Monday, December 29, 2014

Setap Jantan Abu Bakar , PTI

Photo credit to Capt Amiruddin Abdullah (B) with thanks. According to the latter, Setap Jantan is currently residing in Klang Utama and is the Chairman of a fishermen association. He was th PTI for Abdul Rahman Coy. I remembered an incident when a cadet after a tiring road run climbed up a rope with m16 , hoversack , water bottle daggling with boots arrghh.  He made it to the top n halfway through going to the other corner he stopped. 'Setap tangan saya cramp!' Setap : 'kamu cuba lagi !!' Cadet : Tabley setappp!!' At the time a few others cadets wanted to rescue but was restrained 'Biarkan die! .... kamu jalan juga!!'  and all of a sudden he came crashing down with a thud. I guess it was abut 30 feet in height. The guy froze for a few seconds, and thank Allah the hoversack cushioned his fall. And in true PTI fashion he blurted as a matter of factly  'Tak cukup PT!!...' .. ;D

From Kapt Amiruddin Abdullah's facebook:

'We Train the trainer.. PTI's
Thay call us "lobsters"
Body full of muscle head full of shit
Some generals..even solider'

Setap Jantan 3rd form left with Capt Amiruddin3rd from right

'This is the Rock, This is my dad'

Credit to 'Haziq Sahaja' with thanks..



Sunday, December 28, 2014

Penolong Pesuruhjaya RELA , Apr 2014

Credit to skot Fadzil Abbas. Congrats on the appointment. 2nd career after servicing 35 yrs with the ATM


Wednesday, December 17, 2014

Colonel Mas'od giving briefing on ESSCOM dated 17th Dec 2014

Photo credit to Skot Rusli Abdul Rahman with thanks. What's amusing is he is unaware his skot, Rusli Abdul Rahman is one of those who attended the briefing ;D




Thursday, December 11, 2014

Drill Instructors , RMC

Credit to Thalji Md Kadri with thanks. Other than almarhum WO Mat Joe and WO Md Baharom rightmost, the rest I couldn't recall their names. But I did remember one of those morning after commissioning, there was suppose to be  a briefing n we woke up late. This kind gentleman WO (2nd from left, I forgot his name, pity) came knocking at our door 'Tuan mudaaa, bangunnn....' and usually when one woke up late during training is unthinkable... ;D May Allah reward them and their effort be considered as 'ibadah aameen


'Selamat Hari Bapa ....' ~ Naga Perak

Credit to 'Naga Perak' with thanks

"Selamat Hari Bapa kpd smua bapa,especially to my beloved papa ..
Kapt(b)Hasan bin Badaruddin (3000859)ex officer 1RRD..
 
Daripada anakandamu ini yg jauh brada d prantauan,krna tuntutan tugas..maafkn aku krna slma ini byk mnyusahkn kau whai ayah...slma 20 thun kau mnddik aku supya aku mnjd insan yg brguna..maafkn anakandamu ini krna slma ini mnjd ank yg dgil,kras kpla dan pling byk mnimbulkn mslh dklgn adk brdk yg lain...trima kasi krna mnjga ku,mndidik ku,kdg2 smpi dgn getah paip(army style)dan ku rasa mmg ptut pun kna sbb trlalu dgl...dn kini...aku tlh pon bergelar seorang tentera ..terima kasih pa..sbb jga ali dlu...wlau kne bedok dgn tali pnggang,getah paip,hanger,,tp tu la yg mmbuatkn ali jd org...btul kta pptah,syg ank tgn2 kn...da thp mcm org ni mmg ptut kne...plus..maafkn ankndamu ini krna tatkla ank2 yg lain ad dssimu,,ank mu ini tiada,mngkin dpt brtmu sthun skli,doakn ali pa....kbnran mnjlnkn tugas!!Tuan!!"

"DARJAH KEBESARAN - DATO’ PADUKA MAHKOTA SELANGOR (D.P.M.S.)"

credit : 'The Star',dated 11th Dec 2014

"DARJAH KEBESARAN - DATO’ PADUKA MAHKOTA SELANGOR (D.P.M.S.)

Y.B. Iskandar Abdul Samad, Y.B. Dr. Ahmad Yunus Hairi, T.Y.T. Dato’ Ahmad Rasidi Hazizi, Y.Bhg. Dato’ Rustam Yahaya, Mejar Jeneral Dato’ Suhaimi Haji Mohd Zuki, Laksamana Madya Dato’ Mohamad Roslan Mohd Ramli, Mejar Jeneral Dato’ Shahrani Mohd Sany, Y. Bhg. Dato’ Mohamed Nazim Tun Abdul Razak, Prof. Dr. Mohd Azmi Mohd Lila, Ahmad Zaharin Mohd Saad, Haji Ir. Abdul Ghani Hashim. "



Wednesday, December 10, 2014

Blue Ocean Stratergy?

Credit to Darwish Rayyan..

  • Flushing out PATI in cameron... OK
  • Anti border smuggling activities... OK
  • Patrolling duties KLIA..OK
  • Outrider ....?


Monday, December 1, 2014

"ANTARA DARAH, MARUAH DAN PENGHARGAAN - BHG 2 "

Credit to Mej (B) Nor Ibrahim bin Sulaiman with thanks.

"Aku terus membetulkan senjataku ke arah sasaran yang ku lihat sekarang. Ketika pejera senjataku tepat menghala ke sasaran, aku terfikir sejenak...terlintas di fikiranku sekiranya aku tembak seorang pengganas yang berhampiran Kapt. Xxxx, bagaimana dengan pengganas yang lain, sudah tentu mereka akan menembak Kapt Xxxx, dan tentu sekali MISSIONKU gagal, sedangkan perintah yang ku terima ialah menyelamatkan Kapt Xxxx dengan apa cara sekalipun.

Sekiranya terbunuhlah Kapt Xxxx dalam Gerakan ini, bererti UTUSANKU gagal. Jika dengan tembakanku membunuh musuh yang pertama menyebabkan matinya Kapt Xxxx ke mana...di mana dan dengan siapa aku akan bergantung nasib? Siapakah yang akan membela aku jika terjadi demikian? Kerana aku benar-benar melanggar perintah yang diarahkan iaitu Menyelamatkan Kapt Xxxx dengan apa cara sekali pun.

Masa terus berlalu, kira-kira 10 minit kemudian selepas Mej Damian keluar ke tempat Permulaan, aku terdengar bunyi brek 3x3 ton tentera di luar sana yang tidak jauh dari kedudukan kami. 5 minit kemudian, ku dengar satu tembakan dan diikuti dua tembakan (double tap). Ku tahu tembakan double tap ialah tembakan dari rakanku, kerana kumpulan kami dilatih menembak double tap sekali tembak. Pada mulanya, aku menyangka yang kami telah mendapat bantuan dari 8 Melayu Diraja, tapi sebenarnya dua orang pengganas wanita telah cuba untuk membuat serang hendap terhadap pasukan tentera yang datang dengan truck sebentar tadi. Pemergiannya ke lokasi tersebut telah bertembung dengan Kpl yusof yang berada di situ, dan melepaskan tembakan satu das dan dibalas oleh Kpl Yusof dengan double tap. Selepas menembak Kpl Yusof, penggganas tersebut terus menghilangkan diri. Kedua-dua tembakan tidak mengena sasaran.

Dengan kedengaran tembakan tadi, pengganas yang bersama Kapt Xxxx terus membiarkan Kapt Xxxx dari jagaannya, bagi menyelamatkan dirinya. Sangkanya kumpulan tentera telah masuk ke lokasinya berpandukan bunyi brek kenderaan serta bunyi tembakan sebentar tadi.

Dari pemerhatianku, Kapt Xxxx telah bebas dari ketiga-tiga pengganas yang mengawasinya kerana menyelamatkan dirinya. Aku tidak pasti dari sudut mana mereka menghilangkan diri. Suasana hening seketika. Aku dan kumpulanku, kecuali Mej Damian, masih di kedudukan yang sama. Lebih kurang 10 ke 15 minit selepas itu, datanglah Panglima Markas Kor Lt Jen Dato' Zzzz bersama-sama beberapa orang panglima lagi serta beberapa orang Pegawai Kanan yang mengiringi beliau. Setelah mendengar taklimat ringkas dari Mej Damian mengenai operasi yang berjalan tadi, lantas beliau berkata yang beliau ingin berjumpa dengan anggota-anggota yang terlibat.

Aku, Mej Damian, Kapt Muzaini, Kpl Yusof serta beberapa orang lagi datang berjumpa Panglima Markas Kor Lt Jen Dato'  Zzzz. Beliau mengarahkan supaya Kpl Yusof yang terlibat dengan tembak-menembak tadi, menceritakan apa yang berlaku. Kpl Yusof, berdiri di sebelah kedudukanku, menceritakan apa yang berlaku terhadapnya sebentar tadi. Memulakan cerita, beliau berkata '.....setelah kedengaran bunyi brek 3x3 ton di luar sana, aku mengawasi kawasan hadapanku. Seketika kemudian, aku terdengar seperti ranting kayu dipijak orang. Aku terus berpusing menoleh ke belakang. Ketika itulah musuh menembakku dan aku terus membalas tembakan tersebut tapi musuh sempat melompat melarikan diri.  Jarakku dengan musuh lebih kurang 10 meter dari kedudukanku'.

Panglima Markas Kor terus mengemukakan soalan terhadap Kpl Yusof. Katanya....'Kamu dengar tak kalau orang melompat di jarak 10 meter?' Soalan ini ku (Ghani) fikir harus ku jawab bagi mententeramkan keadaan. Dengan perasaan separuh berani, aku mengemukakan soalan terhadap Panglima Markas Kor. Kataku '....Dato', jika saya tembak musuh tadi, matilah Kapt Xxxx dalam kumpulan itu. Saya nak bergantung dengan siapa Dato'?'

Panglima Markas Kor menjeling ke arahku, mungkin agaknya dia marah kerana soalan yang dikemukakan terhadap Kpl Yusof masih tidak berjawab. Kemudian beliau terus menyambung '...Orang melompat di jarak 10 meter kamu dengar tak?' Lantas aku terus menjawab '...Dengar Dato''. Beliau terdiam sejenak, mungkin sedang memikirkan pertanyaanku tadi. Akhirnya beliau berkata '...Orang habis juta-juta ringgit cari musuh. Kamu dapat musuh kamu lepas. U..L..S Komando'. Kemudian beliau bangun dan beredar dari kedudukannya, serta diiringi oleh pegawai-pegawai kanan yang mengikutinya.

U..L..S atau T.K G..A....begitulah yang aku dan rakan-rakanku terima setelah aku dan rakan-rakanku mempertarungkan nyawa menyelamatkan Kapt Xxxx. Sekiranya Kapt Xxxx Xxxxxx terbunuh dalam usaha menyelamatkannya tadi, sudah pasti komando dipersalahkan. Sebaliknya Kapt Xxxx selamat, komando juga dipersalahkan.

Sidang pembaca yang saya hormati, untuk memakai BERE HIJAU dan bergelar KOMANDO yang diiktirafkan, kami terpaksa menjalani kursus selama 2 bulan lebih, pelbagai derita yang kami tempuhi. Hanya orang-orang yang tabah sahaja dapat menghabiskan kursus yang penuh cabaran itu.

Aku menulis cerita ini sekadar untuk meluahkan perasaan yang terpendam agar ianya tidak menjadi trauma yang menghantui fikiran. Kepada Kapt Xxxx yang khabarnya telah berpangkat kolonel ketika cerita ini ku tulis, banyak-banyaklah bersyukur kepada Allah yang telah menyelamatkan nyawanya dalam peristiwa tersebut. Kalau ada kelapangan, carilah seorang demi seorang anggota KOMANDO yang terlibat dalam menyelamatkan nyawa tuan. Cuma 8 orang sahaja dan kini cuma tinggal 7orang lagi yang masih ada. Kerana baru-baru ini Kapt Muzaini telah pulang ke rahmatullah. marilah kita  MEMBACA AL-FATIHAH untuknya. AL-FATIHAH.~

Saya telah menghubungi Kol Xxxx  untuk mendapatkan cerita beliau. Kerana kesuntukan masa, tidak banyak maklumat yang dapat dicatatkan. Menurut beliau, insiden ini berlaku Ahad, Februari 1987, 2-3 hari sebelum Tahun Baru Cina. Beberapa keluarga telah pergi berkelah di Batu 16 Jalan Gombak, berhampiran dengan kuil Hindu. Itu sahaja yang dapat dicatatkan. Saya akan cuba mendapatkan cerita selanjutnya, insyaAllah.


PW2 Haji Abdul Ghani....Saya tabik spring kepada Encik terhadap keikhlasan meluahkan apa yang terpendam dalam diri selama ini. Saya berbangga dengan semangat setiakawan/esprit de corps  anda yang tak berbelah bagi terhadap pasukan anda. Terima kasih."

"ANTARA DARAH, MARUAH DAN PENGHARGAAN - BHG 1 "

Credit to Maj (B) Nor Ibrahim bin Sulaiman with thanks.



"Saya terima e-mel daripada PW2 Haji Abdul Ghani bin Haji Abdul Kadir (B), mantan 'X' Skuadron. Beliau menceritakan pengalaman dalam operasi menyelamatkan seorang pegawai tentera yang telah ditangkap oleh pengganas komunis ketika berkelah di Batu 16 Jalan Gombak (jalan lama). Saya hanya edit nama pegawai tersebut, yang lain-lain...as is where is.

PENULIS                         :Hj.Abdul Ghani bin Hj.Abdul Kadir
MULA BERKHIDMAT    :6Hb.Spt.1968
BERSARA                        :5Hb.Spt.1990
PANGKAT                    :PW 2
PASUKAN                    :REJIMEN GERAKHAS MALAYSIA

Selama lebih kurang 22 tahun berkhidmat dalam Angkatan Tentera Malaysia berbagai suka duka yang saya tempuhi membuatkan saya begitu berpengalaman dalam menghabiskan sisa-sisa hidup selepas bersara. Masih terbayang jelas difikiran saya yang kini seolah-olah menjadi trauma apabila  saya kenang-kenangkan. Banyak peristiwa,dan operasi yang saya ikuti,tapi tidak seperti operasi yang saya tempuhi ini. Ianya sungguh meninggalkan kesan memberikan kenangan hingga ke hari ini. Sudah lebih dari 20 tahun saya bersara dari Angkatan Tentera,tetapi peristiwa tersebut masih segar dalam ingatan saya.

Kejadian berlaku pada tahun 1987. Ketika itu hanya 3 tahun lagi perkhidmatan yang akan saya jalankan bagi mencukupi 21 tahun persaraan wajib bagi seseorang tentera. Satu gerakan pembersihan kawasan telah ditugaskan terhadap pasukan kami. Ianya bermula dari sebelah Ulu Selangor menuju ke Pahang.Saya dan ketua Sekuarden Mej. Damian Christoper Anak Dalang bersama-sama Kapt Muzaini Ssgt.Idris Sgt Md.Zain Lk.Yusof Tpr Zam Zam Tpr Zulkifli sebagai kumpulan tadbir.Kami ditempatkan di Bukit Cincin Genting Highland, bersama-sama askar WATANIAH yang menjaga kawasan tersebut.

Sebagai kumpulan TADBIR aku sentiasa mengawas pergerakan rakan-rakan hari demi hari. Aku sentiasa berada dalam keadaan siap sedia.Bimbangkan rakan-rakan yang sedang menjalani gerakan,kalau-kalau bertempur dengan pengganas atau terpijak jerangkap samar yang merata-rata ditanam oleh pihak musuh. Setelah 16 hari lebih kurang pasukanku menjalani gerakan pembersihan ,Aku masih ingat ketua sekuardenku menerima satu massage (BERITA) melalui anggota semboyan dari Markas Gerakan yang sentiasa memantau pergerakan kami. Berita berbunyi demikian; Dua Pegawai Tentera telah ditangkap oleh PGK semasa berkelah di batu 16 Jalan Karak Highway.

Mej.Damian memanggil ku serta menunjukkan massage yang baru diterima  sabentar tadi. Aku secara bergurau mengatakan sekejap lagi habislah Pegawai tu..taulah Pengganas, di Serawak dulu pun peristiwa begitu pernah terjadi. Tuan,dipotongnya kemaluan dan disumbat kedalam mulut dan macam-macam lagi penyiksaan yang dilakukan hingga mati. Aku menceritakan satu kisah yang serupa terjadi di Serawak dulu. Lebih kurang 10 minit berselang dari penerimaan massage yang pertama ,datang lagi satu massage yang berbunyi `` Anda dikehendaki menyelamatkan Kapt Xxxx dengan apa cara sekali pun’’.

Ternyata markas gerakan telah dapat mengesan kumpulan kami yang kini sedang menjalani gerakan,itulah sebabnya massage ditujukan khas kepada kumpulan kami yang berada diBukit Cincin Genting Highland. Dengan tidak melengahkan masa, Ketua Sekuardenku, Mej.Damian memanggil aku dan Kapt Muzaini untuk membahagi-bahagikan anggota yang hanya ada 8 orang sahaja kepada 2 kumpulan iaitu 4 orang satu kumpulan. Satelah berkemas menyiapkan peralatan dan senjata serta mendengar taklimat ringkas aku dan kumpulan terus menaiki 2 buah LandRover menuju ketempat yang diarahkan.

Jam ketika itu baru 2.30 petang. Ketika berada didalam LandRover, puas aku memikirkan bagaimana pegawai itu ditangkap oleh Pengganas, bagaimana keadaannya sekarang berada didalam rumah, terikat atau bagaimana? Bukan satu tugas yang mudah untuk menyelamatkan seseorang tawanan jika berada ditempat yang tidak menentu ,maksudku dihutan lainlah kalau didalam bangunan,segala tumpuan kita terhadap bangunan tersebut sahaja. Lebih kurang setengah jam perjalanan kami pun sampai ke destinasi yang dituju. Pergerakanku agak laju kerana perjalanan menurun bukit.

Sesampai sahaja aku ditempat kejadian kami berpecah dua ,kumpulan satu diketuai oleh Mej.Damian,terdiri dari aku sendiri dan Tpr  Zam Zam Tpr Zulkifli. Manakala kumpulan kedua diPimpin oleh Kapt.Muzaini anggotanya terdiri Sgt Md.Zain kpl\ Yusof dan SSgt Idris Q-Skn. Kumpulanku menaiki bukit yang menghala ke sasaran ,manakala kumpulan Kapt Muzaini Bergera kasebelah  kiri kami bagi mengawasi jika sekiranya ada pihak musuh yang sedang Menahan Kapt Xxxx .

Kumpulan kami yang diketuai oleh Mej.Damian bergerak perlahan menuju ke sasaran , apabila sampai sahaja di pertengahan bukit. Mej.Damian memberitahu Tpr Zam Zam yang beliau akan Balik semula kebawah (tempat permulaan) untuk menunggu pasukan 8 Melayu Diraja yang akan datang membantu,Berita ini disampaikan oleh Tpr Zam Zam kepadaku atas perintah Mej Damian. Aku bergerak lagi kedepan lebih kurang 10 langkah ,aku terpaksa merangkak oleh kerana dihadapanku tiada apa-apa perlindungan lagi.Alangkah terkejutnya aku apabila terpandang 5 orang Pengganas,terdiri daripada 2 Perempuan dan 3 lelaki sedang  mengacu sesuatu terhadap Kapt Xxxx.

Bersambung..."

Wednesday, November 26, 2014

'20th Nov 2014 : PERBARISAN PENYAMPAIAN PERINTAH ULUNG PANGLIMA ANGKATAN BERSAMA'

Article from 'Myjointforces' facebook account.

"20 Nov 14, Kuala Lumpur - Perbarisan Sempena Penyampaian Perintah Ulung Panglima Angkatan Bersama ke 6, Yang Berbahagia Leftenan Jeneral Dato’ Sri Ackbal bin Hj Abdul Samad TUDM telah diadakan hari ini di Padang Kawad, Bahagian Staf Perisikan Pertahanan (BSPP), Kementerian Pertahanan, Kuala Lumpur. Perbarisan yang terdiri dari 43 pegawai dan 58 anggota Lain-lain Pangkat dari ketiga-tiga perkhidmatan diketuai oleh Lt Kol Mohamad Yuoff bin Ahmad Tahir dari J3-Sel Operasi Khas sebagai Ketua Perbarisan.

Yang Berbahagia Leftenen Jeneral Dato’ Sri Ackbal bin Hj Abdul Samad TUDM ditukarkan sebagai Panglima Angkatan Bersama berkuatkuasa mulai 20 Oktober 2014 yang lalu. Beliau secara rasminya telah mengambilalih tugas dari mantan PAB, Yang Berbahagia Leftenen Jeneral Dato’ Sri Haji Affendi bin Buang TUDM pada 17 November 2014 di Majlis Serah Terima Tugas PAB. Sebelum ini beliau menjawat jawatan Panglima Operasi Udara di Markas Operasi Udara.

Turut hadir pada majlis perbarisan ini adalah Ketua Staf MK AB, YBhg Mejar Jen Datuk Baharom bin Hamzah, Asisten Ketua Staf J3, Mejar Jeneral Dato’ Kamaruzzaman bin Othman TUDM, Asisten Ketua Staf Bahagian J4, Mejar Jeneral Dato’ Amir bin Hashim TUDM, Asisten Ketua Staf J5 Laksamana Muda Dato’ Abdul Ghani bin Othman dan Pegawai-pegawai Kanan MK AB."





'When in Bagan, be like the Bagans....'

Bagan, Mandalay Region, Republic of the Union of Myanmar. Skot Dato Mutalib was part of the entourage representing Malaysia to the 'ASEAN Defence Ministers' Meeting Retreat' dated 19th Nov 2014. Article from 'Kementerian Pertahanan Malaysia' facebook.


"25 Nov 14 : TUDM Ungguli Anugerah Inovasi Kementerian Pertahanan 2014"

Article from RMAF website

"KUALA LUMPUR, 25 Nov 14 –  TUDM telah berjaya menjuarai tempat pertama dalam dua kategori yang dipertandingkan di Anugerah Inovasi Kementerian Pertahanan bagi tahun 2014 yang berlangsung di Auditorium Kementerian Pertahanan hari ini.

Melalui projek Intelligent Visualization – Publication Task Management System, PUSPEKA berjaya berjaya harumkan nama TUDM apabila mendapat tempat pertama dalam kategori Pengurusan Teknologi Maklumat mengalahkan 7 penyertaan yang lain. Manakala bagi kategori Pengurusan Sumber Manusia, MTU-Kejuruteraan melalui projek inovasinya, Kerjasama Pintar TUDM-Airod Sdn Bhd (KPTA) juga berjaya mendapat tempat pertama dalam kategori tersebut mengalahkan 8 penyertaan yang lain.

Sementara itu, bagi kategori Pengurusan Projek, No 15 Skn berjaya mendapat tempat kedua melalui projek Universal Relay Tester. Manakala Skn 322, TUDM Bukit Ibam, MATRA 3, No 14 Skn dan Cawang Materiel masing-masing mendapat tempat ketiga bagi kategori Pengurusan Projek/Sistem Teknikal, kategori Pengurusan Teknologi Maklumat dan Komunikasi, kategori Pengurusan Kewangan dan kategori Pengurusan Pelanggan.

Penyampaian anugerah kepada para pemenang telah disempurnakan oleh  Timbalan Menteri Pertahanan YB Datuk Abdul Rahim bin Bakri diiringi Panglima Angkatan Tentera, YBhg Jen Tan Sri Dato’ Sri (Dr) Zulkifeli bin Mohd Zin. Hadir sama menyaksikan, Panglima Tentera Udara, YBhg Jen Dato’ Sri Roslan bin Saad TUDM serta pegawai-pegawai kanan tentera dan awam."



When Mon General meets mon Colonel...

Photo credit to Maj Ramli Abdul Rahim (R), RMAF with thanks. He met them at HAT Tuanku Mizan on the 18th Nov 2014.


"24 Nov 14 : Kunjungan Hormat Perpisahan Ke Atas Panglima Tentera Udara"

Article published by RMAF's website dated 24th Nov 2014.

"KUALA LUMPUR, 24 Nov 14 – YBhg Lt Jen Dato’ Sri Ackbal bin Hj Abdul Samad TUDM telah melakukan kunjungan hormat ke atas Panglima Tentera Udara, YBhg Jen Dato’ Sri Roslan bin Saad TUDM sejurus selesai majlis serah terima tugas yang diadakan di Markas Tentera Udara. Beliau kini secara rasminya telah bertukar ke Markas Angkatan Bersama dan menjawat jawatan sebagai Panglima Angkatan Bersama.

Sebelum meninggalkan Kementerian Pertahanan, YBhg Lt Jen Dato’ Sri Ackbal bin Hj Abdul Samad TUDM telah mengambil tabik hormat dan Kawalan Kuarter yang diadakan di Dataran Kementerian Pertahanan sebelum bergerak ke Markas Angkatan Bersama.

Hadir sama adalah Ketua Pengarah Bantuan dan Kesiagaan, Brig Jen Dato’ Mohd Shabre bin Hj Hussein TUDM, Ketua Pengarah Operasi dan Eksesais, Brig Jen Dato’ Abdul Mutalib bin Abd Wahab TUDM, pegawai-pegawai dan anggota dari Markas Pemerintahan Operasi Udara."



Sunday, November 16, 2014

Friday, October 24, 2014

Dornier 228-212 - 6th September 1997, Bukit Lambir, Miri Sarawak

Snapshots of  'The New Straits Times' edition dated 8th & 9th Sept 1997 extracted from 'Jabatan Arkib Negara' on the 23rd Oct 2014.









Monday, September 22, 2014

35th Reunion, PGDC , 20th Sept 2014

Credit goes to Skot Tn Syed Ismail, Skot Aziz Din and Skot Shokri Salleh



it began with a round of golf in the morning ....


From left , Engineering wallah, Skot Nasir Mohd Dom, Skot Shokri Salleh, Skot Zulkapri


L-R Skots Zamri , Aziz Din, Esmail Ariffin, Md Zin, Sofian, Nor Azman


L-R Skots Rainizuddin, Sofian, Khalil, Nawai, Syed Ismail, Osman Saamin, Md Zin


L-R Skots Zulkapri, Hamzan, Amin Ibrahim, Khamer, Mohd Baharudin, Abdullah Ishak
Standing L-R Skots Ali Khan , Syed Ismail


L-R Skots Zain, Annuar , Zamani, Mustapha, Mohamad Yusof, Syed Ismail, Abdul Mutalib, Azmi, Yusof Mamat



Seated L-R, Skots Abdul Ghafar, Sharani, Syed Ismail, Zulkefri Omar, Amer Hashim
Standing is Azizan Adam


Yeaaaaaaaaaaaaaayyyyy!

Update : 29th Sept 2014
Credit to SecGen 34, Col Kamaruddin Mustapha with thanks



L-R, ? , Skot Mustapha 'Bob' Harun, Skot Musa Omar, ?


L-R, Skots Zainal Mat, Shokri Salleh, Musa Omar, Amin Ibrahim, Abdullah Ishak, Azizon Ariffin,Staff McKlean, Amir Hashim, Sec Gen 34, Zulkapli, Nasri


L-R, Ali Khan, Shahrani Mohd Sany, Staff McClean, Somalia Hero (forgot his name haha)


L-R, Skots Zainal Mat, SecGen 34, Instr Maj Gen Dato Md Rozi Baharom, Skots Ramli , Zulkapli, Instr Lt Col Yaacub Mahmud, Skot Azizon Ariffin


L-R, Skots Shokri Salleh, Nasri, Amir Hashim, Anuar Abdullah


L-R, Skots Zainal Mat, Suhaimi Shafawi, Ramli and Azizon


L-R, Zulkefri Omar, Amin Ibrahim, Intr Lt Col Yaacub Mahmud, Skot Mohamad Yusof 





Update 3rd Oct 2014 - Credit goes to SecGen34 on the following photos provided below with thanks


























Update 4th Oct 2014 - Credit goes to SecGen34 on the following photos provided below with thanks







Lookin' gooddd..




Somali man..


'Hey hey hey! albertttt...'














Ernest Hemingway..


'Bob the builder'.. ;D