Friday, October 7, 2016

041016 PTU visit to SMK Balong , Tawau, Nuri crashed site

Credit to FB 'Tentera Udara Diraja Malaysia'. More news <here>

"Tentera Udara Diraja Malaysia added 3 new photos.
October 4 at 5:07pm
Panglima Tentera Udara, Jeneral Tan Sri Dato' Sri Roslan bin Saad TUDM bersama pegawai kanan TUDM yang lain meninjau lokasi kejadian Nuri mendarat cemas di SMK Balung pagi tadi"












061016 Changi, Singapore - LIMA Exercise


Credit to "MyJointForce"

"Changi, Singapura 6 Oktober 2016 - Eksesais Bersama Lima 2016 telah membuka tirainya hari ini dengan Majlis Perasmian Eksesais yang telah disempurnakan oleh Singapore Chief Of Defence Force, Lieutenant General Perry Lim di Changi Naval Base. Pada tahun ini merupakan giliran Singapura untuk menganjurkan eksesais tahunan yang melibatkan lima Negara FPDA iaitu Singapura, United Kingdom, New Zealand, Australia dan Malaysia.

Hadir pada majlis tersebut adalah Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Dato' Sri (Dr.) Haji Zulkifeli bin Mohd Zin, Panglima Angkatan Bersama Leftenan Jeneral Dato' Fadzil bin Mokhtar, Timbalan Panglima Tentera Darat Leftenan Jeneral Datuk Seri Panglima Hj Ahmad Hasbullah bin Hj Mohd Nawawi, Timbalan Panglima Tentera Laut, Laksamana Madya Dato' Anuwi bin Hassan, Timbalan Panglima Tentera Udara Leftenan Jeneral Dato' Sri Affendi bin Buang TUDM, pegawai-pegawai kanan ATM dan peserta eksesais daripada ketiga-tiga perkhidmatan ATM.

Eksesais yang dilaksanakan mulai 4 hingga 21 Oktober 16 merangkumi fasa CPX dan FTX yang dilaksanakan secara berasingan dan serentak di beberapa lokasi di Singapura. Eksesais ini bertujuan melatih ketumbukan pertahanan negara-negara FPDA dalam melaksanakan operasi dan rekreasi gabungan bersama untuk mempertahankan Malaysia dan Singapura serta meningkatkan saling khidmat (interoperabity) dan memperkukuhkan hubungan professional kesemua negara terlibat.

Eksesais ini melibatkan seramai 1,363 pegawai dan anggota ATM daripada jumlah keseluruhan 3,458 peserta eksesais. Eksesais ini turut melibatkan aset-aset tempur darat, laut dan udara dari negara-negara terlibat."

Friday, September 30, 2016

300916 HOTO Lt Jen Dato’ Shahrani bin Mohd Sany

Credit to "MyJointForce"


"SERAH TERIMA TUGAS PANGLIMA ANGKATAN BERSAMA
AlbumsSERAH TERIMA TUGAS PANGLIMA ANGKATAN BERSAMA
6 Photos · Updated 44 minutes ago

KUALA LUMPUR, 30 September 2016 - Majlis Pemakaian Pangkat Pegawai - Pegawai Kanan ATM dan Majlis Serah Terima Tugas PAB antara Lt Jen Dato’ Shahrani bin Mohd Sany dengan Lt Jen Dato’ Fadzil bin Mokhtar yang disempurnakan oleh Panglima Angkatan Tentera Malaysia, YBhg Jen Tan Sri Dato’ Sri (Dr.) Haji Zulkifeli bin Mohd Zin bertempat di Ruang Foyer Dewan Perkasa, Wisma Perwira ATM. Turut hadir pada majlis tersebut adalah Panglima Tentera Darat, wakil Panglima Perkhidmatan TLDM dan TUDM, Pegawai Kanan dan Pegawai-pegawai ATM dan MK AB."






Thursday, September 29, 2016

Lt Gen Dato’ Shahrani bin Mohd Sany on his retirement, 29th Sept 2016

Credit to "MyJointForce".

"PERBARISAN PERSARAAN PAB DAN MAJLIS RAMAH MESRA.
3 hrs ·

Kuala Lumpur, 29 September 2016 - Perbarisan Persaraan Panglima Angkatan Bersama, Lt Jen Dato’ Shahrani bin Mohd Sany telah diadakan di Padang Kawad KEMENTAH. Perbarisan tersebut terdiri dari 51 pegawai dan 80 anggota lain-lain pangkat diketuai oleh Lt Kol Diwi bin Abdul Rahman selaku Ketua Perbarisan. Lt Jen Dato’ Shahrani bin Mohd Sany mula memegang jawatan Panglima Angkatan Bersama pada 24 Mac 2016. Beliau merupakan PAB ke 8 bagi Markas Angkatan Bersama. Turut hadir pada majlis tersebut adalah Pegawai-pegawai Kanan serta warga Markas Angkatan Bersama."













290916 Visitation by PangBan Udara to Astro Awani

Credit to Fb 'Tentera Udara Diraja Malaysia'






"LAWATAN MPBU KE ASTRO AWANI

KUALA LUMPUR, 29 Sep 16 - Panglima Bantuan Udara, Lt Jen Datuk Hj Abdul Mutalib bin Datuk Ab Wahab TUDM bersama 20 pegawai Markas Pemerintahan Bantuan Udara (MPBU) telah membuat lawatan ke Astro Awani hari ini. Lawatan bertujuan merapatkan hubungan sedia ada TUDM dengan pihak Astro Awani yang telah banyak memberi sokongan dan publisiti kepada aktiviti-aktiviti TUDM selama ini."

Tuesday, September 27, 2016

Promotion to Brig Gen TUDM, Skot Dr Ismail Manuri

Credit to "TUDM Website"








"Kuala Lumpur, 27 Sept 16 – Seramai 17 orang Pegawai Kanan TUDM telah menerima kenaikan pangkat pada hari ini yang disempurnakan oleh Panglima Tentera Udara, Jeneral Tan Sri Dato’ Sri Roslan bin Saad TUDM.

Dua orang Pegawai Kanan TUDM berpangkat Brigadier Jeneral telah dinaikkan ke pangkat Mejar Jeneral iaitu :

            a.         Mej Jen Dato’ Asghar Khan bin Goriman Khan TUDM.
            b.         Mej Jen Dato’ Johar Razali bin Hj Ahmad TUDM.

Manakala seramai tiga orang Pegawai Kanan TUDM berpangkat Kolonel telah dinaikkan ke pangkat Brigadier Jeneral iaitu :

            a.         Brig Jen Dr Ismail bin Manuri TUDM.
            b.         Brig Jen Hasaza bin Hanafiah TUDM.
            c.         Brig Jen Rodzuan bin Abd Ghani TUDM.

Dalam majlis yang sama, Panglima Tentera Udara turut menyempurnakan upacara pemakaian pangkat Kolonel kepada tiga orang Pegawai Kanan TUDM serta 9 orang Pegawai Kanan TUDM yang menyandang pangkat Leftenan Kolonel.

Turut hadir semasa upacara pemakaian pangkat ini adalah Timbalan Panglima Tentera Udara, Lt Jen Dato’ Sri Hj Affendi bin Buang TUDM, Panglima Bantuan Udara, Lt Jen Datuk Abdul Mutalib bin Datuk Abd Wahab TUDM serta Pegawai-pegawai Kanan TUDM yang lain."



Friday, September 23, 2016

230916 MAJLIS RAMAH MESRA MENTERI PERTAHANAN BERSAMA PTT KANAN ATM

Credit to Portal "Tentera Udara Diraja Malaysia"



"MAJLIS RAMAH MESRA MENTERI PERTAHANAN BERSAMA PTT KANAN ATM

KUCHING, 23 Sep 16 – Menteri Pertahanan, YB Dato’ Seri Hishammuddin Tun Hussein dalam rangka lawatan kerja ke Kuching telah berkesempatan menghadiri Majlis Ramah Mesra YB Menteri Pertahanan Malaysia bersama PTT Kanan ATM kawasan Kuching bertempat di Dewan Setia, Pangkalan Udara Kuching.

Kehadiran beliau telah disambut oleh Panglima Wilayah Udara 2, Mej Jen Dato’ Mohd Shabre bin Hj Hussein TUDM dan Komander Pangkalan, Kol Yee Yit Hong TUDM.

Majlis telah dihadiri lebih 500 anggota PTT Kanan. Turut hadir pada majlis ini ialah Panglima Tentera Darat, Jen Tan Sri Raja Mohamed Affandi bin Raja Mohamed Noor dan Panglima Wilayah Timur, Mej Jen Datuk Mohd Zaki bin Hj Mokhtar."

Sunday, May 1, 2016

1st May 2016 - 37th Reunion , Officers' Mess, KL Base


Video credit to Puan Shaja Zain with thanks.
Photo Credits go to again Pn SHaja Zain, Skot Aziz Din, Skot Esmail Pakpin, Skot Nasir Kombat

And now without further ado, bring out the popcorn.... Is that a smudge ? :D






Setap Sheikh Arab bin Ali Hanafiah in the centre














lookin' good thar king ghoz!!

Wednesday, April 20, 2016

Kasihnya seorang suami.... 'Guna Helikopter Rai Isteri Bersara'

Article courtesy of  'Sinar TV'

"Eksklusif SinarTV: Guna Helikopter Rai Isteri Bersara

Seorang guru di Sekolah Sukan Negeri Selangor, SMK Seskyen Sebelas di Shah Alam, Cikgu Umi kalthom Alang Zainal mendapat kejutan istimewa daripada suaminya, Muhammad Sofian Ashaari yang mengambilnya menggunakan helikopter sebelum meninggalkan sekolah itu setelah majlis persaraan beliau selesai, hari ini."



Monday, March 21, 2016

'Mengembara jap bulan lepas'

Photo credit to Skot Abdul Aziz Jamal

'waaaaaaaaaaaaaaaaaaaaah sunway lagoon ke bukit cerakah wakakakakakaa'
'Sunway mana ada camni'
'Ikut trip dgn 'Trip Kekawan'  scandinavian country...14 hari'
'Trip awal feb lalu'





Promotion to Lt General, 17th Mar 2016

Credit with thanks to BTDM online

"Pegawai Kanan TD Naik Pangkat

KUALA LUMPUR: Seramai 27 pegawai kanan dari pelbagai Kor Tentera Darat (TD) dinaikkan pangkat dalam Majlis Pemakaian Pangkat Pegawai Kanan TD yang di sempurnakan oleh Panglima Tentera Darat (PTD), Jen Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor bertempat di Wisma Perwira TD pada 17 Mac 2016.

Pemakaian pangkat di dahului oleh Mej Jen Dato’ Shahrani Mohd Sany yang dinaikkan pangkat dari Mej Jen ke Lt Jen dan menjawat jawatan sebagai Panglima Angkatan Bersama.

Majlis diteruskan dengan pemakaian pangkat Brig Jen ke Mej Jen dahului oleh Brig Jen Hasagaya Abdullah yang dinaikkan pangkat dan menjawat jawatan sebagai Panglima 4 Div manakala Brig Jen Datuk Adnan Hj Abu Bakar turut di pakaikan pangkat yang sama dan menjawat jawatan sebagai IJ BITD.

Manakala tiga  pegawai kanan kenaikan pangkat Kol ke Brig Jen dan enam pegawai dinaikan pangkat Lt Kol ke Kol serta 15 pegawai dinaikkan pangkat daripada Mej ke Lt Kol.

PTD mengucapkan tahniah kepada semua pegawai yang dinaikkan serta mengucapkan terima kasih kepada isteri pegawai yang dinaikkan pangkat kerana turut sama menjayakan acara pada kali ini kerana sesungguhnya sokongan mereka yang tidak berbelah bagi dalam memberikan semangat serta kekuatan kepada semua pegawai-pegawai kanan agar lebih berusaha untuk menjadikan TD sebagai satu organisasi yang unggul dan berwibawa serta dipandang tinggi.

Turut hadir Timbalan Panglima Tentera Darat Lt Jen Dato’ Seri Hj Ahmad Hasbullah Hj Mohd Nawawi, Panglima Medan Barat TD,  Lt Jen Dato’ Seri Zulikple Hj Kassim."


Wednesday, November 18, 2015

Promotion to Lt General, 30th Oct 2015

Credit to RMAF website

"KUALA LUMPUR, 18 Nov 15 – Panglima Tentera Udara, YBhg Jen Tan Sri Dato’Sri Roslan bin Saad TUDM telah menyempurnakan majlis pemakaian pangkat kepada empat orang Pegawai Kanan TUDM yang diadakan di Markas Tentera Udara hari ini.

Di dalam majlis tersebut telah menyaksikan Mej Jen Dato’ Hj Abdul Mutalib bin Datuk Ab Wahab TUDM telah dinaikkan ke pangkat Lt Jen TUDM mulai 30 Okt 15 dan memegang jawatan sebagai Panglima Bantuan Udara, Markas Pemerintahan Bantuan Udara.

Seterusnya, Brig Jen Datuk Hj Romlee bin Yahaya TUDM pula dinaikkan ke pangkat Mej Jen TUDM mulai 30 Okt 15 dan membuat tugas sebagai Ketua Staf, Markas Pemerintahan Operasi Udara.

Manakala Lt Kol Mohd Nor Rasid bin Samingon TUDM dan juga Lt Kol Zainal bin Abdul Manaf TUDM masing-masing dinaikkan ke pangkat Pemangku Kol TUDM.

Hadir sama menyaksikan majlis pemakaian pangkat ini adalah Timbalan Panglima Tentera Udara, Lt Jen Dato’ Sri Affendi bin Buang TUDM, Ketua Staf Markas ATM, Lt Jen Dato' Sri Hj Sabri bin Adam TUDM serta Pegawai-pegawai Kanan TUDM yang lain."