Friday, October 8, 2010

Colonel (R) Murad bin Jaafar , Commandant RMC

Commandant , MTD 1977 - 1979. His biography extracted from 'Muzium Rejimen Askar Jurutera DiRaja' : 

Begin Quote:

Kol Murad bin Jaafar telah dilahirkan di Muar Johor pada 17 Nov 1938. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Parit Kadzi, Muar dan Sekolah Mengengah Inggeris, Muar. Memasuki Maktab Tentera Persekutuan (MTD)  pada tahun 1964. Pada Jan 1958 beliau bersama Kol Dato’ Cheng Wah telah menghadiri kursus kadet di Royal Military Academy Sandhurst United Kindgdom. Beliau dan Kol Cheng Wah adalah bekas putera MTD pertama yang menghadiri kursus di RMA Sandhurst tanpa membuat latihan kadet di unit latihan pendahuluan pegawai kadet (Pre OCTU). Beliau ditauliahkan pada Dis 1959 ke dalam Askar Jurutera Persekutuan.

Kol Murad adalah seorang siswazah Universiti Malaya dan juga telah menerima Ijazah Bachelor of Engineering (Civil) pada Mei 1965. Diterima menjadi Member of Institute Engineers Malaysia pada tahun 1978. Menghadiri kursus di Royal School of Military Engineering Catham England  pada tahun 1960 dan diikuti Royal School of Military Engineering Liverpool Australia pada tahun 1965. Beliau juga menghadiri kursus Staff College Camberly, England pada tahun 1970 dan Joint Service Staff College, Canberra Australia pada tahun 1973.

Kol Murad telah memulakan perkhidmatannya sebagai pegawai tentera sebagai pegawai kenderaan (1960) dan Ketua Terup (1965) di Skuaderan Pertama, Askar Jurutera Malaysia dan Ketua Terup Loji di 15 Skn Jurutera Simpanan. Beliau dinaikkan pangkat Mejar pada Mei 1968 dan menjawat jawatan pegawai turus dua di Jabatanarah  Kediaman dan Pembinaan, Bahagian Lojistik Kementah. Dinaikkan pangkat Lt Kol pada Dis 70 dan menjadi Pegawai Memerintah yang pertama Rejimen Latihan Jurutera ka Sepuloh Kluang Johor.

Lt Kol Murad Jaafar
Pegawai Memerintah 10 Rej Latihan Jurutera Pertama
  Beliau kemudian bertugas di Markas Jurutera Divisyen Pertama Kuching Mulai Dis 72 hingga Dis 75. Pada bulan Dis 77 beliau dinaikkan kepangkat Kol dan menjawat jawatan yang berperistej iaitu Komandan Maktab Tentera DiRaja. 
Kol Murad Jaafar
Komandan MTD
Sepanjang perkhidmatannya belau kerap ali terlibat dengan projek-projek  bersar oleh pihak kerajaan. Beliau pernah diberikan tanggungjawab dua perojek besar dimana semua tenaga Rejimen Askar Jurutera di kerah di Semanjung Malaysia untuk membuat projek darurat dengan segera.

Projek pertama  - Membina pusat belia pelopor negara Dusun Tua selepas kejadian 13 Mei 1969. Dengan membina tempat kediaman pemuda seramai 3000 orang yang perlu disiapkan dalam masa lebih kurang 45 hari. Pasukan yang terlibat dalam projek ini ialah 1 Skn, 2 Skn, 4 Skn, 15 Skn Jurutera Simpanan dan 10 Rejimen Latihan Jurutera. http://www.ikbndt.gov.my/index.php?option=com_content&view=article&id=28&Itemid=98

Kedua - Pada bulan Jan 1971 apabila jambatan Temerloh telah runtuh  akibat banjir besar. Pasukan jurutera telah berjaya membina semula menggunakan jambatan Bailey sepanjang 340 kaki jenis dua tingkat (DD) dalam masa 6 hari.

Setelah bersara daripada perkhidmatan dengan ATM khusunya Rejimen Askar Jurutera beliau telah menceburi dunia perniagaan dengan membuka syarikat Jururunding Pembinaan di Kuala Lumpur bersesuaian dengan kebolehan dan pengalamannya sebagai seorang Jurutera Professional.

End Quote

hmmm interesting though.. no awards bestowed upon the good colonel? 

No comments: