Friday, October 7, 2016

061016 Changi, Singapore - LIMA Exercise


Credit to "MyJointForce"

"Changi, Singapura 6 Oktober 2016 - Eksesais Bersama Lima 2016 telah membuka tirainya hari ini dengan Majlis Perasmian Eksesais yang telah disempurnakan oleh Singapore Chief Of Defence Force, Lieutenant General Perry Lim di Changi Naval Base. Pada tahun ini merupakan giliran Singapura untuk menganjurkan eksesais tahunan yang melibatkan lima Negara FPDA iaitu Singapura, United Kingdom, New Zealand, Australia dan Malaysia.

Hadir pada majlis tersebut adalah Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Dato' Sri (Dr.) Haji Zulkifeli bin Mohd Zin, Panglima Angkatan Bersama Leftenan Jeneral Dato' Fadzil bin Mokhtar, Timbalan Panglima Tentera Darat Leftenan Jeneral Datuk Seri Panglima Hj Ahmad Hasbullah bin Hj Mohd Nawawi, Timbalan Panglima Tentera Laut, Laksamana Madya Dato' Anuwi bin Hassan, Timbalan Panglima Tentera Udara Leftenan Jeneral Dato' Sri Affendi bin Buang TUDM, pegawai-pegawai kanan ATM dan peserta eksesais daripada ketiga-tiga perkhidmatan ATM.

Eksesais yang dilaksanakan mulai 4 hingga 21 Oktober 16 merangkumi fasa CPX dan FTX yang dilaksanakan secara berasingan dan serentak di beberapa lokasi di Singapura. Eksesais ini bertujuan melatih ketumbukan pertahanan negara-negara FPDA dalam melaksanakan operasi dan rekreasi gabungan bersama untuk mempertahankan Malaysia dan Singapura serta meningkatkan saling khidmat (interoperabity) dan memperkukuhkan hubungan professional kesemua negara terlibat.

Eksesais ini melibatkan seramai 1,363 pegawai dan anggota ATM daripada jumlah keseluruhan 3,458 peserta eksesais. Eksesais ini turut melibatkan aset-aset tempur darat, laut dan udara dari negara-negara terlibat."

No comments: