Monday, March 27, 2017

371091, Teuku Badrul Majidi, Deceased


Inna lillahi wa inna ilaihi rajiun. Allahmumaghfirlahu warhamhu wa 'aafihi wa'fu 'anhu.





Received message from his son:

'Ya tuan. Ayah kami telah kembali ke rahmatullah 50 hari yg lepas.Jikalau ada hutang lama yg ingin dituntut oleh tuan atau kawan-kawan, sila beritahu saya. Dikebumikan di Pusara di Bukit Beruntung. Punca kematian adalah Multiple Organ Failure. Daripada kidney ke jantung. Jatuh sakit terus selepas pembedahan bypass untuk membetulkan 3 bahagian yang tersumbat. InshaaAllah. Terima kasih di atas doa tuan. Jikalau tuan ingin menziarahi pusara, boleh hubungi saya atau ahli keluarga saya yang lain. 
Khairul Azim - 019 288 8077'

Wednesday, March 22, 2017

LIMA 17th - Handing over the fourth A400M (M54-04) to RMAF

Credit to TUDM

'Pesawat A400M ke 4 (M54-04) tiba di negara pada 14 Mac baru-baru ini di Pangkalan Udara Subang dari Sepanyol. Buat kali pertamanya pesawat A400M, M54-04 muncul di khalayak ramai semasa melaksanakan penerbangan pembukaan sempena perasmian LIMA’17 oleh YAB Perdana Menteri Malaysia. Pesawat A400M, M54-04 telah diiringi 2 buah lagi M54-02 dan M54-03 yang mempersembahkan aksi hebat dengan melakukan gerakan Escape Manouvre. Pesawat A400M merupakan satu-satunya pesawat pengangkut yang berkeupayaan melakukan gerakan tersebut.

Persembahan aksi hebat A400M (M54-04) yang dipandu sendiri oleh Pegawai Memerintah No 22 Skuadron, Kol Masro bin Kaliwon TUDM telah memukau para penonton semasa perasmian LIMA’17. Beliau juga telah menerbangkan pulang pesawat A400M ke 4 ini dari Sepanyol. Dengan kesemua pesawat A400M yang tiba, ianya akan memperkukuhkan peranan pertahanan udara dalam membantu operasi TUDM.

Penyerahan pesawat A400M ke 4 pada pagi ini sebagai pelengkap 4 buah pesawat A400M yang diperolehi TUDM. Mengimbau kembali LIMA ’15 lepas, pesawat pertama A400M telah diserahkan secara rasmi dan diterima oleh YAB Perdana Menteri pada bulan Mac 15 dan setelah genap 2 tahun kesemua pesawat kini telah diterima TUDM pada LIMA’17. Di samping itu juga, pihak Airbus telah menyerahkan sijil kepada TUDM di atas kejayaan No 22 Skuadron yang telah berjaya mencatat 2000 jam penerbangan.'



Air Chief Conference LIMA 2017 - DAy 2



Tuesday, March 21, 2017

'PEMBUKAAN KURSUS ASAS BAHASA THAI SIRI 1/2017 DAN KURSUS ASAS BAHASA TAGALOG SIRI 1/2017'

Credit to fb 'Tentera Darat Malaysia'

' PORT DICKSON : Seramai 60 anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) terlibat dalam Majlis Pembukaan Kursus Asas Bahasa Thai dan Kursus Asas Bahasa Tagalog Siri 1/2017 disempurnakan oleh Mej Jen Dato' Tengku Ahmad Noor bin Tuan Chik, Panglima Latihan Tentera Darat di Dewan Serbaguna Kem Segenting pada 6 Mac 2017.

Kursus yang dilaksanakan selama 13 minggu bermula dari 27 Feb 2017 hingga 26 Mei 2017 itu bertujuan untuk memberi pendedahan pengetahuan dan berkomunikasi asas dalam Bahasa Thai dan Bahasa Tagalog di kalangan anggota-anggota Angkatan Tentera Malaysia khususnya kepada pegawai dan LLP yang melaksanakan tugas-tugas khas (Strategic and Special Ops). Turut hadir majlis tersebut Brig Jen Dato' Mas'od bin Muhammad, Komandan Akademi Tentera Darat, Kolonel Marzuki bin Hj Mokhtar, Pengarah Kolej Pegawai dan Kolonel Hj Mislan bin Anuar, Pengarah Kolej Pegawai Tidak Tauliah.'





Wednesday, March 15, 2017

'Raja Muda Selangor Terima Beret Merun dan Sayap Penerjunan Kehormat'

Credit to 'Berita Tentera Darat Malaysia'

'Raja Muda Selangor Terima Beret Merun dan Sayap Penerjunan Kehormat DYTM Raja Muda Selangor merupakan satu-satunya Kerabat Diraja yang telah mengikuti Kursus Asas Pasukan Aturgerak Cepat (APAC). Penganugerahan ini adalah berdasarkan kepada sikap kepimpinan, merendah diri dan semangat juang baginda, yang seharusnya dijadikan contoh kepada warga Angkatan Tentera Malaysia.'



Ciakk!










 Ciakkk!



Saturday, March 4, 2017

371070 Skot Subit Chuan , Deceased

Credit to Marie Anna with thanks. Our heartfelt condolence.

'It is with a heavy heart, that today my father Captain Subit Chuan has passed.Please pray for the wellbeing of my family and friends. Thank you very much. To those who would like to come by to wish their condolences and attend the wake service may do so.

~ Marie Anna (her facebook)'


Wednesday, March 1, 2017

84th Army Day, 1st March 2017

Credit To Facebook 'Tentera Darat Malaysia'

'PERBARISAN HARI TENTERA DARAT KE-84

Port Dickson, 1 Mac 2017: Perbarisan Hari Tentera Darat (HTD) ke- 84 dengan tema "Tentera Darat Satu Kerana Bersatu" bertempat di Pusat Latihan Asas Tentera Darat (PUSASDA) Port Dickson, Bandar Tentera Darat, Negeri Sembilan.

Pegawai Tabik Hormat adalah Panglima Tentera Darat (PTD), Jeneral Dato' Sri Zulkiple bin Hj Kassim. Perbarisan Ini melibatkan 158 pegawai dan 3,629 anggota Lain - Lain Pangkat (LLP), terdiri daripada 18 ditasmen dari semua kor Tentera Darat termasuk Pasukan Elit Rejimen Gerak Khas dan 10 Briged Para. Ketua Perbarisan Mejar Jeneral Dato' Hasagaya bin Abdullah, Penolong Ketua Perbarisan Brigedier Jeneral Dato' Tengku Muhammad Fauzi bin Tengku Ibrahim, Ajutan Perbarisan Kolonel Romainor bin Mohamed dan Sarjan Mejar Rejimen Pegawai Waren (PW) 1 Hayazi bin Abdul Aziz - (SMR -TD)

Acara diteruskan dengan penyampaian Pingat Perkhidmatan Setia (PPS) seramai 10 orang, Sijil Kepujian Ketua Perkhidmatan (SKKP) 10 orang dan 2 Kakitangan Awam.

Seterusnya Anugerah Kesiagaan Panglima Angkatan Tentera 2016 Johan di menangi oleh Rejimen 21 Grup Gerak Khas, Naib Johan di menangi oleh Formasi 2 Bgd dan tempat Ketiga dimenangi oleh Formasi Pemerintahan Latihan Dan Doktrin Tentera Darat.

Bertempat di bilik sidang media, Panglima Tentera Darat, telah melancarkan MASt (Malaysian Army Standard). MASt atau Manual Kualiti Standard Tentera Darat merupakan manual yang julung kalinya diperkenalkan di dalam Angkatan Tentera Malaysia.'