua segmen iaitu Segmen Dinamik dan Pameran Statik serta Segmen Tembakan Tidak Langsung dengan objektif untuk mempamerkan keupayaan manuver, kuasa tembakan dan impak ke atas sasaran sistem persenjataan yang terdapat di dalam inventori TDM termasuk keupayaan pesawat Tentera Udara DiRaja Malaysia.'

No comments:
Post a Comment