Wednesday, November 26, 2014

'20th Nov 2014 : PERBARISAN PENYAMPAIAN PERINTAH ULUNG PANGLIMA ANGKATAN BERSAMA'

Article from 'Myjointforces' facebook account.

"20 Nov 14, Kuala Lumpur - Perbarisan Sempena Penyampaian Perintah Ulung Panglima Angkatan Bersama ke 6, Yang Berbahagia Leftenan Jeneral Dato’ Sri Ackbal bin Hj Abdul Samad TUDM telah diadakan hari ini di Padang Kawad, Bahagian Staf Perisikan Pertahanan (BSPP), Kementerian Pertahanan, Kuala Lumpur. Perbarisan yang terdiri dari 43 pegawai dan 58 anggota Lain-lain Pangkat dari ketiga-tiga perkhidmatan diketuai oleh Lt Kol Mohamad Yuoff bin Ahmad Tahir dari J3-Sel Operasi Khas sebagai Ketua Perbarisan.

Yang Berbahagia Leftenen Jeneral Dato’ Sri Ackbal bin Hj Abdul Samad TUDM ditukarkan sebagai Panglima Angkatan Bersama berkuatkuasa mulai 20 Oktober 2014 yang lalu. Beliau secara rasminya telah mengambilalih tugas dari mantan PAB, Yang Berbahagia Leftenen Jeneral Dato’ Sri Haji Affendi bin Buang TUDM pada 17 November 2014 di Majlis Serah Terima Tugas PAB. Sebelum ini beliau menjawat jawatan Panglima Operasi Udara di Markas Operasi Udara.

Turut hadir pada majlis perbarisan ini adalah Ketua Staf MK AB, YBhg Mejar Jen Datuk Baharom bin Hamzah, Asisten Ketua Staf J3, Mejar Jeneral Dato’ Kamaruzzaman bin Othman TUDM, Asisten Ketua Staf Bahagian J4, Mejar Jeneral Dato’ Amir bin Hashim TUDM, Asisten Ketua Staf J5 Laksamana Muda Dato’ Abdul Ghani bin Othman dan Pegawai-pegawai Kanan MK AB."





'When in Bagan, be like the Bagans....'

Bagan, Mandalay Region, Republic of the Union of Myanmar. Skot Dato Mutalib was part of the entourage representing Malaysia to the 'ASEAN Defence Ministers' Meeting Retreat' dated 19th Nov 2014. Article from 'Kementerian Pertahanan Malaysia' facebook.


"25 Nov 14 : TUDM Ungguli Anugerah Inovasi Kementerian Pertahanan 2014"

Article from RMAF website

"KUALA LUMPUR, 25 Nov 14 –  TUDM telah berjaya menjuarai tempat pertama dalam dua kategori yang dipertandingkan di Anugerah Inovasi Kementerian Pertahanan bagi tahun 2014 yang berlangsung di Auditorium Kementerian Pertahanan hari ini.

Melalui projek Intelligent Visualization – Publication Task Management System, PUSPEKA berjaya berjaya harumkan nama TUDM apabila mendapat tempat pertama dalam kategori Pengurusan Teknologi Maklumat mengalahkan 7 penyertaan yang lain. Manakala bagi kategori Pengurusan Sumber Manusia, MTU-Kejuruteraan melalui projek inovasinya, Kerjasama Pintar TUDM-Airod Sdn Bhd (KPTA) juga berjaya mendapat tempat pertama dalam kategori tersebut mengalahkan 8 penyertaan yang lain.

Sementara itu, bagi kategori Pengurusan Projek, No 15 Skn berjaya mendapat tempat kedua melalui projek Universal Relay Tester. Manakala Skn 322, TUDM Bukit Ibam, MATRA 3, No 14 Skn dan Cawang Materiel masing-masing mendapat tempat ketiga bagi kategori Pengurusan Projek/Sistem Teknikal, kategori Pengurusan Teknologi Maklumat dan Komunikasi, kategori Pengurusan Kewangan dan kategori Pengurusan Pelanggan.

Penyampaian anugerah kepada para pemenang telah disempurnakan oleh  Timbalan Menteri Pertahanan YB Datuk Abdul Rahim bin Bakri diiringi Panglima Angkatan Tentera, YBhg Jen Tan Sri Dato’ Sri (Dr) Zulkifeli bin Mohd Zin. Hadir sama menyaksikan, Panglima Tentera Udara, YBhg Jen Dato’ Sri Roslan bin Saad TUDM serta pegawai-pegawai kanan tentera dan awam."



When Mon General meets mon Colonel...

Photo credit to Maj Ramli Abdul Rahim (R), RMAF with thanks. He met them at HAT Tuanku Mizan on the 18th Nov 2014.


"24 Nov 14 : Kunjungan Hormat Perpisahan Ke Atas Panglima Tentera Udara"

Article published by RMAF's website dated 24th Nov 2014.

"KUALA LUMPUR, 24 Nov 14 – YBhg Lt Jen Dato’ Sri Ackbal bin Hj Abdul Samad TUDM telah melakukan kunjungan hormat ke atas Panglima Tentera Udara, YBhg Jen Dato’ Sri Roslan bin Saad TUDM sejurus selesai majlis serah terima tugas yang diadakan di Markas Tentera Udara. Beliau kini secara rasminya telah bertukar ke Markas Angkatan Bersama dan menjawat jawatan sebagai Panglima Angkatan Bersama.

Sebelum meninggalkan Kementerian Pertahanan, YBhg Lt Jen Dato’ Sri Ackbal bin Hj Abdul Samad TUDM telah mengambil tabik hormat dan Kawalan Kuarter yang diadakan di Dataran Kementerian Pertahanan sebelum bergerak ke Markas Angkatan Bersama.

Hadir sama adalah Ketua Pengarah Bantuan dan Kesiagaan, Brig Jen Dato’ Mohd Shabre bin Hj Hussein TUDM, Ketua Pengarah Operasi dan Eksesais, Brig Jen Dato’ Abdul Mutalib bin Abd Wahab TUDM, pegawai-pegawai dan anggota dari Markas Pemerintahan Operasi Udara."



Sunday, November 16, 2014