Friday, June 23, 2017

Penyerahan Cek Sumbangan TAPPN, Almarhum Mejar Yazmi TUDM

Credit TUDM


'Panglima Operasi Udara mengunjungi Keluarga Allahyarham Mejar Yazmi TUDM dan menyerahkan sumbangan cek TAPPN kepada Balu Allahyarham Mejar Yazmi TUDM.


23 Jun 17 - Panglima Operasi Udara, Lt Jen Dato' Sri Abdul Mutalib bin Datuk Hj Ab Wahab TUDM yang mewakili Panglima Tentera Udara telah berkunjung menziarahi keluarga Allahyarham Mejar Yazmi TUDM di kediaman bapanya di Titiwangsa, Kuala Lumpur.


Dalam kunjungan tersebut, Panglima Operasi Udara telah menyempurnakan penyerahan sumbangan cek dari Tabung Amanah Perwira & Pertahanan Negara (TAPPN) kepada Puan Noor Shafira bte Mohd Hilmi iaitu Balu Allahyarham Mejar Yazmi TUDM.


Di kesempatan itu juga, Panglima Operasi Udara turut memaklumkan kepada keluarga Allahyarham bahawa TUDM sedang menguruskan beberapa faedah kewangan lain yang masih dalam proses perlaksanaan yang sewajarnya untuk diserahkan kepada waris Allahyarham.


Turut mengiringi Panglima Operasi Udara dalam kunjungan ini adalah isteri beliau iaitu Datin Normah bte Mad Sap, Mej Jen Dato Zahani bin Zainal Abidin (KS MPOU) dan Kol Ahmad bin Yusof TUDM (Pengarah Perkhidmatan).'






No comments: