Tuesday, March 27, 2012

Maj (R) Othman bin Hassan, RAMD

I found his biography < here >, an extract of as follows:

'...beliau telah memohon untuk menjalani Latihan Pegawai Kadet Angkatan Tentera Malaysia dan memulakan latihan tersebut di Yunit Latihan Pendahuluan Pegawai Kadet (YLPPK), Port Dickson mulai 10 Julai 1978. Seterusnya melanjutkan latihan di Maktab Tentera DiRaja, Sg Besi sehinggalah beliau ditauliahkan kedalam 17 RAMD pada 23 Jun 1979. Duli Yang Maha Mulia Sultan Kedah, mewakili Yang DiPertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Muadzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah telah berkenan untuk menyampaikan tauliah kepada pegawai-pegawai kadet pengambilan ke 34 (Intake 34).

Sepanjang perkhidmatannya, beliau telah bertugas dibeberapa tempat seperti Kem Majidee, Johor Bahru (17 RAMD) dan Kem Kukusan, Tawau (17 RAMD) mulai 23 Jun 1979 hingga 31 Disember 1984. Kementerian Pertahanan, Kuala Lumpur mulai 1 Jan 1985 hingga 31 Disember 1987. Kem Pengkalan Chepa, Kota Bharu dan Kem Sri Kinabatangan, Sandakan (24 RAMD) mulai 1 Jan 1988 hingga 15 Oktober 1995. Markas 5 Briged, Kota Kinabalu mulai 16 Oktober 1995 hingga 19 Januari 1997. Pemerhati Tentera di PBB, Angola mulai 20 Januari 1997 hingga 20 Oktober 1997. Sekembali dari Angola, ditumpangkan ke Bahagian Logistik Pertahanan, Kementerian Pertahanan, Kuala Lumpur sehingga 28 Februari 1998. Pada 1 Mac 1998 hingga 15 Julai 2001, bertugas di Kem Seberang Takir, Terengganu (18 RAMD). Kemudian ditumpangkan ke Bahagian Keselamatan Negara Negeri Sabah, Kota Kinabalu mulai 16 Julai 2001 hingga 15 Oktober 2003. Ditukarkan lagi ke Markas 5 Briged sebagai Kem Komandan mulai 16 Oktober 2003 hingga 15 Oktober 2004. Ditukarkan ke Rejimen 504 Askar Wataniah mulai 16 Oktober 2005 hingga 31 Disember 2005.

Walau bagaimanapun, Othman, yang bercita-cita besar dan tamak, serta berpandangan jauh ke hadapan telah memohon untuk bersara secara pilihan dari perkhidmatan Angkatan Tentera Malaysia telah mula bekerja di Rigidtex Sdn Bhd, Melaka mulai 7 Jun 2005 sehingga 7 Ogos 2009. Sepanjang bekerja di syarikat milik Jepun tersebut (Sumitomo Bakelite Co Ltd), beliau masih lagi dalam perkhidmatan Angkatan Tentera Malaysia sehingga 31 Disember 2005. Othman menamatkan kerjayanya di Rigidtex Sdn Bhd kerana syarikat tersebut di tutup akibat keadaan ekonomi yang melanda sejak Oktober 2008.

Dari segi pengalaman, Othman telah banyak menjelajahi hutan belantara dimana pada kiraan kasar, beliau telah berada dalam pasukan-pasukan Rejimen Askkar Melayu DiRaja selama lebihkurang 18 tahun. Hutan belantara yang pernah di jelajahi bertujuan untuk mempertahankan kedaulatan negara adalah di Perak (Hutan Belom), Kedah (Pengkalan Hulu/Kroh), Pahang (Raub dan Benta), Sarawak (Naman Assan).

Negara-negara yang telah dilawati samada bertujuan untuk latihan atau tugas rasmi pula ialah Australia, Afrika Selatan, Indonesia, Filipina, Angola dan Thailand. Negara yang dirancang untuk lawatan akan datang adalah Jepun, India, Bangladesh dan Mekah. Beliau bercadang untuk melawat Negara-negara ini bersama isterinya.

Dari segi kursus-kursus pula, Othman tidak mempunyai sebarang pun kursus kepakaran. Tetapi dari segi kelasakan dan kemahiran ialah Kursus Orientasi Komando (1979), Kursus Combat Intelligence (UCIS - 1981), Pengurusan Pelarian oleh UNHCR, Pengurusan Tembak Tempur (1991) serta kursus-kursus Taktik Peperangan.

Othman telah menikahi Hanisah bt Jaafar pada 30 Ogos 1984 dan dikurniakan 5 orang cahayamata iaitu Khairul Hazimin (26 Feb 1986), Nor Idayu (2 Ogos 1988), Khairul Hazwan (13 Dis 1989), Khairul Huzaimie (22 Okt 1993) dan Khairul Husaini (17 Okt 1994). Harapan Othman adalah untuk melihat kejayaan anak-anaknya samada dari segi duniawi atau akhirat sebelum menutup matanya dan menghembuskan nafas terakhirnya, dengan izin Allah Subhanahu Wataala.'

No comments: