Wednesday, March 1, 2017

84th Army Day, 1st March 2017

Credit To Facebook 'Tentera Darat Malaysia'

'PERBARISAN HARI TENTERA DARAT KE-84

Port Dickson, 1 Mac 2017: Perbarisan Hari Tentera Darat (HTD) ke- 84 dengan tema "Tentera Darat Satu Kerana Bersatu" bertempat di Pusat Latihan Asas Tentera Darat (PUSASDA) Port Dickson, Bandar Tentera Darat, Negeri Sembilan.

Pegawai Tabik Hormat adalah Panglima Tentera Darat (PTD), Jeneral Dato' Sri Zulkiple bin Hj Kassim. Perbarisan Ini melibatkan 158 pegawai dan 3,629 anggota Lain - Lain Pangkat (LLP), terdiri daripada 18 ditasmen dari semua kor Tentera Darat termasuk Pasukan Elit Rejimen Gerak Khas dan 10 Briged Para. Ketua Perbarisan Mejar Jeneral Dato' Hasagaya bin Abdullah, Penolong Ketua Perbarisan Brigedier Jeneral Dato' Tengku Muhammad Fauzi bin Tengku Ibrahim, Ajutan Perbarisan Kolonel Romainor bin Mohamed dan Sarjan Mejar Rejimen Pegawai Waren (PW) 1 Hayazi bin Abdul Aziz - (SMR -TD)

Acara diteruskan dengan penyampaian Pingat Perkhidmatan Setia (PPS) seramai 10 orang, Sijil Kepujian Ketua Perkhidmatan (SKKP) 10 orang dan 2 Kakitangan Awam.

Seterusnya Anugerah Kesiagaan Panglima Angkatan Tentera 2016 Johan di menangi oleh Rejimen 21 Grup Gerak Khas, Naib Johan di menangi oleh Formasi 2 Bgd dan tempat Ketiga dimenangi oleh Formasi Pemerintahan Latihan Dan Doktrin Tentera Darat.

Bertempat di bilik sidang media, Panglima Tentera Darat, telah melancarkan MASt (Malaysian Army Standard). MASt atau Manual Kualiti Standard Tentera Darat merupakan manual yang julung kalinya diperkenalkan di dalam Angkatan Tentera Malaysia.'








No comments: