Credit to Mej (B) Nor Ibrahim bin Sulaiman with thanks.
"Aku terus membetulkan senjataku ke arah sasaran yang ku lihat sekarang. Ketika pejera senjataku tepat menghala ke sasaran, aku terfikir sejenak...terlintas di fikiranku sekiranya aku tembak seorang pengganas yang berhampiran Kapt. Xxxx, bagaimana dengan pengganas yang lain, sudah tentu mereka akan menembak Kapt Xxxx, dan tentu sekali MISSIONKU gagal, sedangkan perintah yang ku terima ialah menyelamatkan Kapt Xxxx dengan apa cara sekalipun.
Sekiranya terbunuhlah Kapt Xxxx dalam Gerakan ini, bererti UTUSANKU gagal. Jika dengan tembakanku membunuh musuh yang pertama menyebabkan matinya Kapt Xxxx ke mana...di mana dan dengan siapa aku akan bergantung nasib? Siapakah yang akan membela aku jika terjadi demikian? Kerana aku benar-benar melanggar perintah yang diarahkan iaitu Menyelamatkan Kapt Xxxx dengan apa cara sekali pun.
Masa terus berlalu, kira-kira 10 minit kemudian selepas Mej Damian keluar ke tempat Permulaan, aku terdengar bunyi brek 3x3 ton tentera di luar sana yang tidak jauh dari kedudukan kami. 5 minit kemudian, ku dengar satu tembakan dan diikuti dua tembakan (double tap). Ku tahu tembakan double tap ialah tembakan dari rakanku, kerana kumpulan kami dilatih menembak double tap sekali tembak. Pada mulanya, aku menyangka yang kami telah mendapat bantuan dari 8 Melayu Diraja, tapi sebenarnya dua orang pengganas wanita telah cuba untuk membuat serang hendap terhadap pasukan tentera yang datang dengan truck sebentar tadi. Pemergiannya ke lokasi tersebut telah bertembung dengan Kpl yusof yang berada di situ, dan melepaskan tembakan satu das dan dibalas oleh Kpl Yusof dengan double tap. Selepas menembak Kpl Yusof, penggganas tersebut terus menghilangkan diri. Kedua-dua tembakan tidak mengena sasaran.
Dengan kedengaran tembakan tadi, pengganas yang bersama Kapt Xxxx terus membiarkan Kapt Xxxx dari jagaannya, bagi menyelamatkan dirinya. Sangkanya kumpulan tentera telah masuk ke lokasinya berpandukan bunyi brek kenderaan serta bunyi tembakan sebentar tadi.
Dari pemerhatianku, Kapt Xxxx telah bebas dari ketiga-tiga pengganas yang mengawasinya kerana menyelamatkan dirinya. Aku tidak pasti dari sudut mana mereka menghilangkan diri. Suasana hening seketika. Aku dan kumpulanku, kecuali Mej Damian, masih di kedudukan yang sama. Lebih kurang 10 ke 15 minit selepas itu, datanglah Panglima Markas Kor Lt Jen Dato' Zzzz bersama-sama beberapa orang panglima lagi serta beberapa orang Pegawai Kanan yang mengiringi beliau. Setelah mendengar taklimat ringkas dari Mej Damian mengenai operasi yang berjalan tadi, lantas beliau berkata yang beliau ingin berjumpa dengan anggota-anggota yang terlibat.
Aku, Mej Damian, Kapt Muzaini, Kpl Yusof serta beberapa orang lagi datang berjumpa Panglima Markas Kor Lt Jen Dato' Zzzz. Beliau mengarahkan supaya Kpl Yusof yang terlibat dengan tembak-menembak tadi, menceritakan apa yang berlaku. Kpl Yusof, berdiri di sebelah kedudukanku, menceritakan apa yang berlaku terhadapnya sebentar tadi. Memulakan cerita, beliau berkata '.....setelah kedengaran bunyi brek 3x3 ton di luar sana, aku mengawasi kawasan hadapanku. Seketika kemudian, aku terdengar seperti ranting kayu dipijak orang. Aku terus berpusing menoleh ke belakang. Ketika itulah musuh menembakku dan aku terus membalas tembakan tersebut tapi musuh sempat melompat melarikan diri. Jarakku dengan musuh lebih kurang 10 meter dari kedudukanku'.
Panglima Markas Kor terus mengemukakan soalan terhadap Kpl Yusof. Katanya....'Kamu dengar tak kalau orang melompat di jarak 10 meter?' Soalan ini ku (Ghani) fikir harus ku jawab bagi mententeramkan keadaan. Dengan perasaan separuh berani, aku mengemukakan soalan terhadap Panglima Markas Kor. Kataku '....Dato', jika saya tembak musuh tadi, matilah Kapt Xxxx dalam kumpulan itu. Saya nak bergantung dengan siapa Dato'?'
Panglima Markas Kor menjeling ke arahku, mungkin agaknya dia marah kerana soalan yang dikemukakan terhadap Kpl Yusof masih tidak berjawab. Kemudian beliau terus menyambung '...Orang melompat di jarak 10 meter kamu dengar tak?' Lantas aku terus menjawab '...Dengar Dato''. Beliau terdiam sejenak, mungkin sedang memikirkan pertanyaanku tadi. Akhirnya beliau berkata '...Orang habis juta-juta ringgit cari musuh. Kamu dapat musuh kamu lepas. U..L..S Komando'. Kemudian beliau bangun dan beredar dari kedudukannya, serta diiringi oleh pegawai-pegawai kanan yang mengikutinya.
U..L..S atau T.K G..A....begitulah yang aku dan rakan-rakanku terima setelah aku dan rakan-rakanku mempertarungkan nyawa menyelamatkan Kapt Xxxx. Sekiranya Kapt Xxxx Xxxxxx terbunuh dalam usaha menyelamatkannya tadi, sudah pasti komando dipersalahkan. Sebaliknya Kapt Xxxx selamat, komando juga dipersalahkan.
Sidang pembaca yang saya hormati, untuk memakai BERE HIJAU dan bergelar KOMANDO yang diiktirafkan, kami terpaksa menjalani kursus selama 2 bulan lebih, pelbagai derita yang kami tempuhi. Hanya orang-orang yang tabah sahaja dapat menghabiskan kursus yang penuh cabaran itu.
Aku menulis cerita ini sekadar untuk meluahkan perasaan yang terpendam agar ianya tidak menjadi trauma yang menghantui fikiran. Kepada Kapt Xxxx yang khabarnya telah berpangkat kolonel ketika cerita ini ku tulis, banyak-banyaklah bersyukur kepada Allah yang telah menyelamatkan nyawanya dalam peristiwa tersebut. Kalau ada kelapangan, carilah seorang demi seorang anggota KOMANDO yang terlibat dalam menyelamatkan nyawa tuan. Cuma 8 orang sahaja dan kini cuma tinggal 7orang lagi yang masih ada. Kerana baru-baru ini Kapt Muzaini telah pulang ke rahmatullah. marilah kita MEMBACA AL-FATIHAH untuknya. AL-FATIHAH.~
Saya telah menghubungi Kol Xxxx untuk mendapatkan cerita beliau. Kerana kesuntukan masa, tidak banyak maklumat yang dapat dicatatkan. Menurut beliau, insiden ini berlaku Ahad, Februari 1987, 2-3 hari sebelum Tahun Baru Cina. Beberapa keluarga telah pergi berkelah di Batu 16 Jalan Gombak, berhampiran dengan kuil Hindu. Itu sahaja yang dapat dicatatkan. Saya akan cuba mendapatkan cerita selanjutnya, insyaAllah.
PW2 Haji Abdul Ghani....Saya tabik spring kepada Encik terhadap keikhlasan meluahkan apa yang terpendam dalam diri selama ini. Saya berbangga dengan semangat setiakawan/esprit de corps anda yang tak berbelah bagi terhadap pasukan anda. Terima kasih."

No comments:
Post a Comment