Tuesday, October 18, 2016

Bon Voyage Dato' ....Farewell Dinner 14th October 2016

Credit to fb 'Tentera Udara Diraja Malaysia'

"MAJLIS PERSARAAN PEGAWAI KANAN MATERIEL DI SAMBUT MERIAH
SHAH ALAM, 14 Okt 16 - Satu majlis makan malam telah dianjurkan oleh Bahagian Materiel untuk meraikan Pegawai Kanan Materiel yang akan menamatkan perkhidmatan di dalam TUDM. Majlis tersebut telah diadakan di Holiday Inn Glenmarie Shah Alam dan turut diserikan lagi dengan kehadiran Asisten Ketua Staf Materiel, YBhg Brig Jen Dr Mohd Yunus bin Masjuki TUDM dan isteri Puan Nur Lizah binti Wagiyo. Kehadiran empat pegawai kanan Materiel yang diraikan iaitu Mej Jen Dato’ Amir Hashim TUDM, Brig Jen Dato’ Yohanez binti Ahmad TUDM, Lt Kol Khairul Anuar bin Hj Othman TUDM dan Lt Kol Zainuddin bin Sahak TUDM menambahkan lagi keceriaan majlis tersebut.
Antara intipati ucapan AKS Materiel, persaraan pegawai yang diraikan adalah merupakan satu kehilangan yang amat besar bagi Materiel namun dengan segala tunjuk ajar yang telah dicurahkan serta perkongsian pengalaman mereka, lebih banyak permata akan dapat dilahirkan dalam Materiel pada masa hadapan. Puan Nur Lizah binti Wagiyo turut berkenan untuk menyampaikan cenderahati kepada isteri pegawai yang diraikan iaitu Datin Khairiyah binti Ab Karim, Puan Raja Noor Maizurah dan Puan Noor Azlina binti Ali.
Selain itu juga, AKS Materiel turut mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pegawai kanan Materiel dan pasangan yang turut hadir bagi memeriahkan lagi majlis tersebut serta sekalung tahniah dan syabas kepada Pengarah Materiel dan Lt Kol Mohamad Fakhri bin Yahya TUDM selaku Pengerusi Jawatankuasa Penganjur bagi memastikan majlis tersebut berlangsung dengan sempurna."






No comments: