Wednesday, November 26, 2014

'20th Nov 2014 : PERBARISAN PENYAMPAIAN PERINTAH ULUNG PANGLIMA ANGKATAN BERSAMA'

Article from 'Myjointforces' facebook account.

"20 Nov 14, Kuala Lumpur - Perbarisan Sempena Penyampaian Perintah Ulung Panglima Angkatan Bersama ke 6, Yang Berbahagia Leftenan Jeneral Dato’ Sri Ackbal bin Hj Abdul Samad TUDM telah diadakan hari ini di Padang Kawad, Bahagian Staf Perisikan Pertahanan (BSPP), Kementerian Pertahanan, Kuala Lumpur. Perbarisan yang terdiri dari 43 pegawai dan 58 anggota Lain-lain Pangkat dari ketiga-tiga perkhidmatan diketuai oleh Lt Kol Mohamad Yuoff bin Ahmad Tahir dari J3-Sel Operasi Khas sebagai Ketua Perbarisan.

Yang Berbahagia Leftenen Jeneral Dato’ Sri Ackbal bin Hj Abdul Samad TUDM ditukarkan sebagai Panglima Angkatan Bersama berkuatkuasa mulai 20 Oktober 2014 yang lalu. Beliau secara rasminya telah mengambilalih tugas dari mantan PAB, Yang Berbahagia Leftenen Jeneral Dato’ Sri Haji Affendi bin Buang TUDM pada 17 November 2014 di Majlis Serah Terima Tugas PAB. Sebelum ini beliau menjawat jawatan Panglima Operasi Udara di Markas Operasi Udara.

Turut hadir pada majlis perbarisan ini adalah Ketua Staf MK AB, YBhg Mejar Jen Datuk Baharom bin Hamzah, Asisten Ketua Staf J3, Mejar Jeneral Dato’ Kamaruzzaman bin Othman TUDM, Asisten Ketua Staf Bahagian J4, Mejar Jeneral Dato’ Amir bin Hashim TUDM, Asisten Ketua Staf J5 Laksamana Muda Dato’ Abdul Ghani bin Othman dan Pegawai-pegawai Kanan MK AB."





No comments: