Friday, March 30, 2012

'As'kum Skot, apa akan berlaku jika 2 Lawyer berbincang dgn Penyiasat. Kantuiiiiiii'


The making of  '2 Solicitors  & an MP...' , next change at yr nearest cinema :D


Which illicit the following response from a newly promoted 'Mon General ' with 'Amboi skot Syed, tie nak sampai ke anuuu...' heheh

Wednesday, March 28, 2012

Premier Award Nite 2011 , E.G's D'Aura Positive Advisors

Taken from his daughter's FB Album with thanks. Her credentials is read as follows:

Managing Director & CEO · 2007 to present
  • Financial Advisor
    Feb 2007 to present
    MEMBANTU MEREKA YANG INGIN MENGANDAKAN DUIT SIMPANAN MELALUI KWSP DAN CASH

To those who are interested , no harm in enquiring I suppose.. :D


All in the family...


The darling couple..


With their daughter

Tuesday, March 27, 2012

Maj (R) Othman bin Hassan, RAMD

I found his biography < here >, an extract of as follows:

'...beliau telah memohon untuk menjalani Latihan Pegawai Kadet Angkatan Tentera Malaysia dan memulakan latihan tersebut di Yunit Latihan Pendahuluan Pegawai Kadet (YLPPK), Port Dickson mulai 10 Julai 1978. Seterusnya melanjutkan latihan di Maktab Tentera DiRaja, Sg Besi sehinggalah beliau ditauliahkan kedalam 17 RAMD pada 23 Jun 1979. Duli Yang Maha Mulia Sultan Kedah, mewakili Yang DiPertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Muadzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah telah berkenan untuk menyampaikan tauliah kepada pegawai-pegawai kadet pengambilan ke 34 (Intake 34).

Sepanjang perkhidmatannya, beliau telah bertugas dibeberapa tempat seperti Kem Majidee, Johor Bahru (17 RAMD) dan Kem Kukusan, Tawau (17 RAMD) mulai 23 Jun 1979 hingga 31 Disember 1984. Kementerian Pertahanan, Kuala Lumpur mulai 1 Jan 1985 hingga 31 Disember 1987. Kem Pengkalan Chepa, Kota Bharu dan Kem Sri Kinabatangan, Sandakan (24 RAMD) mulai 1 Jan 1988 hingga 15 Oktober 1995. Markas 5 Briged, Kota Kinabalu mulai 16 Oktober 1995 hingga 19 Januari 1997. Pemerhati Tentera di PBB, Angola mulai 20 Januari 1997 hingga 20 Oktober 1997. Sekembali dari Angola, ditumpangkan ke Bahagian Logistik Pertahanan, Kementerian Pertahanan, Kuala Lumpur sehingga 28 Februari 1998. Pada 1 Mac 1998 hingga 15 Julai 2001, bertugas di Kem Seberang Takir, Terengganu (18 RAMD). Kemudian ditumpangkan ke Bahagian Keselamatan Negara Negeri Sabah, Kota Kinabalu mulai 16 Julai 2001 hingga 15 Oktober 2003. Ditukarkan lagi ke Markas 5 Briged sebagai Kem Komandan mulai 16 Oktober 2003 hingga 15 Oktober 2004. Ditukarkan ke Rejimen 504 Askar Wataniah mulai 16 Oktober 2005 hingga 31 Disember 2005.

Walau bagaimanapun, Othman, yang bercita-cita besar dan tamak, serta berpandangan jauh ke hadapan telah memohon untuk bersara secara pilihan dari perkhidmatan Angkatan Tentera Malaysia telah mula bekerja di Rigidtex Sdn Bhd, Melaka mulai 7 Jun 2005 sehingga 7 Ogos 2009. Sepanjang bekerja di syarikat milik Jepun tersebut (Sumitomo Bakelite Co Ltd), beliau masih lagi dalam perkhidmatan Angkatan Tentera Malaysia sehingga 31 Disember 2005. Othman menamatkan kerjayanya di Rigidtex Sdn Bhd kerana syarikat tersebut di tutup akibat keadaan ekonomi yang melanda sejak Oktober 2008.

Dari segi pengalaman, Othman telah banyak menjelajahi hutan belantara dimana pada kiraan kasar, beliau telah berada dalam pasukan-pasukan Rejimen Askkar Melayu DiRaja selama lebihkurang 18 tahun. Hutan belantara yang pernah di jelajahi bertujuan untuk mempertahankan kedaulatan negara adalah di Perak (Hutan Belom), Kedah (Pengkalan Hulu/Kroh), Pahang (Raub dan Benta), Sarawak (Naman Assan).

Negara-negara yang telah dilawati samada bertujuan untuk latihan atau tugas rasmi pula ialah Australia, Afrika Selatan, Indonesia, Filipina, Angola dan Thailand. Negara yang dirancang untuk lawatan akan datang adalah Jepun, India, Bangladesh dan Mekah. Beliau bercadang untuk melawat Negara-negara ini bersama isterinya.

Dari segi kursus-kursus pula, Othman tidak mempunyai sebarang pun kursus kepakaran. Tetapi dari segi kelasakan dan kemahiran ialah Kursus Orientasi Komando (1979), Kursus Combat Intelligence (UCIS - 1981), Pengurusan Pelarian oleh UNHCR, Pengurusan Tembak Tempur (1991) serta kursus-kursus Taktik Peperangan.

Othman telah menikahi Hanisah bt Jaafar pada 30 Ogos 1984 dan dikurniakan 5 orang cahayamata iaitu Khairul Hazimin (26 Feb 1986), Nor Idayu (2 Ogos 1988), Khairul Hazwan (13 Dis 1989), Khairul Huzaimie (22 Okt 1993) dan Khairul Husaini (17 Okt 1994). Harapan Othman adalah untuk melihat kejayaan anak-anaknya samada dari segi duniawi atau akhirat sebelum menutup matanya dan menghembuskan nafas terakhirnya, dengan izin Allah Subhanahu Wataala.'

'Dan kami, berikrar akan ...'

skot Aho Othman during JLJ's 54th anniversary in 2011. With kind tx to JLJ's website on the photogs below.




Golf anyone?

Skot Shokri honing his skills before Intake34 meet. Photo courtersy of KAD's website in conjunction with 79th Army day celebration with thanks.


Monday, March 19, 2012

I found this ... AROBA Alumni

Article extracted from Ampang Road Old Boys Association with thanks.

Brig. Jen. Yusry Haji Anwar

 'Beliau adalah anak jati Kuala Lumpur.  Bekas pelajar SMKSA (1972-1997). Mula berkhidmat dengan Angkatan Tentera Malaysia 1978 sebagai Pegawai Kadet, dan tauliah sebagai Leftenan Muda dalam Rejimen Artileri Diraja 1979.
Beliau telah menjawat pelbagai jawatan, antaranya termasuklah Ketua Seksyen, Pegawai Pemerintah di 31 RAD., Jurulatih Guneri Artileri Pertahanan Udara di School of Artillery, North Head Manly, New South Wales, Australia (1995-1997) melalui Skim Pertukaran Jurulatih Malaysia-Australia Joint Defence Programme (MAJDP).

Beliau juga pernah dimanahkan pelbagai jawatan di Jabatan Arah Artileri  dan Timbalan Panglima GAPU sebelum menjadi Penasihat Pertahanan Malaysia di India (Dis 2005-2011).Kemudian dilantik sebagai Brigedier Jeneral awal 2011 dan Panglima GAPU ke 3 pada Jun 2011.

Sepanjang perkhidmatan beliau dalam tentera, beliau telah mengikuti pelbagai kursus di dalam dan luar negara. Beliau memiliki Advance Diploma in Business Management dari Swansea University, Wales, dan Masters in Management Studies in Human Resources dari New South Wales *UNSW), Australia. Pernah mengikuti kursus Wolfson and Management Programme di Cambridge University, United Kingdom selama satu semester (2004). di bawah tajaan Sime Darby.
Semoga kejayaan Brig. Jen. Yusry Haji Anwar menjadi inspirasi kepada pelajar yang sedang menuntut di sekolah Ampang khususnya'

I found this photo below (taken from Lt Col Ramli Jusoh FB Album with thanks) while skot Yusri was the Da in New Delhi. Second from left is the current AKS Logistics RMAF Maj Gen Azizan Shaari RMAF, 2nd from right is Maj Gen (R) Jusoh Embong..


Wednesday, March 14, 2012

Mehat Che Man - Liberian War , Escape from the enemy's lair

Extracted from Utusan Online , 2004


Mehat - Bergadai nyawa selamatkan pemerhati PBB

``KALAU diminta bertugas sekali lagi sebagai pegawai pemerhati Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), saya akan pergi walau di ceruk dunia mana sekalipun.
``Tetapi bukan Liberia. Cukuplah sekali saya alami peristiwa ngeri di sana,'' kata Leftenan Kolonel Mehat Che Man, 45, pada penghujung perbualannya dengan penulis di pejabatnya baru-baru ini.

      Persoalan itu, sengaja penulis timbulkan selepas mendengar pengalaman Kem Komandan, Kem Markas Medan Tentera Darat ini bertarung dengan maut ketika ditugaskan di bawah Misi Pemerhati Tentera PBB di Liberia (UNOMIL) dari 1 Januari hingga 30 April 1996.
    
        Apa yang berlaku di sana umpama mimpi ngeri baginya. Menyorot kembali peristiwa tersebut, Mehat yang ketika itu berpangkat Mejar berkata, ketika beliau berada di sana keadaan di Liberia telah aman dan pihak pentadbiran PBB telah mula merangka usaha bagi melaksanakan proses pilihan raya membentuk kerajaan baru.

      Bagaimanapun, pada awal April tahun itu keadaan tiba-tiba menjadi tegang apabila puak-puak bertelagah kembali berperang. Sewaktu kekacauan bermula, kebanyakan pemerhati dan pegawai PBB di Mamba Point (Markas UNOMIL) telah bersedia untuk melaksanakan proses evakuasi (pengunduran) dengan berlindung di kedutaan Amerika Syarikat (AS) dan seterusnya keluar dari negara itu atas faktor keselamatan. Bagaimanapun, ketika itu ada lima pemerhati PBB di Suehn yang masih gagal berkumpul di kedutaan tersebut.

Oleh kerana itu, Ketua Pemerhati Malaysia yang juga selaku Timbalan Komander UNOMIL, Brigedier Jeneral Abdul Wahid Anuar telah mengarahkan Mehat yang juga Penolong Ketua Team Side UNOMIL di Suehn ke sana untuk menyelamatkan mereka selepas di kepung puak militia. Walaupun laporan menyebut situasi di pos PBB Suehn agak membimbangkan, namun demi memikirkan keselamatan rakan-rakan setugas lain di sana, Mehat gagahkan juga dirinya melakukan tugas tersebut. Misinya, kelihatan agak mudah. Terbang ke Suehn menaiki helikopter, diturunkan ke sana dan kemudian bergegas membawa keluar lima pemerhati itu dari situ.

       Tetapi apabila misi dimulakan, satu demi satu halangan muncul. Bermula dengan ketiadaan orang yang sanggup menghantar Mehat ke Lapangan Terbang Sprigg Payne yang telah musnah untuk menaiki helikopter, perjalanan ke sana juga berhadapan dengan bahaya peluru sesat akibat pertempuran yang tercetus di bandar Monrovia. Ekoran itu, beliau terpaksa menaiki helikopter PBB dari pangkalan ECOMOG untuk menuju ke Suehn. Selepas menempuh perjalanan selama kira-kira 20 minit, juruterbang akhirnya mendarat kira-kira 200 meter daripada tempat perlindungan para pemerhati PBB yang akan diselamatkan.

        Ketibaan mereka bagaimanapun disambut oleh ratusan militia yang melepaskan tembakan. Keadaan itu mula menakutkan juruterbang yang akhirnya mengambil keputusan meninggalkan sahaja Mehat dan lima pemerhati yang sepatutnya diselamatkan di situ. Sebaik dibawa memasuki sebuah rumah tempat pemerhati tersebut berada, Mehat terkejut kerana pemerhati yang masing-masing dari Jordan, Bangladesh, Kenya, China dan Pakistan itu hanya memakai seluar dalam. Mereka juga kelihatan letih, lesu dan agak ketakutan selepas dipukul dan didera dengan senjata sepanjang dikurung puak militia. Mereka ditawan kerana puak militia mahu menjadikan mereka sebagai perisai manusia seterusnya mengugut pentadbiran PBB di Liberia agar menangkap Rosevelt Johnson yang mengetuai United Liberarian Movement for Democracy ini Liberia (ULIMO-J).

        Walaupun begitu, Mehat tetap cuba berbincang dengan kumpulan tersebut agar membebaskan mereka. Tetapi puak militia yang sebahagian besarnya terdiri daripada kalangan remaja itu enggan. Malah mereka menjadikan pula Mehat sebagai tawanan terbaru mereka. ``Waktu itu, saya juga diminta menanggalkan semua pakaian dan hanya dibenar memakai seluar dalam. ``Sepanjang ditawan, banyak perkara yang terlintas di hati saya termasuk kemungkinan dibunuh oleh militia yang terkenal dengan sikap kejam mereka,'' ujar beliau.

      Ada kalanya, air matanya berlinangan memikirkan anak dan isteri yang mungkin tidak akan dapat berjumpa dengannya lagi selepas itu. Jika dibunuh, tentu sukar untuk PBB mencari jasad mereka untuk dihantar pulang ke tanah air masing-masing. Disebabkan perasaan bimbang jugalah, Mehat sentiasa mencari jalan untuk melarikan diri. Bagi Mehat, peluang untuk selamat tetap ada kerana beliau tahu arah atau jalan yang sesuai untuk melarikan diri ke Monrovia.

        Malah tugasnya, sebagai Pegawai Gerakan Udara di Ibu Pejabat UNOMIL selama tiga bulan sebelum itu yang menyaksikannya banyak bergerak menggunakan helikopter, membolehkannya mengetahui kawasan atau jalan-jalan yang sesuai untuk melarikan diri. Namun, kesemua pemerhati terbabit tidak mahu mengikutnya pada peringkat awal. Mereka takut akan tertangkap dan dan dibunuh militia sambil mengharap PBB akan menghantar pihak lain untuk menyelamatkan mereka.

      Bagaimanapun, selepas menyakinkan mereka, akhirnya mereka bersetuju mengikutinya. Baginya, jika terus berada di situ lambat laun mereka akan dibunuh juga. Lagipun, sikap seorang pemerhati yang sering bertukar menjadi histeria setiap kali mendengar bunyi tembakan, sering mencemaskan Mehat. Lantaran itu, beliau nekad untuk melarikan diri apabila tiba masa yang sesuai.Dengan bantuan peta yang dibawanya, beliau mengatur rancangan untuk melarikan diri ke Pelabuhan Freeport, Monrovia kerana mendapat tahu hanya melalui jalan laut sahaja yang akan membolehkan mereka keluar dari Liberia.

         Satu malam, puak militia mengadakan parti secara besar-besaran. ``Masa itu, saya fikir inilah peluang terbaik melarikan diri selepas melihat ramai di antara mereka telah mabuk dan khayal selepas mengambil ganja,'' terangnya. Kira-kira pukul 6 pagi pada 13 April, di kala semua militia sedang nyenyak tidur bergelimpangan, mereka melarikan diri menuju ke sebuah kampung selepas merangkak keluar dari rumah tahanan secara taktikal. Selepas berjaya keluar, mereka berjalan melalui celah-celah hutan kecil mengikut trek tanah merah berpandukan peta. Tiba di kampung berhampiran, mereka mengambil sebarang pakaian yang dijumpai. Kebanyakannya uniform yang mirip milik tentera AS dan Mesir.

        Walaupun, terpaksa mencuri, namun itu sajalah cara terbaik untuk menyamar diri daripada ditangkap militia. Mereka juga melumurkan arang ke anggota badan untuk mengelirukan militia. Maklumlah, pemerhati dari Jordan dan China agak cerah dan ini boleh mengundang perhatian militia lain. Setelah berjalan kira-kira empat kilometer dari kampung berkenaan, mereka terjumpa sebuah trak kecil milik tentera ECOMOG tersadai di sebuah kampung. Mereka bernasib baik kerana kunci trak masih terdapat di situ. Selepas mencuba beberapa kali, akhirnya enjin trak yang mempunyai kesan ditembak dan cermin pecah itu dapat dihidupkan.

         Walaupun begitu, masalah lain pula timbul. Jika mereka sendiri yang memandunya, tentu sukar untuk mereka melepasi sekatan jalan yang dibuat oleh kumpulan-kumpulan militia. Disebabkan itu, mereka mengambil keputusan untuk mencari penduduk yang sanggup untuk membawa mereka ke pelabuhan Freeport. Akhirnya, seorang lelaki bersetuju untuk menghantar mereka ke sana selepas di janjikan upah yang lumayan. Untuk mengelak daripada dikesan ketika dalam perjalanan, mereka berenam terpaksa meniarap di atas lantai trak dengan diselimuti kanvas, kayu-kayu dan rumput kering. Tujuannya untuk mengaburi, kononnya trak itu hanya membawa kayu api.

           Mehat memang menjangka kehilangan mereka lambat laun akan diketahui dan pasti dicari puak militan di Suehn. Dalam perjalanan merentasi tanah merah, mereka menempuh tujuh sekatan jalan raya. ``Kami tidak tahu pihak mana yang buat sekatan. Tetapi setiap kali tiba di sana kami dapati pemandu tersebut ditanya banyak soalan. ``Pada masa yang sama, kami bersedia untuk menyelamatkan diri, takut puak militia ternampak kami,'' katanya. Dari celah-celah kanvas dan kayu juga, masing-masing dapat melihat apa yang berlaku melalui enam sudut pandangan berbeza.

         Pada sekatan yang ketujuh dan terakhir, trak mereka ditahan agak lama dan ini meresahkan mereka. Yang hanya kedengaran hanyalah suara pemandu yang sekali-sekala bertengkar dengan militia di situ. Ketika di sekatan ini juga Mehat dapat melihat banyak tengkorak manusia tergantung di palang kayu yang menjadi penghadang jalan. Ada antara tengkorak itu yang masih disaluti daging dan kulit manusia, dipacak pada batang-batang kayu. ``Keadaan itu betul-betul menggerunkan saya. Terfikir juga kalau kepala saya dipacakkan sebegitu jika tertangkap. ``Masa itu juga, segala ayat al-Quran yang saya tahu, saya baca tanpa henti,'' katanya. Selepas pemandu berbincang sesuatu dengan ketua puak militia di situ, akhirnya mereka dibenarkan meneruskan perjalanan.

           Tidak lama kemudian, trak mula memasuki jalan raya berturap, menandakan ia sudah tidak berapa jauh dari Monrovia. Sepanjang perjalanan juga, mereka dapat melihat kesan-kesan kenderaan dibakar, mayat-mayat yang bergelimpangan termasuk yang telah busuk dan reput tanpa ada siapa yang mahu mempedulikannya. Pemandangan ngeri itu berterusan sehinggalah mereka tiba di Riverview, Monrovia kira-kira pukul 3 petang setelah merentasi perjalanan sejauh kira-kira 40 kilometer yang mengambil masa 10 jam.

           Ketibaan mereka mengejutkan pihak Markas UNOMIL kerana mereka berjaya tiba dengan selamat.
Di situ juga, keenam-enam mereka dimaklumkan akan dibawa keluar dengan kapal laut dari Monrovia ke Freetown pada 14 April yang kemudiannya ditunda kepada pagi 15 April. Ketika menuju ke pelabuhan, Mehat dapat melihat ribuan orang sedang berpusu-pusu ke arah yang sama. Selepas meredah lautan manusia yang seperti pelarian itu, akhirnya mereka tiba di pelabuhan pada pukul 11 pagi. Ketika itu yang masih berlabuh ialah Victory Referee, kapal dagang milik sebuah negara Afrika yang terperangkap di pelabuhan tersebut sewaktu kekacauan meletus.Disebabkan tiada kapal lain, maka semua yang ada di situ berebut-rebut untuk menaiki kapal berkenaan termasuk pemerhati PBB dan warga asing.

         Tanpa disangka, dalam kekalutan yang berlaku, Mehat terjumpa dengan Abdul Wahid yang turut sedang berusaha untuk menaiki kapal yang sama. Memandangkan Victory Referee merupakan kapal terakhir yang akan meninggalkan Liberia, maka mereka terpaksa berasak-asak dengan orang lain untuk menaiki kapal berkenaan dan akhirnya berjaya.Dari atas kapal itu juga, mereka dapat melihat banyak bot-bot kecil yang dinaiki pelarian cuba menghampiri kapal tersebut. Berpuluh yang lain cuba menaiki kapal dengan bergayut pada tali sauh. Disebabkan ramai yang berdegil mahu menaiki kapal itu walaupun telah sesak, maka kapal hanya dapat bertolak pada kira-kira pukul 7 malam pada 15 April walaupun asalnya dijadualkan pada pukul 12 tengahari.

            Itupun selepas anak-anak kapal terpaksa memotong tali sauh dan menolak ribuan manusia lain yang tetap berusaha menaiki kapal tersebut meskipun ketika itu kira-kira 1,000 orang telah berada di atas kapal sedangkan muatan yang dibenarkan hanya 300 orang. Dengan membuat muatan yang melebihi had yang dibenarkan, maka kapal itu hanya dapat belayar dengan kelajuan lima knot sahaja. Keadaan atas kapal juga amat sesak dan tanpa bekalan air. Ramai juga yang sakit. Di samping itu, setiap penumpang hanya mempunyai ruang untuk duduk sahaja. Tiada ruang untuk berbaring atau melunjurkan kaki. Pada hari pertama pelayaran, tiada kejadian yang tidak diingini berlaku. Tetapi, menjelang malam hari kedua, kapal dipukul angin ribut dan ombak kencang. ``Waktu itu juga kami mendengar sua-ra orang meminta tolong selepas tercampak di dalam laut. ``Tiada siapa yang dapat menolong mereka, kerana masing-masing takut akan turut tercampak dari kapal,'' katanya sambil memberitahu ribut itu hanya reda dua jam kemudian.

       Hari ketiga pelayaran menyaksikan sesuatu yang tidak diduga berlaku apabila tiba-tiba kedengaran tembakan dari tengah laut. Tembakan itu menimbulkan situasi cemas di atas kapal. Dalam keadaan kelam kabut itu, Mehat dapat melihat dengan jelas kehadiran lima buah bot yang dinaiki kumpulan bersenjata dipercayai lanun.Di kala bot-bot lanun cuba merapati kapal tiba-tiba seorang tentera pengaman ECOMOG berpakaian awam yang kebetulan turut menaiki kapal itu melepaskan tembakan ke atas lanun-lanun terbabit.
Walaupun hanya seorang diri, tentera ECOMOG itu membalas setiap tembakan lanun dan ini menyebabkan mereka akhirnya terpaksa melarikan diri.
        
       Kehadiran tentera ECOMOG itu memang tidak dijangkakan. Jika tidak mungkin sekali lagi Mehat dan rakan-rakannya akan alami semula nasib malang seperti di Suehn. Selepas belayar selama tiga hari dua malam, akhirnya mereka tiba di Freetown. Dari pelabuhan Freetown, esoknya mereka diterbangkan ke Lapangan Terbang Antarabangsa Sierra Leone diikuti ke Lapangan Terbang Dakar, Senegal. Pada 28 April 1996 bersama beberapa pegawai pemerhati PBB yang lain Mehat meninggalkan Senegal untuk menuju ke tanah air, membawa sekali pengalaman ngeri yang dilaluinya.

      Biarpun begitu, kepintaran Mehat mengatur strategi untuk menyelamatkan lima pemerhati PBB itu telah membuktikan kehebatan yang dimiliki oleh warga Tentera Darat sekali gus menaikkan imej negara dan Angkatan Tentera Malaysia di mata dunia. Ekoran kejayaan itu jugalah, maka beliau yang dianggap wira oleh rakan-rakan setugas di Liberia telah diberikan surat penghargaan oleh Komander UNOMIL.

MALCOY 7 Rai HUT TD

Taken from MAB website


'
Penulis: Mej Mohd Nizam bin Mohd Zafri TUDM/Kapt Masrina binti Jamaluddin, Gambar oleh: Kapt Masrina binti Jamaluddin.
Bersatu hati…Majlis Sambutan sempena Hari Ulang Tahun Tentera Darat (HUT TD) telah diadakan dengan penuh kesederhanaan dalam cuaca pagi bersalji di Kem MALCON, Kawkaba Lubnan pada 1 Mac 2012 yang lalu. Majlis tersebut yang disambut oleh Komander MALCOY 7, Lt Kol Hassim Mat bersama keseluruhan Warga MALCOY 7 termasuk TLDM, TUDM,  Angkatan Bersenjata Brunei (ABDB)  dan staf awam UNIFILitu menekankan kepada aspek pengukuhan ukhwah dan kesatuan ummah di kalangan anggota-anggota yang terlibat dengan misi.
HUT TD telah dimulakan dengan Perbarisan seterusnya diikuti dengan penyampaian Perutusan Panglima Tentera Darat oleh Komander MALCOY 7. Majlis diakhiri dengan upacara memotong pulut kuning HUT TD ke 79 di Dataran Kem MALCON. Terdapat pelbagai program telah dijadualkan sempena HUT TD disini yang  melibatkan penduduk tempatan di sini. Antaranya adalah program bantuan khidmat dan perubatan, acara sukan 4 penjuru yang melibatkan kumpulan pegawai, PTT Kanan, PTT Rendah serta CHINBATT di Kem MALCON.
Diteruskan lagi dengan penyampaian buku – buku sumbangan kepada Perpustakaan Awam di Hebbariyeh, Bacaan Tahlil dan Yassin serta penglibatan bersama “Unit World Vision” dalam Projek CIMIC untuk memperkenalkan kebudayaan Malaysia dan program- program  ilmiah bersama - sama kanak – kanak tempatan di Kem MALCON, Kawkaba.'

Monday, March 12, 2012

Capt (R) Hassan Badaruddin, RRD

Photos courtesy of his son's FB's Album with thanks. The photo was taken in 2010.  I believe they're now in Melaka. 

Friday, March 2, 2012

Hari Ulang Tahun Tentera Darat yg ke 79, 1st Mar 2012

May the Armed Forces particularly the Army be an organization to be reckoned with  and a deterence to unfriendly forces, free from political intervention , and above all, have the divine protection from Allah Azzawajal,  ameen


Skot Suhaimi Mohd Zuki
Photo courtesy of Harian Metro Online with thanks


Skot Kamarudin Mustapha, SecGen34
Photo courtesy of UMNO Online with thanks