Wednesday, March 14, 2012

MALCOY 7 Rai HUT TD

Taken from MAB website


'
Penulis: Mej Mohd Nizam bin Mohd Zafri TUDM/Kapt Masrina binti Jamaluddin, Gambar oleh: Kapt Masrina binti Jamaluddin.
Bersatu hati…Majlis Sambutan sempena Hari Ulang Tahun Tentera Darat (HUT TD) telah diadakan dengan penuh kesederhanaan dalam cuaca pagi bersalji di Kem MALCON, Kawkaba Lubnan pada 1 Mac 2012 yang lalu. Majlis tersebut yang disambut oleh Komander MALCOY 7, Lt Kol Hassim Mat bersama keseluruhan Warga MALCOY 7 termasuk TLDM, TUDM,  Angkatan Bersenjata Brunei (ABDB)  dan staf awam UNIFILitu menekankan kepada aspek pengukuhan ukhwah dan kesatuan ummah di kalangan anggota-anggota yang terlibat dengan misi.
HUT TD telah dimulakan dengan Perbarisan seterusnya diikuti dengan penyampaian Perutusan Panglima Tentera Darat oleh Komander MALCOY 7. Majlis diakhiri dengan upacara memotong pulut kuning HUT TD ke 79 di Dataran Kem MALCON. Terdapat pelbagai program telah dijadualkan sempena HUT TD disini yang  melibatkan penduduk tempatan di sini. Antaranya adalah program bantuan khidmat dan perubatan, acara sukan 4 penjuru yang melibatkan kumpulan pegawai, PTT Kanan, PTT Rendah serta CHINBATT di Kem MALCON.
Diteruskan lagi dengan penyampaian buku – buku sumbangan kepada Perpustakaan Awam di Hebbariyeh, Bacaan Tahlil dan Yassin serta penglibatan bersama “Unit World Vision” dalam Projek CIMIC untuk memperkenalkan kebudayaan Malaysia dan program- program  ilmiah bersama - sama kanak – kanak tempatan di Kem MALCON, Kawkaba.'

No comments: