Credit to Maj (B) Nor Ibrahim bin Sulaiman with thanks.
"Saya terima e-mel daripada PW2 Haji Abdul Ghani bin Haji Abdul Kadir (B), mantan 'X' Skuadron. Beliau menceritakan pengalaman dalam operasi menyelamatkan seorang pegawai tentera yang telah ditangkap oleh pengganas komunis ketika berkelah di Batu 16 Jalan Gombak (jalan lama). Saya hanya edit nama pegawai tersebut, yang lain-lain...as is where is.
PENULIS :Hj.Abdul Ghani bin Hj.Abdul Kadir
MULA BERKHIDMAT :6Hb.Spt.1968
BERSARA :5Hb.Spt.1990
PANGKAT :PW 2
PASUKAN :REJIMEN GERAKHAS MALAYSIA
Selama lebih kurang 22 tahun berkhidmat dalam Angkatan Tentera Malaysia berbagai suka duka yang saya tempuhi membuatkan saya begitu berpengalaman dalam menghabiskan sisa-sisa hidup selepas bersara. Masih terbayang jelas difikiran saya yang kini seolah-olah menjadi trauma apabila saya kenang-kenangkan. Banyak peristiwa,dan operasi yang saya ikuti,tapi tidak seperti operasi yang saya tempuhi ini. Ianya sungguh meninggalkan kesan memberikan kenangan hingga ke hari ini. Sudah lebih dari 20 tahun saya bersara dari Angkatan Tentera,tetapi peristiwa tersebut masih segar dalam ingatan saya.
Kejadian berlaku pada tahun 1987. Ketika itu hanya 3 tahun lagi perkhidmatan yang akan saya jalankan bagi mencukupi 21 tahun persaraan wajib bagi seseorang tentera. Satu gerakan pembersihan kawasan telah ditugaskan terhadap pasukan kami. Ianya bermula dari sebelah Ulu Selangor menuju ke Pahang.Saya dan ketua Sekuarden Mej. Damian Christoper Anak Dalang bersama-sama Kapt Muzaini Ssgt.Idris Sgt Md.Zain Lk.Yusof Tpr Zam Zam Tpr Zulkifli sebagai kumpulan tadbir.Kami ditempatkan di Bukit Cincin Genting Highland, bersama-sama askar WATANIAH yang menjaga kawasan tersebut.
Sebagai kumpulan TADBIR aku sentiasa mengawas pergerakan rakan-rakan hari demi hari. Aku sentiasa berada dalam keadaan siap sedia.Bimbangkan rakan-rakan yang sedang menjalani gerakan,kalau-kalau bertempur dengan pengganas atau terpijak jerangkap samar yang merata-rata ditanam oleh pihak musuh. Setelah 16 hari lebih kurang pasukanku menjalani gerakan pembersihan ,Aku masih ingat ketua sekuardenku menerima satu massage (BERITA) melalui anggota semboyan dari Markas Gerakan yang sentiasa memantau pergerakan kami. Berita berbunyi demikian; Dua Pegawai Tentera telah ditangkap oleh PGK semasa berkelah di batu 16 Jalan Karak Highway.
Mej.Damian memanggil ku serta menunjukkan massage yang baru diterima sabentar tadi. Aku secara bergurau mengatakan sekejap lagi habislah Pegawai tu..taulah Pengganas, di Serawak dulu pun peristiwa begitu pernah terjadi. Tuan,dipotongnya kemaluan dan disumbat kedalam mulut dan macam-macam lagi penyiksaan yang dilakukan hingga mati. Aku menceritakan satu kisah yang serupa terjadi di Serawak dulu. Lebih kurang 10 minit berselang dari penerimaan massage yang pertama ,datang lagi satu massage yang berbunyi `` Anda dikehendaki menyelamatkan Kapt Xxxx dengan apa cara sekali pun’’.
Ternyata markas gerakan telah dapat mengesan kumpulan kami yang kini sedang menjalani gerakan,itulah sebabnya massage ditujukan khas kepada kumpulan kami yang berada diBukit Cincin Genting Highland. Dengan tidak melengahkan masa, Ketua Sekuardenku, Mej.Damian memanggil aku dan Kapt Muzaini untuk membahagi-bahagikan anggota yang hanya ada 8 orang sahaja kepada 2 kumpulan iaitu 4 orang satu kumpulan. Satelah berkemas menyiapkan peralatan dan senjata serta mendengar taklimat ringkas aku dan kumpulan terus menaiki 2 buah LandRover menuju ketempat yang diarahkan.
Jam ketika itu baru 2.30 petang. Ketika berada didalam LandRover, puas aku memikirkan bagaimana pegawai itu ditangkap oleh Pengganas, bagaimana keadaannya sekarang berada didalam rumah, terikat atau bagaimana? Bukan satu tugas yang mudah untuk menyelamatkan seseorang tawanan jika berada ditempat yang tidak menentu ,maksudku dihutan lainlah kalau didalam bangunan,segala tumpuan kita terhadap bangunan tersebut sahaja. Lebih kurang setengah jam perjalanan kami pun sampai ke destinasi yang dituju. Pergerakanku agak laju kerana perjalanan menurun bukit.
Sesampai sahaja aku ditempat kejadian kami berpecah dua ,kumpulan satu diketuai oleh Mej.Damian,terdiri dari aku sendiri dan Tpr Zam Zam Tpr Zulkifli. Manakala kumpulan kedua diPimpin oleh Kapt.Muzaini anggotanya terdiri Sgt Md.Zain kpl\ Yusof dan SSgt Idris Q-Skn. Kumpulanku menaiki bukit yang menghala ke sasaran ,manakala kumpulan Kapt Muzaini Bergera kasebelah kiri kami bagi mengawasi jika sekiranya ada pihak musuh yang sedang Menahan Kapt Xxxx .
Kumpulan kami yang diketuai oleh Mej.Damian bergerak perlahan menuju ke sasaran , apabila sampai sahaja di pertengahan bukit. Mej.Damian memberitahu Tpr Zam Zam yang beliau akan Balik semula kebawah (tempat permulaan) untuk menunggu pasukan 8 Melayu Diraja yang akan datang membantu,Berita ini disampaikan oleh Tpr Zam Zam kepadaku atas perintah Mej Damian. Aku bergerak lagi kedepan lebih kurang 10 langkah ,aku terpaksa merangkak oleh kerana dihadapanku tiada apa-apa perlindungan lagi.Alangkah terkejutnya aku apabila terpandang 5 orang Pengganas,terdiri daripada 2 Perempuan dan 3 lelaki sedang mengacu sesuatu terhadap Kapt Xxxx.
Bersambung..."
No comments:
Post a Comment