Wednesday, November 26, 2014

"25 Nov 14 : TUDM Ungguli Anugerah Inovasi Kementerian Pertahanan 2014"

Article from RMAF website

"KUALA LUMPUR, 25 Nov 14 –  TUDM telah berjaya menjuarai tempat pertama dalam dua kategori yang dipertandingkan di Anugerah Inovasi Kementerian Pertahanan bagi tahun 2014 yang berlangsung di Auditorium Kementerian Pertahanan hari ini.

Melalui projek Intelligent Visualization – Publication Task Management System, PUSPEKA berjaya berjaya harumkan nama TUDM apabila mendapat tempat pertama dalam kategori Pengurusan Teknologi Maklumat mengalahkan 7 penyertaan yang lain. Manakala bagi kategori Pengurusan Sumber Manusia, MTU-Kejuruteraan melalui projek inovasinya, Kerjasama Pintar TUDM-Airod Sdn Bhd (KPTA) juga berjaya mendapat tempat pertama dalam kategori tersebut mengalahkan 8 penyertaan yang lain.

Sementara itu, bagi kategori Pengurusan Projek, No 15 Skn berjaya mendapat tempat kedua melalui projek Universal Relay Tester. Manakala Skn 322, TUDM Bukit Ibam, MATRA 3, No 14 Skn dan Cawang Materiel masing-masing mendapat tempat ketiga bagi kategori Pengurusan Projek/Sistem Teknikal, kategori Pengurusan Teknologi Maklumat dan Komunikasi, kategori Pengurusan Kewangan dan kategori Pengurusan Pelanggan.

Penyampaian anugerah kepada para pemenang telah disempurnakan oleh  Timbalan Menteri Pertahanan YB Datuk Abdul Rahim bin Bakri diiringi Panglima Angkatan Tentera, YBhg Jen Tan Sri Dato’ Sri (Dr) Zulkifeli bin Mohd Zin. Hadir sama menyaksikan, Panglima Tentera Udara, YBhg Jen Dato’ Sri Roslan bin Saad TUDM serta pegawai-pegawai kanan tentera dan awam."



No comments: