Friday, June 23, 2017

Penyerahan Cek Sumbangan TAPPN, Almarhum Mejar Hasri TUDM

Credit to TUDM

'Penyerahan Cek Sumbangan TAPPN kepada Balu Allahyarham Mejar Hasri bin Zahari TUDM oleh Mej Jen Dato' Mohd Shabre bin Hussein TUDM (Panglima Wilayah Udara 2)

23 Jun 17 - Panglima Wilayah Udara 2, YBhg Mej Jen Dato' Mohd Shabre bin Hussein TUDM dan Isteri telah membuat lawatan ke atas keluarga Allahyarham Mej Hasri TUDM di kediaman keluarga Allahyarham di Felda Lui Muda, Jempol, Negeri Sembilan.

Dalam lawatan tersebut, Panglima Wilayah Udara 2 telah menyampaikan sumbangan cek Tabung Amanah Perwira & Pertahanan Negara (TAPPN) kepada Balu Allahyarham Mej Hasri TUDM iaiti Puan Asysyuhadak bte Ahmad.

Turut mengiringi Panglima Wilayah Udara 2 semasa lawatan tersebut adalah Brig Jen Dato' Dr Ismail bin Manuri TUDM (AKS Tadbir) dan isteri.'








No comments: