Wednesday, March 22, 2017

LIMA 17th - Handing over the fourth A400M (M54-04) to RMAF

Credit to TUDM

'Pesawat A400M ke 4 (M54-04) tiba di negara pada 14 Mac baru-baru ini di Pangkalan Udara Subang dari Sepanyol. Buat kali pertamanya pesawat A400M, M54-04 muncul di khalayak ramai semasa melaksanakan penerbangan pembukaan sempena perasmian LIMA’17 oleh YAB Perdana Menteri Malaysia. Pesawat A400M, M54-04 telah diiringi 2 buah lagi M54-02 dan M54-03 yang mempersembahkan aksi hebat dengan melakukan gerakan Escape Manouvre. Pesawat A400M merupakan satu-satunya pesawat pengangkut yang berkeupayaan melakukan gerakan tersebut.

Persembahan aksi hebat A400M (M54-04) yang dipandu sendiri oleh Pegawai Memerintah No 22 Skuadron, Kol Masro bin Kaliwon TUDM telah memukau para penonton semasa perasmian LIMA’17. Beliau juga telah menerbangkan pulang pesawat A400M ke 4 ini dari Sepanyol. Dengan kesemua pesawat A400M yang tiba, ianya akan memperkukuhkan peranan pertahanan udara dalam membantu operasi TUDM.

Penyerahan pesawat A400M ke 4 pada pagi ini sebagai pelengkap 4 buah pesawat A400M yang diperolehi TUDM. Mengimbau kembali LIMA ’15 lepas, pesawat pertama A400M telah diserahkan secara rasmi dan diterima oleh YAB Perdana Menteri pada bulan Mac 15 dan setelah genap 2 tahun kesemua pesawat kini telah diterima TUDM pada LIMA’17. Di samping itu juga, pihak Airbus telah menyerahkan sijil kepada TUDM di atas kejayaan No 22 Skuadron yang telah berjaya mencatat 2000 jam penerbangan.'



Air Chief Conference LIMA 2017 - DAy 2



No comments: